Nokia Mengumumkan Rangkaian Mudah Alih Persendirian 5G Standalone (SA) Untuk Pelanggan Perusahaan (Enterprise)

Nokia hari ini mengumumkan ketersediaan komersial global bagi
rangkaian mudah alih persendirian gred industri 5G SA baharu, menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan kes kegunaan perindustrian dan perkilangan yang paling mencabar.

Dengan pengenalan 5G SA, Nokia menawarkan kepada para pelanggannya portfolio menyeluruh paling lengkap di pasaran yang terdiri daripada peralatan rangkaian mudah alih persendirian 4.9G/LTE dan 5G berprestasi tinggi.

Raghav Sahgal, Presiden Nokia Enterprise berkata : “Melalui pengenalan 5G SA ini, kami perintis teknologi baharu untuk pelanggan perusahaan dengan rangkaian mudah alih persendirian bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan pendigitalan mereka, untuk apa jua keperluan atau kesalinghubungan telekomunikasi.

“Kesalinghubungan mudah alih persendirian amat penting untuk membantu para pelanggan kami mencapai matlamat transformasi digital jangka panjang mereka. Dengan menyampaikan 5G SA, kami membuka jalan untuk memacu pendigitalan dalam kes kegunaan yang paling mencabar seperti pengilangan automotif, di mana cloud , robotik dan
operasi mesin autonomi mewujudkan permintaan misi kritikal untuk kepedaman rendah (low latency) dan kadar data kepantasan tinggi yang boleh diharapkan.”

Sepanjang pembangunan keupayaan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA ini, Nokia telah melaksanakan pelbagai ujian percubaan bersama para pelaggan di tapak dan rakan pengendali mudah alihnya sejak suku pertama tahun 2020. Nokia mempunyai lebih daripada 180 pelanggan perusahaan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh dunia di
mana lebih 30 daripadanya adalah 5G. Nokia baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan rangkaian mudah alih persendirian 5G termasuk Deutsche Bahn , Lufthansa Technik dan Toyota Production Engineering.

Dengan rangkaian 5G SA baharu dari Nokia, pelanggan perusahaan boleh memilih sistem Nokia Digital Automation Cloud yang kompak, pasang dan guna secara automatik dengan pengaktifan automasi – atau menyesuaikan rangkaian mengikut keperluan spesifik dengan Nokia Modular Private Wireless. Nokia juga mengumumkan bahawa Sandvik Mining and Rock Technology akan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia di lombong ujinya di Tampere, Finland.

Patrick Murphy, Presiden, Rock Drills and Technologies, Sandvik Mining and Rock Technology berkata: “Dengan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia Digital Automation Cloud , kami dapat mempamerkan pelbagai keupayaan baharu yang hebat di lombong uji kami di Tampere.

“Memandangkan kami bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka memanfaatkan teknologi bagi mendigitalkan operasi mereka, pengenalan 5G membuka jalan kepada pelbagai peluang baharu dalam robotik, operasi berautonomi dan jarak jauh, automasi flit penuh, analisis dan keselamatan yang dipertingkatkan. Oleh itu, ia merupakan
pencapaian yang hebat untuk transformasi digital dalam pelombongan.”

Sahgal menambah: “Kami menyedari bahawa 4.9G/LTE yang engendalikan lebih daripada 85 peratus aplikasi perindustrian akan terus menjadi pilihan rangkaian mudah alih persendirian utama untuk suatu tempoh yang berpanjangan. Dengan pengumuman ini, kami menggabungkan semua yang terbaik. Kami menawarkan pelanggan pilihan untuk bermula
dengan 4.9G/LTE, dan bertukar kepada 5G apabila ekosistem mereka sudah matang, atau ‘terus ke 5G’ – mengesahkan teknologi ini dan menggalakkan OEM dan pembekal aset-aset perindustrian untuk membangunkan ekosistem 5G yang cemerlang.”

Pablo Tomasi, Penganalisa Utama, Private Networks di Omdia berkata : “Untuk berjaya dalam vertikel industri seperti pengangkutan dan perkilangan, ekosistem mudah alih mestilah memberi tawaran menarik yang menangani semua masalah semasa dan aliran tidak terjangka (distruptive trend) untuk jangka panjang. Pasaran rangkaian persendirian
akan dibina berdasarkan kepercayaan dan hasil yang disampaikan oleh LTE persendirian.

