Sub Topik
Pada 14 Jun 2019 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan draf awal bagi rangka kerja berkenaan platform perdagangan elektronik (Framework for Electronic Trading Platforms).
Ini adalah langkah pertama bagi memastikan pengendali platform e-trading di Malaysia bersiap sedia untuk memenuhi segala peraturan yang digariskan, dan seterusnya berdaftar dengan BNM.
Dua kategori pasaran kewangan khusus yang terlibat adalah:
1. Instrumen pasaran wang (money market), contohnya produk boleh runding seperti deposit, bil-bil, penerimaan bank (bankers acceptance) dan perjanjian beli balik (repurchase agreements)
2. Produk tukaran asing (foreign exchange products) termasuklah spot, forward, swaps dan derivatif semua pasangan-pasangan mata wang
Ianya akan meliputi pemain industri bagi dua kategori:
1. Broker yang mengendali platform e-broking
2. Pengendali platform e-trading
Operator platform yang layak perlu mendapatkan kelulusan BNM sebelum menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Tiada lesen, tiada pelanggan dari Malaysia boleh trade menggunakan platform tersebut.
Boleh muat turun dokumen Framework for Electronic Trading Platforms oleh BNM yang setebal 15 muka surat di sini.
Permulaan Bagi Menghalalkan Forex Trading?
Sebenarnya forex trading akan jatuh hukum halal apabila memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan, sekaligus menjadikannya patuh Syariah. Bank-bank di Malaysia yang menjalankan aktiviti forex akan memastikan mereka memenuhi kesemua syarat ini.
Apakah syarat online forex yang mesti dipatuhi?
4 Syarat Online Forex Atau Transaksi Over the Counter Yang Mesti Dipenuhi:
- Pastikan broker adalah betul dan mempunyai mata wang ketika melakukan transaksi. Broker ada mata wang yang hendak kita tukarkan
- Ada duit sepenuhnya, modal USD1000 hanya boleh berniaga USD1000 dan tidak lebih (Leverage)
- Tiada margin terlibat
- Spot transaksi (Transaksi lani), ada yang dibenarkan sehingga 3 hari
4 syarat di atas wajib dipenuhi, kalau salah satu syarat pun tak dipenuhi, maka HARAM.
Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex, kupasan menarik oleh Associate Professor Dr. Aznan Hasan, Pensyarah UIA & Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Syariah Maybank Islamic.