Minggu Penting Pasaran Global: Ini Empat Catalyst Yang Anda Perlu Tahu

Minggu ini akan menjadi tempoh yang sibuk bagi pasaran global, di mana mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) akan menjadi peristiwa penting dalam mencorak pergerakan pasaran global dalam masa terdekat.

The Fed akan mengumumkan hasil mesyuaratnya pada awal pagi Khamis (21 Jun 2019), dengan majoriti penganalisis menjangka tiada perubahan kepada dasar kewangan semasa di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, disebabkan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China yang tidak berpenghujung, ramai pemerhati pasaran yang melihat potensi pemotongan kadar faedah The Fed pada tahun ini.

Pelabur global juga akan memberi perhatian kepada mesyuarat tiga bank pusat utama dunia; iaitu Eropah, United Kingdom dan Jepun.

Dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin perlahan, pelabur mengambil langkah berhati-hati terutamanya dengan dasar perlindungan ekonomi domestik oleh Presiden Trump. Berkemungkinan Eropah dan Jepun bakal menjadi mangsa terbaru tarif dari Amerika, dan ini akan menyumbang kepada pendekatan yang lebih longgar oleh bank pusat.

Data ekonomi China pada Jumaat lalu dilihat sebagai amaran kepada ekonomi global, di mana pengeluaran industri semakin perlahan pada bulan Mei. Data merekodkan bacaan terendah dalam tempoh 17 bulan dengan pelaburan pula semakin merosot.

Berikut adalah empat tema utama yang bakal mempengaruhi lanskap pasaran dunia sepanjang minggu ini.

1. Pengumuman Penting Mesyuarat The Federal Reserve

Bank pusat Amerika Syarikat akan mengumumkan hasil mesyuaratnya pada hari Khamis (21 Jun 2019) pada jam 2 pagi dengan jangkaan tiada perubahan kepada dasar semasa. The Fed dalam mesyuarat kali ini dijangka akan memberi isyarat penurunan kadar faedah di mana pasaran telah menyerap (priced-in) dua pemotongan kadar faedah pada tahun ini. Penurunan kadar faedah pertama dijangka akan diumumkan pada mesyuarat bulan Julai akan datang.

Nada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell sejak akhir-akhir ini dilihat lebih ‘dovish’, apabila tidak lagi menekankan kadar inflasi yang rendah hanyalah bersifat ‘sementara’. Malah beliau menekankan bank pusat akan lebih ‘bersabar’ sebelum membuat sebarang keputusan halatuju monetari.

Ekonomi Amerika Syarikat masih berkembang dengan baik, tetapi data pekerjaan terbaru yang meleset daripada jangkaan akan menjadi topik perbincangan oleh The Fed pada minggu ini.

Selain kenyataan awal yang akan dikeluarkan tepat jam 2 pagi, pasaran juga akan memberi perhatian kepada laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Federal Reserve, khususnya analisis dot-plot.

Seperti yang diperkatakan tadi, pasaran menjangka dua kali pemotongan kadar faedah pada tahun ini. Jika  The Fed menunjukkan isyarat tiada pemotongan atau hanya satu kali pemotongan kadar, ini akan menjadi faktor kelemahan pasaran Wall Street disebabkan kadar faedah yang kekal tinggi.

Tetapi jika The Fed menepati jangkaan pasaran dengan menunjukkan isyarat dua pemotongan kadar faedah, Wall Street dijangka mengukuh pada hari tersebut.

2. Mesyuarat Tiga Bank Pusat Utama Dunia

Selain The Fed, perhatian pasaran global juga akan terarah kepada tiga lagi bank pusat utama yang lain iaitu, mesyuarat tahunan selama tiga hari European Central Bank (ECB) di Sintra Portugal, mesyuarat Bank of Japan (BoJ) dan mesyuarat Bank of England (BoE).

Presiden ECB, Mario Draghi dua tahun lalu telah mencetuskan penjualan bon yang agak besar selepas beliau memberi komen tentang ekonomi Eropah yang semakin ‘kukuh secara menyeluruh’. Walaubagaimanapun, selepas dua tahun ia jadi sebaliknya apabila ECB kini dilihat akan mengambil langkah yang lebih longgar dalam dasar kewangan di Eropah.

BoJ adalah satu-satunya bank pusat utama dengan kadar faedah negatif (-0.10%). Jika diperhatikan sasaran untuk mencapai inflasi 2% semakin jauh daripada sasaran, dengan bank pusat utama dunia kini berada di landasan dasar yang lebih longgar. Ia mungkin memotong kadar faedah daripada  -0.10% kepada -0.30% seperti mana yang dijangka oleh sesetengah penganalisis pasaran.

Seterusnya pada hari yang sama, Bank of England akan mengumumkan dasarnya pada pukul 7 petang Khamis (21 Jun 2019) waktu Malaysia.

3. Pasaran Minyak Mentah Dunia

Serangan kedua terhadap kapal yang membawa muatan minyak mentah di Timur Tengah telah menyebabkan kenaikan harga komoditi hitam. Harga melonjak selepas serangan pada hari Khamis (13 Jun 2019) di Oman yang mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan minyak antarabangsa.

Walaupun kenaikan direkodkan selama dua hari berturut-turut, tetapi penanda aras West Texas Intermediate (WTI) mencatat kerugian hampir 3% sepanjang minggu lalu. Di antara penyebabnya adalah faktor perang perdagangan Amerika Syarikat dan China, serta permintaan global yang semakin berkurangan.

Organization of the Petroleum Exporting  Countries (OPEC) sendiri menjangka penurunan permintaan minyak mentah bagi separuh kedua tahun 2019. OPEC dijangka akan membincangkan tambahan potongan bekalan di kalangan ahli pada mesyuarat bulan ini dan usaha untuk menstabilkan harga pasaran.

4. Data PMI Zon-Eropah

Ekonomi global semakin perlahan sejak beberapa bulan yang lalu dengan ketegangan perdagangan semakin memuncak baru-baru ini.

Minggu ini, tumpuan akan tertumpu kepada data aktiviti ekonomi PMI (Purchasing Managers’ Indexes) di Eropah yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat (22 Jun 2019). Tinjauan yang dijalankan oleh Markit ini adalah petunjuk signifikan kepada pertumbuhan ekonomi di blok tersebut.

Indikator paling signifikan iaitu indeks sektor pembuatan Jerman mencatat bacaan di bawah 50 sejak beberapa bulan lalu. Data ini dijangka meningkat daripada 44.3 kepada 44.6.

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.