Boost dan iPrice Membawa Jutaan Produk dan Perbandingan Harga kepada Pengguna E-Dompet

Berikutan kerjasama baharu antara e-dompet tempatan Boost dengan Kumpulan iPrice, pengguna e-dompet Boost kini boleh mengakses jutaan produk daripada ribuan peniaga di seluruh Malaysia. Syarikat pengagregat e-dagang ternama tesebut menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk pengguna Boost, dengan menyediakan pelantar yang boleh membandingkan produk, harga dan jadual penghantaran.

Di samping itu, ia juga menawarkan baucer dan kupon kepada pengguna. Dengan menggunakan e-dompet gaya hidup tempatan Boost, konsumer kini boleh membandingkan harga secara mudah dan memperoleh tawaran terbaik dengan pengalaman lebih selamat dan mengujakan. 

“Boost sedang menerajui inovasi e-dompet dan kami berikhtiar untuk mencari rakan kerja strategik yang sesuai untuk membawa pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pengguna kami.

Kami lebih tekad untuk memacu solusi berinovasi melalui e-dompet gaya hidup keluaran kami terutamanya ketika menjalani hidup norma baharu akibat ancaman COVID-19. Ternyata kami ingin menjadikan pengalaman membeli-belah tanpa kontak dan tanpa tunai cara yang paling selamat dan mudah.

“Kerjasama dengan iPrice merupakan satu lagi langkah penting dalam menyediakan lebih banyak pilihan dan nilai yang besar kepada pengguna. Bukan sahaja kami memperkenalkan kaedah baharu yang komprehensif untuk membeli-belah dalam talian, tetapi dengan iPrice, kami berharap untuk mewujudkan peluang untuk peniaga memanfaatkan ekosistem kami serta membolehkan pengalaman pengguna yang lebih memuaskan semua dalam satu platform.

Ini membuktikan bahawa Boost adalah aplikasi pilihan yang menawar rangkaian perkhidmatan lengkap, pada bila-bila saja dan di mana-mana sahaja,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Pengguna Boost kini boleh menikmati akses kepada jutaan produk melalui pengalaman membeli-belah yang lancar di aplikasi, sila rujuk pada langkah mudah berikut:

  1. Buka app Boost e-Wallet app dan klik “Do More” (ikon Boost)
  2. Klik “More”, tatal bawah ke “online shopping” dan klik ‘iPrice  ‘
  3. Semak produk, bandingkan harga, baca maklumat produk kemudian pilih produk yang ingin dibeli  
  4. Klik “checkout,” isikan maklumat anda, seterusnya klik “Pay with Boost”

“Kerjasama ini membantu kami memenuhi misi untuk bergelar peneman membeli-belah terulung di Asia Tenggara. Ia juga menawarkan pengguna kandungan e-Dagang walau di mana sahaja mereka berada. Kami menyedari bahawa pengguna di Malaysia kebanyakannya mengakses aktiviti Internet seperti membeli-belah atas talian melalui telefon pintar dan aplikasi.

Oleh itu, kami mengatur strategi untuk membawa kandungan perbandingan harga untuk menambah nilai perkhidmatan oleh Aplikasi Gaya Hidup Super seperti Boost,” kata Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama iPrice, David Chmelar.

iPrice sejak awal lagi mengamalkan pendekatan yang mengetengahkan pengguna; sebahagian visi syarikat adalah untuk menyediakan maklumat terbaik kepada pengguna di Asia Tenggara, membolehkan mereka membuat keputusan berkaitan pembelian dengan bijak serta cara yang paling lancar dan mudah diakses.

Bukan sahaja iPrice menyediakan pengguna Boost dengan maklumat untuk memudahkan pembelian pintar melalui e-Dompet kegemaran semua, tetapi juga bakal memperkenalkan ribuan rakan pedagang kepada ekosistem Boost. 

Pendek kata, kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang e-Dagang untuk konsumer serta pedagang. Pedagang e-Dagang akan diperkenalkan kepada lebih banyak pelanggan serta trafik, manakala konsumer akan melayari perjalanan lebih lancar untuk menyemak harga dan maklumat produk sambil membeli-belah menggunakan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat.

Ini memberikan kuasa pembelian yang lebih kukuh kepada pengguna Boost dan iPrice, yang pasti akan mewujudkan pengalaman lebih baik untuk pengguna secara keseluruhan.

About Boost

Boost is a homegrown lifestyle e-wallet that aims to revolutionise the way consumers transact daily. Combining lifestyle needs and cutting-edge digital technology, Boost strives to make transactions easier, faster, more secure and overall a more rewarding experience for consumers. The e-wallet app allows users to pay via their smartphone at participating locations without the hassle of using physical cash or cards. To date, over 8.7 million Boost users can now pay at over 197,000 merchant touchpoints nationwide. Android users can download Boost from the Play Store while iOS users can download from the App Store.

For more information, check out the website at https://www.myboost.com.my/ or follow Boost on Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) and Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

About iPrice Group

iPrice Group is a meta-search website operating in seven countries across Southeast Asia namely; Malaysia Singapore, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam, and Hong Kong. Currently, iPrice compares and catalogues more than 1.5 billion and receives about 20 million monthly visits across the region. iPrice currently operates three business lines: price comparison for electronics and health & beauty; product discovery for fashion and home & living; and coupons across all verticals.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.