Hershey Buka Pusat R&D Baharu di Johor

KUALA LUMPUR – Syarikat Hershey secara rasminya melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Johor, Malaysia, menjadikannya antara kemudahan R&D terbesar Hershey di luar Amerika Syarikat (AS).

Hershey berkata, pelaburan itu adalah aspek teras strategi syarikat untuk memacu pertumbuhan antarabangsa melalui inovasi.

“Kemudahan baharu ini akan membolehkan Hershey membangun dengan pesat, menguji dan melancarkan produk baharu yang disesuaikan dengan cita rasa pengguna di rantau ini,” menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan dan Naib Presiden untuk Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika (AEMEA) dan India Hershey, Herjit Bhalla berkata kemudahan di Malaysia akan menjadi hab pusat untuk operasi syarikat di rantau AEMEA, termasuk India dan China.

Kemudahan seluas 10,400 kaki persegi itu akan menempatkan makmal R&D, kemudahan pembangunan pembungkusan dan kawasan pemantauan, yang akan membolehkan syarikat bekerjasama dengan pelbagai pasukan inovasi untuk ujian rasa dan menyenarai pendek produk ikonik – BERNAMA


Hershey Co ialah syarikat konfeksi global. Hershey Co (HSY) ialah saham dividen, dan saham yang dipandang tinggi oleh para pelabur. Syarikat ini menjual beberapa jenama popular, termasuk Hershey’s, Almond Joy, Reese’s dan Skinny Pop. Anda pasti biasa terjumpa dengan jenama ini jika membeli belah di Langkawi! Orang ramai telah menikmati konfeksi mereka selama berabad-abad, jadi perniagaan Hershey telah berkembang maju selama beberapa generasi.

Jika nak tahu, jika anda membeli saham Hershey pada Januari 2022, pulangan yang telah diperolehi adalah sebanyak 16%.

Adakah saham Hershey boleh terus meningkat naik? Pelaburan adalah mengenai melihat ke hadapan dan menggunakan maklumat yang tersedia untuk anda membuat keputusan yang terbaik. Pastikan anda membuat kajian sebelum membuat keputusan membeli saham mereka.

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.