5 Sebab Mengapa Perjudian Diharamkan

Satu persoalan yang bijak. Perjudian ditegah dalam Islam kerana aktiviti ini mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Mungkin bagi sesetengah orang, berjudi mendatangkan lebih banyak keuntungan berbanding kebaikan. Tetapi ada sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada terlibat dengan perjudian.

1. Dibebani Hutang

Ini merupakan kesan yang paling ketara apabila seseorang itu terlibat dengan perjudian. Anda akan sentiasa mencari sumber duit untuk berjudi sehingga anda ‘menolak’ akal logik iaitu sanggup berhutang tanpa had.

Ini kerana apabila anda ketagih berjudi, anda akan berhutang dengan ramai pihak untuk memenuhi kehendak berjudi. Jangan gali lubang lain untuk menutup lubang lain.

2. Tamak

Semua kesan bermula apabila anda ketagih berjudi. Sebagai contoh apabila anda ketagih berjudi, anda akan sentiasa mahu untuk berjudi tanpa memikirkan kesan dan akibat.

Anda mahukan lebih daripada yang sepatutnya. Anda seolah-olah menggunakan nasib untuk mendapatkan kekayaan. Anda akan terus berjudi kerana sikap tamak anda yang mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat.

3. Masa Terbuang

Apabila anda taksub dengan perjudian, anda membuang masa sehingga mengabaikan peranan dan fungsi anda dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Anda sanggup mengabaikan kerja yang sepatutnya anda lakukan dan meneruskan aktiviti berjudi anda.

Bahkan, masa yang sepatutnya digunakan sebijaknya seperti beribadat, mendalami agama, meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat akan digunakan untuk berjudi. 

4. Perbalahan Masyarakat

Orang terdekat akan mula menjauhkan diri daripada anda apabila melihat anda mula mengabaikan peranan dalam keluarga dan masyarakat. Prestasi kerja menjadi semakin buruk dan tak mustahil akan dibuang kerja apabila terlalu taksub dengan berjudi.

Bukan itu saja, perjudian juga menyebabkan perbalahan dalam keluarga sehingga membawa kepada penceraian dan pengabaian anak-anak.

5. Rasuah

Tetapi bagaimana pula perjudian boleh membawa kepada rasuah? Perkara ini pernah berlaku dalam beberapa acara sukan seperti bolasepak.

Ada pemain yang dirasuah dengan membuatkan pasukan mereka kalah, lalu mereka dapat sejumlah wang sebagai balasan.

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

(Surah Al-Baqarah Ayat 219)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA