Ramai Ingat Jenama Dari Paris : Fakta Menarik Tentang Paris Baguette Malaysia

Paris Baguette Malaysia boleh dianggap sebagai jenama ‘accessible luxury’ – harga tidak terlalu mahal tetapi tetap memberikan pengalaman mewah. Rangkaian cawangannya terletak di pusat beli-belah berprofil tinggi. Sehingga kini telah berkembang kepada 16 cawangan di pusat beli-belah utama seperti Pavilion KL, 1 Utama, dan The Exchange TRX. Lokasi ini dipilih dengan strategik untuk menarik pelanggan, terutamanya golongan yang gemar ‘reward yourself’ selepas penat bekerja.

Mungkin ramai tidak tahu, Paris Baguette sebenarnya berasal dari Korea Selatan. Jenama ini dimiliki oleh SPC Group, iaitu sebuah konglomerat makanan dan bakeri yang terkemuka di Korea Selatan. Paris Baguette mempunyai lebih 4,000 cawangan di seluruh dunia, termasuk di Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Perancis, Singapura, dan Malaysia. Lebih 3,400 cawangan terletak di Korea Selatan sahaja.

Menariknya, walaupun menggunakan nama ‘Paris’, Paris Baguette bukanlah berasal dari Perancis. Sebaliknya, nama ini digunakan untuk membawa konsep dan gaya hidup bakeri Perancis yang premium. Berdasarkan artikel Bernama (Feb 2025), pensijilan halal yang diterima oleh Paris Baguette Malaysia adalah pada peringkat “central kitchen” mereka, yang menjadi pusat penyediaan bahan mentah, roti separa siap, dan pastri untuk semua cawangan di Malaysia.

Namun, masih ramai tidak sedar bahawa di Malaysia, Paris Baguette mempunyai kaitan rapat dengan satu lagi jenama terkenal – Starbucks.

Starbucks & Paris Baguette: ‘Adik-Beradik’ di Malaysia

Di Malaysia, Starbucks dan Paris Baguette berada di bawah kumpulan syarikat yang sama, iaitu Berjaya Food Berhad (BFood).

Starbucks Malaysia beroperasi di bawah syarikat BERJAYA STARBUCKS COFFEE COMPANY SDN BHD.
Paris Baguette Malaysia pula beroperasi melalui BERJAYA PARIS BAGUETTE SDN BHD, dengan 50% pegangan saham oleh Paris Baguette Singapore Pte Ltd.

Di negara lain, Starbucks dan Paris Baguette tidak mempunyai sebarang kaitan kerana dimiliki oleh syarikat yang berbeza. Hubungan ‘adik-beradik’ ini hanya wujud di Malaysia melalui perkongsian strategik Berjaya Food Berhad.

Ini bermakna, setiap kali anda membeli kopi di Starbucks atau menikmati croissant di Paris Baguette, secara tidak langsung anda menyumbang kepada pendapatan kumpulan Berjaya Food Berhad.

Berjaya Food Berhad di Bursa Malaysia

Untuk pengetahuan, Berjaya Food Berhad ialah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2025, kumpulan ini mencatatkan perolehan keseluruhan sebanyak RM360.9 juta, menurun berbanding RM599.7 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Kesimpulan

Artikel ini bukan bertujuan untuk mempromosikan mana-mana produk atau saham. Sebaliknya, ia sekadar membuka mata pengguna bahawa setiap perbelanjaan yang dilakukan seharian mempunyai kesan kepada syarikat-syarikat di sebalik jenama terkenal.

Sudahkah anda belajar sesuatu hari ini?

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.