CEDIGAZ melancarkan laporan dan pusat data terbaru

RUEIL-MALMAISON, Perancis, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ — Sektor biomethane sedang meluas ke serata dunia. Dijangka lebih daripada 1,000 kilang pengeluaran biomethane akan beroperasi di tiga puluh empat buah negara, daripada 720 buah kilang pada penghujung tahun 2017. Setelah sekian lama berpusat di Eropah, sektor gas hijau kini menjadi semakin global.

Sejak tahun 2010, pengeluaran biomethane dunia telah meningkat secara eksponen, mencecah tiga bilion meter kubik pada tahun 2017. Di Eropah, penggunaan biomethane semakin meluas ke seluruh benua tersebut.  Kini terdapat sembilan belas negara pengeluar dari Eropah, dengan jumlah pengeluaran hampir 2 bcm pada tahun 2017. Amerika Syarikat kini merupakan negara terbesar yang menggunakan biomethane sebagai bahan bakar api kenderaan, semenjak pengeluarannya pada tahun 2014-2017 dan didorong oleh peraturan-peraturan negeri dan persekutuan. Keputusan negara China dan India dalam merancang untuk menggunapakai teknologi berasaskan biogas turut menjadi titik tolak dalam perubahan pasaran dunia. Kedua buah negara telah meletakkan matlamat dan jangkauan dalam pengeluaran biomethane di dalam pasaran yang semakin meluas. Di Amerika Tengah dan Selatan, Brazil sedang mengambil langkah dalam mengeksploitasi potensi besar bahan tersebut.

Pihak kerajaan semakin mengenali pelbagai manfaat biomethane. Ia membantu mengurangkan pencemaran dan pengeluaran gas rumah hijau , meningkatkan kualiti udara, mempromosi kitar semula dan pengurusan sisa buangan, menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan serta memupuk ketidakbergantungan terhadap tenaga. Sebagai hasilnya, semakin banyak negara yang menyusun gerak kerja bagi menyokong sektor biomethane.

Walaupun terdapat peningkatan di dalam minat dan projek di antara pihak kerajaan dan pemain-pemain di dalam industri di seluruh dunia, data bagi sektor ini adalah sukar untuk diperoleh dan sumber bagi maklumat – nasional, serantau atau secara sektor – adalah agak berselerak. Bagi mengatasi masalah tersebut, CEDIGAZ, Pusat Antarabangsa bagi Maklumat Gas Asli, telah melancarkan laporan dan pusat data baharu yang menumpukan kepada kilang pengeluaran serta pasaran biomethane secara global. Semua alatan ini amat berharga untuk para pembuat polisi, syarikat tenaga, pembekal peralatan atau mana-mana entiti mahupun individu yang mengikuti perkembangan pasaran ini.

Struktur bagi laporan adalah seperti berikut:

  • Imbasan bagi pasaran dan pengeluaran biomethane secara global, kilang menaiktaraf biogas, pemacu utama serta kecenderungan masa hadapan (mengikut rantau)
  • Ulasan bagi empat puluh buah negara di Eropah, Amerika Utara, Asia, Amerika Tengah & Selatan serta Afrika
  • Kajian kes secara mendalam bagi kunci utama pembangunan dan peningkatan pasaran biomethane, cth: A.S., Brazil, German, Perancis, China dan India.

Pusat data ini akan menawarkan:

  • Perincian mengenai ciri-ciri teknikal utama, status terkini (sedia ada, dalam pembinaan dan dalam perancangan), kapasiti pengeluaran dan lokasi pelaksanaan bagi penghujung tahun 2017.
  • Data bagi 1,020 kilang pengeluaran biomethane di 34 buah negara.
CEDIGAZ logo

Untuk maklumat lanjut:

www.cedigaz.org

[email protected]

Sumber: CEDIGAZ

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.