Walau bagaimanapun, perusahaan, pembekal dan penyedia rangkaian perkhidmatan perlu memahami potensi sebenar 5G dan bagaimana untuk menggabungkan ia dengan strategi mereka. Dengan bertindak pantas melalui penawaran Rangkaian Persendirian 5G SA, Nokia kini berpeluang memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekosistem 5G
untuk perusahaan.”

Iklan

Melalui pengenalan perkhidmatan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA yang tersedia secara komersial, Nokia juga membolehkan rakan-rakan OEM dan ekosistemnya untuk mempercepatkan pengesahan bagi keupayaan 5G. Ini akan membantu melonjakkan pembangunan aset perindustrian berkebolehan 5G, mempercepatkan penghasilan aplikasi, dan mengintegrasi 5G ke dalam proses dan sistem perindustrian di masa hadapan.

Selain bekerjasama dengan ekosistem rangkaian mudah alih persendirian – termasuk penyedia rangkaian perkhidmatan, rakan kongsi cloud , pengintegrasi sistem, perunding strategik dan pakar industri – Nokia akan turut memanfaatkan kepakaran vertikelnya untuk menyampaikan manfaat transformasi 5G dalam kes penggunaan spesifik industri.

Dengan adanya keseragaman daripada 3GPP R15 SA yang menyediakan asas untuk 5G persendirian dalam industri, rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia akan menjadi platform utama yang membolehkan ciri-ciri dan peningkatan berkaitan industri di masa
hadapan. Ini termasuklah Ultra-Reliable Low-Latency Communication (URLLC), Time-Sensitive Networking (TSN), dan pelbagai keupayaan perindustrian lain yang akan melalui pelancaran 5G 3GPP lain (R16-18) di masa hadapan.

Pengumuman hari ini juga memenuhi keperluan pasaran seperti Jerman, Jepun dan UK di mana dengan adanya ketersediaan spektrum 5G tempatan, adalah penting untuk penerimaan awal teknologi 5G dan ekosistem yang berkaitan. Nokia juga melancarkan peningkatan kepada portfolio rangkaian 4.9G/LTE.
● Pelancaran radio Jalur 87 (410MHz) yang pertama di dunia, memperluaskan potensi liputan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh negara merentasi IoT CSP kritikal, keselamatan awam, pengangkutan dan utiliti.
● Jalur lebar TD-LTE config 0 Uplink dipertingkatkan, membolehkan muat naik yang lebih baik untuk video dan aplikasi mudah alih persendirian berasaskan mesin.
● Sokongan dipertingkatkan untuk pengagihan ( slicing ) 4.9G/LTE bagi rangkaian mudah alih persendirian, membolehkan pengagihan bahagian menyeluruh secara maya untuk KPI berprestasi tinggi yang terjamin dalam kes kegunaan spesifik.

Sumber tambahan
● Laman web: From Now to Next: Nokia industrial-grade private wireless
● Laman web: Industrial-grade Private Wireless

Mengenai Nokia untuk Industri

Nokia telah melaksanakan 1,300 rangkaian misi kritikal dengan pelanggan-pelanggan terkemuka dalam segmen pengangkutan, tenaga, perusahaan besar, perkilangan, skala web dan sektor awam di seluruh dunia. Pelbagai perusahaan terkemuka dari industri yang berbeza memanfaatkan pengalaman kami selama berdekad dalam pembangunan rangkaian IP, optik dan mudah alih yang terbesar dan tercanggih di dunia. Nokia Bell Labs Future X untuk seni bina perindustrian menyediakan rangka kerja untuk perusahaan memacu perjalanan pendigitalan dan automasi menuju Industri 4.0. Nokia juga telah menerajui arena rangkaian mudah alih persendirian dengan pelbagai penyelesaian, dan kini mempunyai lebih daripada 180 pelanggan perusahaan besar yang menggunakannya di seluruh dunia.

