Nak Tahu Saham Apa Yang Bakal Pulih Tahun 2021?

Dunia sedang memacu ke arah pemulihan ekonomi seiring dengan kejayaan vaksin Covid-19. Pemulihan dalam pelaburan saham telah menjadi laluan utama bagi para pelabur pada penghujung tahun, dengan tumpuan terhadap perubahan sektor, peningkatan saham perladangan serta penjejasan saham penjagaan kesihatan.

Kumpulan Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd telah mempertimbangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemulihan ekonomi pada tahun 2021.

Jom kita dengarkan lima soalan hangat yang diajukan kepada Encik Kenny Yee dari Rakuten Trade.

Encik Kenny Yee, Kumpulan Penyelidikan, Rakuten Trade Sdn Bhd

1. Kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) telah menawarkan peluang baru buat saham sektor perladangan. Boleh berikan komen mengenai jangkaan perkembangan harga minyak sawit mentah (CPO) pada bulan-bulan akan datang?

  • Seperti di lain-lain sektor, pemulihan global pasca Covid-19 telah mewujudkan permintaan Pent-Up atau permintaan yang tertahan untuk kebanyakan komoditi. Kami jangkakan peningkatan harga saham peladangan walaupun pengembalian duti eksport minyak sawit pada Januari 2021.
  • Bagi harga minyak sawit mentah (CPO), kami berpendapat ia mungkin berada di atas paras RM3,000 per tan, dengan RM4,000 sebagai halangan utama dalam beberapa bulan akan datang.

2. Boleh beri komen mengenai kesan dari mandat biodiesel pada harga minyak sawit mentah (CPO) pada tahun 2021?

  • Dengan harga minyak mentah pada kadar semasa, biodiesel tetap merupakan saranan yang tidak begitu menarik memandangkan titik harganya dan jangkaan pungutan eksport menjadi sumber pendapatan bagi industri.
  • Pelaksanaan mandat biodiesel Malaysia akan tetap menjadi cabaran pada tahun 2021 biarpun ia mempunyai kelebihan sebagai bahan bakar yang lebih stabil dan mampan untuk masa hadapan.

3. Apakah pandangan anda terhadap syarikat / saham teknologi?

  • Saham teknologi akan tetap menjadi tumpuan, tetapi ini turut bergantung pada nilai saham individu.
  • Kami mengesyorkan VIS-Dynamics, JCY International Bhd, Elsoft Research, Inari, dan MI Technovation Bhd sebagai pilihan utama untuk saham teknologi.

4. Bagaimanakah prestasi saham-saham modal yang lebih kecil pada 2021 vs blue chips atau saham mewah, kerana seperti yang kita sedia maklum, saham yang besar tidak semestinya lebih baik?

  • Dalam kesukaran yang dihadapi pada tahun 2020, kami yakin saham-saham modal yang lebih kecil akan menerajui 2021 selaras dengan penyempurnaan semula portfolio dengan disokong oleh aliran masuk dana berterusan dari pelabur runcit yang akan terus menjadi peserta pasaran utama.
  • Antara saham-saham modal kecil yang disarankan adalah Supercomnet Technologies, AppAsia, RCE Cap, TCS Group, dan Dnonce.
  • Blue chips atau saham mewah dan bermodal besar masih kekal memainkan peranan dominan, tetapi kami menjangkakan peningkatan serta penyertaan berterusan dalam saham modal kecil mengunjurkan dari nilai dan potensi pertumbuhan mereka.

5. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk membubarkan larangan jualan kawal selia pendek (RSS) pada tahun 2021. Bagaimanakah keadaan ini akan memberi impak kepada pasaran ekuiti dan pemulihan ekonomi untuk jangka pendek?

  • Walaupun tujuannya adalah untuk merancakkan pasaran ekuiti, jualan kawal selia pendek (RSS) akan memberi penekanan dan impak langsung kepada keuntungan terutamanya saham blue chips atau saham mewah.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pos Malaysia Lantik 3 ‘Otai’ Baharu Mantapkan Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, pada 29 April 2026 telah mengumumkan pelantikan Datuk Shazril Imri bin Mokhtar dan Datuk Abdul Halim bin Hamzah sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, serta Encik Mano A/L Verabathran sebagai Pengarah Ganti kepada Datuk Abdul Halim bin Hamzah, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk memperkukuh komposisi Lembaga Pengarah dengan kepimpinan berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, perkhidmatan awam dan transformasi, selaras dengan aspirasi transformasi berterusan Kumpulan.

Datuk Shazril Imri bin Mokhtar membawa lebih 28 tahun pengalaman dalam telekomunikasi, strategi dan transformasi perniagaan, dengan rekod kukuh dalam menerajui perubahan organisasi berskala besar serta pengurusan perniagaan berorientasikan keuntungan. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, di mana beliau memimpin agenda transformasi syarikat, memperkukuh prestasi kewangan, keanjalan organisasi serta inisiatif berfokuskan pelanggan. Sepanjang kerjayanya, beliau turut memegang pelbagai jawatan kepimpinan utama termasuk Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif unifi, serta peranan strategik lain dalam pengurusan prestasi dan strategi.

Datuk Abdul Halim bin Hamzah pula membawa hampir tiga dekad pengalaman cemerlang dalam sektor awam, dengan kepakaran mendalam dalam tadbir urus, dasar serta pentadbiran di peringkat nasional. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, jawatan yang disandang sejak 24 November 2025. Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri. Pengalaman luas beliau merentasi pelbagai agensi kerajaan akan memperkukuh perspektif Lembaga dalam aspek pematuhan regulatori, keutamaan nasional dan penglibatan pemegang taruh.

Encik Mano A/L Verabathran, yang kembali sebagai Pengarah Ganti, mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, dengan kepakaran dalam infrastruktur telekomunikasi, penyelarasan antara agensi serta dasar strategik. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) di Kementerian Komunikasi. Antara jawatan terdahulu beliau termasuk Setiausaha Bahagian (Bahagian Antarabangsa), Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perdana Menteri, serta Timbalan Setiausaha Bahagian di Kementerian Pengangkutan. Pelantikan beliau turut menyumbang kepada kesinambungan dan pemahaman institusi, memandangkan pengalaman beliau sebelum ini bersama Lembaga Pos Malaysia.

Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan Pos Malaysia dalam membina organisasi yang berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan, sejajar dengan tujuan kami untuk membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.