Saham, Waran, ETF, REIT, Opsyen dan Sukuk Daripada Sudut Patuh Syariah

Rakyat Malaysia semakin celik melabur. Kadang-kadang teruja sangat sampai melanggar halal haram.

Kita kena tahu, pelaburan saham juga terdapat banyak instrumen.

Jenis-jenis instrumen yang ada adalah saham, waran, ETF, REIT, opsyen dan sukuk. Rasanya, bukan semua instrumen ini yang kita tahu kan? Dan bukan semua instrumen yang sesuai untuk kita.

Jom kita tengok daripada sudut patuh Syariah pula seperti berikut:

SAHAM / EKUITI

Saham patuh Syariah adalah yang memperolehi status patuh Syariah setelah melalui proses saringan yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Syariah (“MPS”) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) dua kali setahun pada setiap bulan Mei dan November.

Yang tak lulus saringan akan dikategorikan sebagai tak patuh Syariah. Mereka yang ada akaun trading Islamik akan dihalang daripada membeli saham-saham ini.

WARAN (WARRANT)

Waran terbahagi kepada dua:

1. Waran

  • Dikeluarkan oleh syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan modal syarikat terbabit.
  • Selalunya mempunyai tempoh matang yang panjang iaitu untuk tempoh 4 tahun sehingga 10 tahun.

Jika ‘emak’ waran patuh Syariah, biasanya ‘anak’ waran juga patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada WA, WB, WC, WD.

Contoh: PMETAL-WA, PMETAL-WB

2. Waran Opsyen Beli

  • Dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan bagi saham yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.
  • Kebiasaannya akan matang dalam jangka masa lebih pendek iaitu kurang dari setahun.

Walaupun ‘emak’ waran patuh Syariah, ‘anak’ waran tidak patuh Syariah. Kalau ‘emak’ waran tak patuh Syariah, sah-sah ‘anak’ waran pun tak patuh Syariah.

Pada penghujung nama saham, ada C diikuti dengan nombor.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

OPSYEN (OPTION)

Opsyen atau Stock Option di Malaysia juga dikenali sebagai Waran Opsyen Beli.

Sama seperti Waran di atas, hanya Waran yang dikeluarkan oleh syarikat adalah patuh Syariah, jika ‘emak’ waran adalah patuh Syariah.

Contoh: PMETAL-WC

Manakala Waran Opsyen Beli yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan adalah tidak patuh Syariah.

Contoh: PMETAL-C15, PMETAL C-17

Bagi pasaran saham global pula, opsyen bermaksud kita diberi pilihan sama ada nak beli atau tidak pada harga yang ditetapkan sebelum tarikh luput. Ia membolehkan kita mengambil keuntungan daripada kenaikan harga saham dengan risiko terhad, dan kos lebih rendah daripada membeli saham tersebut.

Contoh: Kita beli satu opsyen saham Intel ’25 call’ dengan harga saham semasa $25, dan kita bayar $1. Kemudiannya saham Intel tersebut naik ke paras $28, jadi opsyen kita dah untung sekurang-kurangnya $2 dalam nilai, memberikan kita keuntungan 200%, berbanding kenaikan 12% jika kita beli saham Intel tadi.

Opsyen di pasaran global tak patuh Syariah.

Baca juga Apakah Status Syariah Untuk Options dan CFD?

EXCHANGE TRADED FUND (ETF)

Merupakan dana penjejak indeks yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham seperti saham.

Sama juga seperti saham, ETF yang patuh Syariah adalah kelompok aset patuh Syariah, maknanya ia terdiri daripada saham-saham yang patuh Syariah saja.

Contoh: MYETF-US50

ETF yang tak patuh Syariah, bebas untuk beli saham-saham yang tak patuh Syariah.

Contoh: FBMKLCI-EA

REIT

REIT merupakan dana atau saham amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah komersial yang menjana pendapatan seperti kompleks membeli-belah, hospital, perladangan hartanah perindustrian dan blok-blok pejabat. Ianya juga disenaraikan di Bursa Malaysia dan didagangkan seperti saham.

Sama juga seperti saham, REIT yang patuh Syariah adalah di mana penyewa mengendalikan aktiviti yang dibenarkan mengikut prinsip Syariah.

Contoh: KLCC REIT

REIT yang tak patuh Syariah pula adalah sebaliknya.

Contoh: IGB REIT

Baca juga Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

SUKUK / BON

Merupakan sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk, yang disenaraikan dan didagangkan di pasaran saham.

Kalau nama sukuk, ianya patuh Syariah.

Contoh: DANAINFRA NASIONAL ETBS

Kalau nama bon, ianya tak patuh Syariah.

Contoh: AEONCR LA

Sekarang dah tahu, jadi jangan main hentam. Melabur dalam instrumen patuh Syariah adalah wajib untuk orang Islam.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.