Richard Montanez, Dari Tukang Sapu Sampah Menjadi Jutawan Dengan Snek

Setiap orang mempunyai kisah perjalanan hidup yang tersendiri. Bukan semua orang menempah kejayaan di peringkat awal.

Ada yang bermula dengan penuh kepayahan tetapi akhirnya menjadi insan yang berjaya. Itulah yang berlaku pada seorang individu yang bernama Richard Montanez.

Ramai di kalangan kita mesti tak kenal siapa Richard Montanez ni kan? Beliau merupakan naib presiden pemasaran dan promosi PepsiCo bagi Amerika Utara. Kalau diikutkan, Montanez tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk memegang jawatan tersebut.

Tetapi beliau mempunyai idea membangunkan produk dan sistem yang baru. Inilah yang menjadikan beliau seorang yang istimewa.

Asal-Usul Richard Montanez

Photo by Ricardo Esquivel from Pexels

Montanez berasal dari sebuah keluarga imigran yang datangnya dari Mexico dan menetap di sebuah bandar kecil yang terletak di Ontario, California. Beliau serta adik-beradiknya yang lain seramai 10 orang terpaksa tinggal bersesak-sesak di rumah yang mempunyai satu bilik sebelum mereka sekeluarga berpindah ke rumah tiga bilik yang mempunyai keluasan 800 kaki persegi.

Di sekolah pula, Montanez tidak mempunyai kawan kerana beliau tidak tahu berbahasa Inggeris. Pernah satu ketika dia ingin makan bekal burrito iaitu makanan Mexico sewaktu rehat. Semua kanak-kanak disitu memandang ke arahnya.

Ini kerana sekitar tahun 1960-an, masyarakat Amerika masih belum terbiasa dengan makanan asing.

Kerana malu, Montanez menyimpan kembali bekal tersebut dan pergi bersembunyi di tempat lain. Di rumah, Montanez meminta ibunya untuk membuat bekal sandwich serta kek cawan seperti rakan-rakan sekolahnya yang lain.

Photo by Pixabay from Pexels

Tetapi ibunya memberikan bekal 2 biji burrito serta menyuruhnya untuk mencari kawan baru. Pada minggu itu Montanez yang berusia tujuh tahun telah menjadi peniaga cilik dengan menjual burrito kepada rakan-rakannya dengan harga 25 sen sebiji.

Dari situlah Montanez telah mempelajari sesuatu yang penting iaitu, tidak salah kalau kita berbeza dengan orang lain. Ada sebab mengapa kita dilahirkan berbeza dan inilah yang membentuk jati diri Montanez.

Disebabkan beliau mempunyai kesukaran dalam pembelajaran kerana tidak mahir berbahasa Inggeris, Montanez berhenti daripada sekolahnya. Beliau mula melakukan pelbagai jenis kerja untuk mendapatkan pendapatan seperti menjadi tukang kebun dan penyembelih ayam sebelum bekerja sebagai seorang tukang cuci di kilang Frito Lay.

Pada suatu hari, mesin membuat keropok di situ rosak maka perencah tidak dapat menyaluti keropok Cheetos. Montanez kemudiannya membawa pulang keropok tersebut untuk melakukan sedikit eksperimen makanan.

Di rumah, beliau menyediakan cili, keju, mentega dan juga limau. Beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan resipi ini daripada peniaga jagung jalanan. Keluarga serta rakan-rakan Montanez menyukai rasa Cheetos yang baharu ini.

Montanez kemudiannya memberanikan diri untuk menghubungi CEO syarikat tersebut, Roger Enrico. Pada waktu itu beliau tidak tahu yang dia tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut.

Maklumlah, beliau cuma seorang tukang cuci. Tetapi pembantu kepada Enrico masih menyambungkan talian tersebut kepada Enrico walaupun Montanez mengatakan bahawa dia seorang tukang cuci.

Enrico berminat untuk mendengar idea daripada Montanez dan memberi masa kepadanya selama 2 minggu untuk bersedia dengan pembentangan. Montanez pada waktu itu tidak mempunyai seutas tali leher ketika itu, terus membeli tali leher yang berharga USD3.

Beliau turut ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku perkaitan dengan pemasaran sebagai persediaaan untuk pembentangannya nanti.

