Realiti Menyedihkan Mengenai Wang Dan Rakyat Malaysia

Bayangkan kita sedang terdampar di tengah laut dan cuba untuk berenang menuju ke kapal penyelamat dengan melawan arus, ianya adalah situasi yang sangat sukar untuk digambarkan. Senario ini menggambarkan bagaimana rakyat Malaysia pada ketika ini yang terpaksa berhadapan dengan kegawatan ekonomi ketika Covid-19.

Sama ada kita sedar atau tidak, ini adalah realiti yang menyedihkan mengenai wang dan rakyat Malaysia yang kita mungkin terlepas pandang.

Kurang Membuat Simpanan

Tahukah anda bahawa hanya 1 daripada 10 orang rakyat Malaysia mampu bertahan lebih daripada 6 bulan sekiranya hilang pekerjaan? Mungkin selama ini kita menganggap ia adalah perkara yang ringan, namun lihatlah sendiri realitinya sekarang.

Pada tahun 2015, data Bank Negara melaporkan bahawa separuh daripada keseluruhan pekerja di Malaysia masih lagi menerima gaji sebanyak RM1,600 sebulan dan ke bawah.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mempunyai akaun KWSP pula, 1 daripada 5 orang memiliki simpanan kurang daripada RM10,000. Sekiranya perbelanjaan mereka adalah RM1,000 sebulan, duit dalam KWSP hanya mampu bertahan sehingga 10 bulan sahaja selepas bersara nanti.

Bila ditanya mengenai cara penyelesaian untuk masalah tersebut, ramai yang terdiam membisu. Sekiranya kita bersara pada usia 55 tahun, kita akan berdepan dengan situasi sukar untuk hidup lagi 20 tahun selepas itu.

Jurang Besar Yang Berlaku Dalam Negara

Bagi yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) pula, menurut laporan ASB tahun 2015 bahawa 72% pelabur ASB hanya mempunyai purata simpanan sebanyak RM500 lebih sahaja. Sedangkan platform pelaburan ASB inilah yang paling dikenali ramai dan paling mudah untuk dimulakan oleh semua orang.

Bila difikirkan balik mengenai nasib rakyat Malaysia, sememangnya amat merunsingkan kerana yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Ia juga telah menyebabkan berlakunya jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat.

Jika kita lihat kepada jurang kekayaan di antara yang kaya dengan yang miskin, ianya telah meningkat berbanding 20 tahun yang lalu. Nilai jurang pendapatan di antara golongan kaya pada tahun 1970 dianggarkan sebanyak RM659 sebulan tetapi ianya telah meningkat kepada RM11,768 sebulan pada hari ini.

Daripada segi jurang pendapatan di antara bandar dan luar bandar juga amat merisaukan. Ini kerana pada tahun 1970 ianya adalah sebanyak RM214 manakala pada tahun 2014 ianya telah meningkat kepada RM3,002.

Akhir Kata

Bagi mengubah dan menambah baik kesemua situasi ini pada 10 tahun akan datang, kita semua perlu membuat perubahan. Mulakan dengan belajar dan mencari ilmu yang sekarang boleh diperolehi di hujung jari saja. Sama ada kita nak atau tak nak saja.

Sumber Rujukan:

Oleh itu, kita kena tingkatkan simpanan dan seterusnya baru kita belajar melabur. Penting juga untuk kita mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan.

Nakkan lagi tips-tips yang bermanfaat, baca ini juga:

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bukan Semua Masalah Hutang Bermula Dengan Sikap Boros

Apabila kita membincangkan isu hutang, tanggapan yang sering muncul ialah seseorang itu mungkin terlebih berbelanja, tidak pandai mengurus wang, atau mengambil pinjaman tanpa berfikir panjang.

Namun, daripada pengalaman saya sendiri dan kerja harian kami bersama peminjam, realitinya tidak semudah itu.

Belakangan ini, ramai yang terperangkap dalam hutang bukan kerana mereka sengaja mahu hidup di luar kemampuan. Sebaliknya, masalah sering bermula daripada perkara yang nampak biasa, seperti kad kredit, bayaran minimum, ansuran kecil, pinjaman peribadi, atau kemudahan Beli Sekarang, dan Bayar Kemudian atau Buy Now, Pay Later (BNPL). Pada awalnya, angka pinjaman kelihatan kecil dan masih terkawal. Walau bagaimanapun, apabila faedah, caj lewat bayar dan komitmen bulanan mula bertambah, hutang yang kecil boleh menjadi suatu beban yang berat.

Inilah jurang yang jarang dibincangkan secara terbuka. Akses kepada kredit semakin mudah, tetapi kefahaman tentang kos sebenar hutang masih belum berkembang pada kadar yang sama.

