Lebih 50 Juta Transaksi yang Selamat dalam Sebulan: Sistem Cardtrend Jamin Keselamatan Transaksi Digital di Asia Tenggara

Seiring dengan trend Malaysia beralih ke arah penggunaan teknologi tanpa sentuh, pemangkin ekonomi digital tempatan, Cardtrend Systems, komited dalam misinya untuk membantu perniagaan membangunkan inovasi transaksi digital bagi mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, selain menjamin pertumbuhan dalam landskap perniagaan yang pantas dan serba berubah.

Sungguhpun trend penerapan alatan dan proses digital semakin rancak, namun masih ada banyak perniagaan yang belum disepadukan dengan dunia digital akibat kebimbangan berterusan terhadap pematuhan keselamatan dan pelanggaran data. Malah, tinjauan oleh Trend Micro Incorporated mendedahkan, 73% daripada organisasi di Malaysia dilaporkan berkemungkinan akan mengalami pelanggaran data yang menjejaskan data pelanggan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Mencipta Platform Transaksi yang Selamat Untuk Ekosistem Pembayaran Lebih Komprehensif dan Cekap

Sehubungan dengan itu, Cardtrend Systems menawarkan penyelesaian seperti modul iAuth, iPricer dan iCrypto bagi membantu perniagaan berinovasi dan membina ekosistem pembayaran yang selamat untuk platform mereka. Menerusi pelbagai modul ini, Cardtrend Systems dapat memproses, mengesah dan memantau jumlah transaksi yang tinggi, selain mengkonfigurasi struktur harga yang kompleks bagi membantu perniagaan membina ekosistem pembayaran yang komprehensif lagi cekap.

iCrypto, iaitu perisian dan tawaran perkhidmatan terbaharu Cardtrend Systems, merupakan satu-satunya Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) bukan eksklusif yang menyasarkan pemindahan awan Modul Keselamatan Perkakasan Pembayaran (HSM) di rantau Asia Tenggara. Penerapan iCrypto ke dalam platform menjamin penyulitan data bagi setiap pertukaran data antara dua pihak, seterusnya mewujudkan persekitaran terjamin untuk pelbagai fungsi kewangan. Dengan ini, perniagaan berupaya memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah termasuk skim Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian (BNPL).

“Perniagaan hari ini menghadapi cabaran mengikuti perubahan yang pantas seiring penerapan alatan dan proses digital yang dipercepatkan. Menerusi iCrypto, kami berazam menyediakan cara mudah untuk perniagaan memindahkan sistem mereka secara progresif menerusi modul sekuriti perkakasan, supaya mampu melaksanakan naik taraf dengan cara yang fleksibel dan berdaya saing dalam landskap perniagaan yang serba berubah. Tambahan pula, kami akan berusaha menjadikan pemantauan dan pemprosesan transaksi berjalan selancar dan secekap mungkin,” kongsi Chee Yong Mok, Pengarah Urusan Sistem Cardtrend.

Membantu Perniagaan Merancang Sistem Ganjaran dan Pengurusan Pengangkutan yang Teguh

Dalam menghadapi ekosistem semakin kompetitif, syarikat mesti berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pasaran sasaran serta pekerja mereka. Bagi membina hubungan kukuh dengan pengguna, perniagaan harus menawarkan program ganjaran yang lumayan sebagai faktor pembezaan bagi menghasilkan pelanggan berulang yang setia. Malah, 78% pengguna lebih cenderung membeli daripada jenama dengan program kesetiaan. Sementara itu, pengurusan dan produktiviti pekerja boleh dipertingkatkan sehingga 60% dengan penggunaan teknologi digital untuk proses bahagian belakang.

Justeru, Cardtrend Systems menawarkan solusi Sistem LoyaltyOps Backend, iaitu sistem ganjaran yang memanfaatkan get laluan pembayaran bahagian belakang bagi membantu perniagaan meningkatkan hubungan Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B) dan Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) mereka menerusi baucar dan hadiah wang tunai dengan penyulitan data yang ketat. Penyelesaian ini turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan program pengiktirafan pekerja, sekali gus melahirkan ekosistem tempat kerja yang lebih kolaboratif.

Bagi meningkatkan kesetiaan dalam kalangan kerjasama B2B, khususnya daripada industri minyak dan gas, Cardtrend System turut menyediakan penyelesaian melibatkan penggunaan petrol dan pengangkutan hujung ke hujung menerusi Sistem FleetOps Backend. Sebagai pembekal utama perkhidmatan pengurusan kad petrol yang lengkap di Asia Tenggara, Cardtrend Systems membolehkan organisasi memantau, menjejak dan mengurus pengangkutan syarikat secara berkesan menerusi penggunaan kad petrol.

“Digitalisasi bukan semata-mata tentang memindahkan data ke Penstoran Awan (Cloud), malah ia juga melibatkan proses transformasi dan penerapan teknologi terkini untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih tangkas dan tepat,” tambah Chee Yong Mok.

Cardtrend Systems adalah platform yang menghimpunkan satu rangkaian perkhidmatan yang boleh diubah suai untuk memudahkan serta mengurus berbilang sistem bahagian belakang, termasuk program-program pembayaran, ganjaran dan pengurusan pengangkutan. Selain itu, ia merupakan sistem pertama seumpamanya di ASEAN yang menerima pensijilan PCI SSF, iaitu satu keperluan bertaraf global bagi pembangunan bahagian belakang transaksi kewangan untuk menjamin keselamatan data. Setakat ini, Cardtrend Systems telah memproses dan mengurus lebih 50 juta transaksi di Asia Tenggara menerusi penyelesaiannya.

Dengan sasaran untuk menyertai ekonomi digital Islam (IDE) pada 2022, Cardtrend Systems sedang berusaha menawarkan rangkaian penyelesaiannya kepada pasaran yang lebih luas, di samping menawarkan pelbagai penyelesaian lain seperti penyelesaian kad pembelian dan penyelesaian e-pembayaran perubatan korporat, serta memacu perniagaan dan organisasi di Malaysia ke arah inovasi digital.

About Cardtrend Systems

Cardtrend Systems is a digital economy enabler that offers a range of comprehensive and secure services such as the FleetOps Backend System, LoyaltyOps Backend and iAuth, iPricer, iCrypto, among others. Cardtrend Systems has a long experience in developing, providing and processing high traffic of secured digital transactions. Processing more than 50 million card transactions in multiple countries, Cardtrend Systems is the first receiver of the PCI Software Security Framework (SSF) certification in Southeast Asia.

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.