This image has an empty alt attribute; its file name is flamin-hot-cheetos.jpg
Kredit: Shopee

Dipendekkan cerita Enrico menyukai idea serta resepi baru Montanez. Maka, rangkaian produk baru yang diberi nama Flamin Hot Cheetos mula diperkenalkan. Sejak dari itu, hidup Montanez mula berubah.

Daripada seorang tukang cuci, beliau telah naik sedikit demi sedikit sehingga dilantik menjadi salah seorang naib presiden eksekutif untuk PepsiCo.

Pengalaman yang luar dalam bidang pemasaran juga telah melayakkan beliau untuk berkongsi ilmu dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti. Semua ini tentunya tidak akan berlaku kalau beliau tidak memberanikan diri untuk menghubungi CEO syarikat tersebut bukan?

Kita juga dapat melihat peranan pihak atasan syarikat dalam kes ini. Sekiranya mereka tidak memberi peluang kepada Montanez untuk berkongsi idea, pastinya jenama Flamin Hot tidak akan muncul dan menjadi kegilaan rakyat Amerika.

Sekiranya anda mempunyai idea yang baik, jangan sia-siakan idea tersebut. Berusahalah untuk merealisasikan idea tersebut. Jangan mudah untuk berputus asa dan yakinlah dengan diri sendiri.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jual Air Teh Pun Boleh Jadi Jutawan 

Kalau anda fikir untuk menjadi jutawan perlu mencipta aplikasi seperti Mark Zuckerberg atau membina kereta terbang seperti Elon Musk, mungkin anda patut kenal dengan nama-nama ini terlebih dahulu: Zhang Hongchao dan Zhang Junjie.

Kedua-dua mereka bukan saintis, bukan jurutera teknologi. Tetapi mereka berjaya menjadi jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun. Bukan kerana menjual tanah atau minyak. Sebaliknya hanya kerana menjual air teh. Ya, serius.

Chagee – Teh Premium dengan Sentuhan Moden

Chagee, yang kini semakin dikenali di Malaysia, berasal dari Yunnan, China. Diasaskan oleh Zhang Junjie pada tahun 2017, Chagee membawa konsep “teaspresso” iaitu gabungan kualiti teh tradisional dengan penyediaan bergaya kopi barista.

Pada 17 April 2025, Chagee berjaya melangkah ke pasaran antarabangsa apabila disenaraikan di Nasdaq. Melalui IPO tersebut, syarikat ini mengumpul AS$411 juta, dengan penilaian mencecah AS$6.2 bilion. Sahamnya melonjak 21% pada hari pertama dagangan.

Zhang Junjie, yang memiliki hampir 20% saham syarikat, kini bergelar bilionair pada usia 30 tahun. Ini membuktikan bahawa secawan teh boleh membawa seseorang ke tahap luar biasa.

Mixue – Strategi Bajet, Capaian Global

Berbeza dengan Chagee yang premium, Mixue memilih jalan berbeza: menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di Zhengzhou, China, Mixue bermula dengan gerai kecil menjual ais krim dan minuman teh.

Kini, Mixue mengendalikan lebih daripada 45,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada 3 Mac 2025, Mixue disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, berjaya mengumpul sekitar AS$444 juta dalam IPO. Sahamnya melonjak 43% pada hari pertama, dan nilai pasaran syarikat kini menghampiri AS$10 bilion.

Kejayaan Mixue membuktikan bahawa dengan strategi harga yang tepat dan kualiti produk yang konsisten, pasaran global boleh dicapai walaupun bermula dari perniagaan kecil.

Malaysia: Siapa Bakal Mengikut Jejak?

Industri teh moden di Malaysia semakin berkembang. Jenama seperti Tealive, Chatime, Chagee, Daboba dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat tempatan.

Namun, sehingga kini belum ada satu pun jenama teh Malaysia yang melangkah ke pentas IPO atau berjaya menembusi pasaran global secara agresif.

Potensi itu ada. Pasaran pengguna sudah wujud. Yang diperlukan hanyalah keberanian untuk berkembang, strategi perniagaan yang betul, dan kemampuan untuk membina jenama bertaraf dunia.

Adakah Seorang Juatawan Sedang Bancuh Teh Ketika Ini? 

Adakah Malaysia akan terus menjadi sekadar pasaran pengguna untuk jenama luar, atau sudah tiba masanya seorang usahawan tempatan bangkit dan membawa jenama teh Malaysia ke peringkat antarabangsa?

Mungkin, jutawan teh tempatan seterusnya sedang membancuh secawan pertama mereka hari ini.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!