Menurut Bank Negara Malaysia, hutang isi rumah kekal tinggi pada 84.8% daripada KDNK, bersamaan RM1.67 trilion pada akhir 2025. Angka ini menunjukkan betapa besarnya kebergantungan rakyat Malaysia terhadap kredit. Dalam masa yang sama, AKPK juga menekankan bahawa kad kredit dan pinjaman peribadi menyumbang kepada sebahagian besar kes pelanggan yang berhadapan kesukaran kewangan.

Bagi saya, isu ini bukan sekadar tentang berapa banyak peminjam, sebaliknya tentang berapa ramai yang benar-benar faham apa yang berlaku selepas mereka meminjam.

Sebagai contoh, bayaran minimum kad kredit. Ramai menganggap selagi mereka membayar jumlah minimum setiap bulan, status masih terkawal. Secara teknikal, akaun mungkin tidak tertunggak. Tetapi dari sudut kewangan, baki hutang masih berjalan, faedah masih dikira, dan tempoh pembayaran boleh menjadi jauh lebih panjang daripada yang dijangka.

Begitu juga dengan BNPL. Kemudahan ini boleh membantu jika digunakan secara berdisiplin, terutamanya untuk pembelian yang benar-benar perlu. Walaupun begitu, apabila seseorang mula mengambil beberapa komitmen kecil pada masa yang sama, jumlah keseluruhan boleh menjadi sukar dipantau. RM50 di satu platform, RM80 di platform lain, dan RM120 di tempat lain. Jumlah ini mungkin nampak kecil secara berasingan. Tetapi apabila digabungkan dengan sewa, ansuran kereta, bil telefon, pinjaman peribadi dan kad kredit, tekanan aliran tunai mula terasa.

Apa yang saya lihat adalah ramai peminjam sebenarnya bekerja, mempunyai pendapatan tetap, dan cuba memenuhi komitmen mereka sebaik mungkin. Mereka bukan tidak mahu membayar. Masalahnya, mereka lambat sedar bahawa struktur hutang mereka sudah tidak lagi sihat.

Di BlueBricks, kami menerima sekitar 30 hingga 40 pertanyaan penyatuan hutang setiap hari. Sebahagian besar datang daripada golongan bekerja yang pada awalnya menyangka hutang mereka masih boleh dikawal. Hal ini dapat kita lihat, apabila satu pinjaman digunakan untuk menutup pinjaman lain, atau kad kredit digunakan untuk menampung perbelanjaan asas, itu biasanya tanda bahawa masalah sudah masuk ke peringkat yang lebih serius.

Saya sendiri pernah melalui tekanan hutang yang besar selepas satu pelaburan gagal. Pengalaman itu mengajar saya bahawa tekanan kewangan bukan hanya soal nombor. Implikasinya, dari sudut emosi, keluarga, keyakinan diri dan cara seseorang membuat keputusan. Apabila seseorang berada dalam keadaan terdesak, mereka lebih mudah percaya kepada tawaran yang nampak cepat, mudah dan terlalu baik untuk menjadi benar.

Oleh itu, literasi kewangan tidak boleh berhenti pada nasihat umum seperti “jangan berhutang” atau “belanja ikut kemampuan”. Nasihat itu betul, tetapi tidak cukup. Pengguna perlu faham bagaimana faedah dikira, apa kesan bayaran minimum, bagaimana caj penalti terkumpul, dan bila sesuatu komitmen itu sudah mula menjejaskan kestabilan kewangan mereka.

Kita juga perlu lebih jujur bahawa celik kewangan bukan hanya penting untuk mereka yang berpendapatan rendah. Golongan profesional juga boleh terperangkap, terutamanya apabila gaya hidup, komitmen keluarga, kos sara hidup dan akses mudah kepada kredit bertembung pada masa yang sama.

Pada akhirnya, kad kredit, pinjaman dan BNPL boleh menjadi alat yang berguna jika dimanfaatkan dengan kefahaman dan disiplin. Tetapi tanpa pengetahuan yang mencukupi, alat yang sama boleh menjadi permulaan kepada kitaran hutang jangka panjang.

Jika Malaysia mahu membina masyarakat yang lebih stabil dari segi kewangan, kita perlu bergerak daripada sekadar memberi akses kepada kredit kepada memastikan pengguna benar-benar faham tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kerana selalunya, masalah hutang tidak bermula apabila seseorang gagal membayar. Ia bermula lebih awal, apabila seseorang tidak benar-benar tahu berapa mahal harga sebenar hutang yang mereka ambil.

Penafian: Pandangan yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan. Harap maklum bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BlueBricks Holdings adalah tidak patuh Syariah.

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Karl Ng, Pengarah BlueBricks Holdings