Kerajaan Kaji Cadangan Pembinaan Pelabuhan Laut Dalam Di Sanglang – PM Ismail Sabri

YAN, 1 Sept (Bernama) — Kerajaan sedang mengkaji cadangan pembinaan pelabuhan laut dalam di Sanglang, daerah Kubang Pasu untuk mengendalikan kargo petroleum dan pukal yang bakal menambah nilai kepada ekonomi Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek itu juga akan melibatkan laluan penghubung jambatan darat atau ‘land bridge’ antara selatan Thailand dan Malaysia.

“Sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi negeri Kedah termasuk meningkatkan keyakinan pelabur untuk menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya,” katanya ketika merasmikan Projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Kumpulan MMC Corporation Bhd Tan Sri Tajudin Atan dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Terdahulu dalam ucapannya Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah berharap mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan cadangan pembangunan pelabuhan laut dalam itu.

Beliau berkata projek tersebut dilihat amat strategik dan berupaya menjadi projek ikonik yang boleh memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Menurutnya, cadangan untuk membangunkan pelabuhan itu dikemukakan kepada kerajaan negeri oleh Kumpulan Albukhary yang turut mencadangkan projek ‘land-bridge’ dibina ke Songkhla, Thailand bagi memendekkan jarak dan masa perjalanan antara Selat Melaka (di timur) dengan Teluk Siam (di barat).

“Melihat prospek dan potensi perkembangan yang berlaku khususnya di Pulau Bunting, Yan dan cadangan pelabuhan laut dalam di Sanglang, kerajaan negeri memohon perhatian khusus kerajaan persekutuan untuk meluluskan penubuhan Lembaga Pelabuhan Kedah.

“Lembaga ini akan bertindak sebagai pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab ke atas operasi pelabuhan di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/kerajaan-kaji-cadangan-pembinaan-pelabuhan-laut-dalam-di-sanglang-pm-ismail-sabri/

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.