Mengenai Nokia

Kami mencipta teknologi untuk menghubungkan dunia. Hanya Nokia menawarkan portfolio lengkap yang terdiri daripada peralatan, perisian, perkhidmatan rangkaian dan peluang pelesenan di seluruh dunia. Dengan komitmen untuk menghasilkan inovasi, dipandu oleh Nokia Bell Labs yang telah memenangi anugerah, kami adalah peneraju dalam pembangunan dan penggunaan rangkaian 5G.

Pelanggan kami yang terdiri daripada para penyedia perkhidmatan komunikasi yang menyokong lebih daripada 6.4 bilion langganan dengan rangkaian radio kami, dan pelanggan perusahaan kami telah menggunakan lebih 1,300 rangkaian perindustrian di seluruh dunia. Dengan mematuhi etika tertinggi, kami menghasilkan transformasi dalam cara manusia menjalani kehidupan, bekerja dan berkomunikasi. Untuk maklumat terkini
mengenai kami, sila layari www.nokia.com dan ikuti kami di Twitter @nokia.

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bicara BH Kupas Isu Bisnes Atas Talian

Forum Bicara BH meneruskan siri ketiganya pada hari ini di mana pada kali ini panelis-panelis akan mengupas isu berkaitan penggunaan media sosial sebagai platform untuk menjana pendapatan yang bertajuk “Buat Duit: Beralih Ke E-Dagang”, bertempat di Public Space, Balai Berita Bangsar.

Anjuran BH dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), objektif perbincangan ini adalah untuk menyedarkan pengguna bahawa pelbagai risiko perlu dihadapi mereka ketika berurus niaga dalam talian.

Ini adalah siri ketiga daripada enam siri yang akan diadakan dengan kerjasama MCMC.

Moderator untuk forum pada kali ini ialah Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak, wartawan pendidikan BH.

Iklan

Tiga ahli panelnya terdiri daripada Adrian Abdul Ghani, Ketua Bahagian Perkhidmatan Digital Dan Platform Data, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, MCMC, Ahmad Awaluddin Ashaari, Pengacara, Pelakon, Pemilik SchAwal.com dan LawA events dan Nor Nabilah Zulyadaini @ Bella, Pemilik Laman Sosial Solekan Make Up By Bellaz dan Pengasas Bellaz Beauty Sdn Bhd.

Program Bicara BH ini diadakan bagi menyediakan platform untuk perbincangan intelektual mengenai pelbagai isu berkaitan perniagaan, ekonomi serta isu sosial negara. BH juga melaksanakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk memupuk budaya perkongsian ilmu dan memainkan peranannya dalam menyediakan kandungan berbentuk intelektual, informatif dan terkini.

Forum ini menggabungkan pelbagai pihak berkaitan serta ahli panel dalam kalangan pemimpin masyarakat, korporat, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGOs) bagi membicara dan mengurai topik dipilih demi manfaat bersama secara menyeluruh.

Iklan

Aeroflot Dinamakan Jenama Syarikat Penerbangan Terkukuh Dunia buat Tahun Ketiga Berturut-turut oleh Brand Finance

MOSCOW, 8 April 2019 /PRNewswire/ — Aeroflot dinamakan sebagai jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia buat tahun ketiga berturut-turut oleh Brand Finance, perunding penilaian jenama bebas yang terkemuka.

Majlis penyampaian anugerah diadakan pada awal di Royal Automobile Club, London (UK), salah sebuah kelab ahli persendirian yang paling lama dan paling terkenal di dunia.

Antara pemenang-pemenangnya ialah jenama-jenama yang terkemuka di dunia seperti Ferrari, Coca-Cola, Hilton dan Shell.

Brand Finance mengukur kekuatan jenama syarikat penerbangan mengikut beberapa faktor termasuk pengiktirafan jenama, pelaburan pemasaran, kesetiaan pelanggan, kepuasan kakitangan dan reputasi korporat.

Aeroflot berkedudukan sebagai jenama penerbangan paling kukuh dengan skor 89.9 mata daripada 100 mata yang boleh dicapai. Nilai jenama Aeroflot turut berkembang sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 6% kepada USD 1.5 bilion.

“Aeroflot ialah sebuah syarikat penerbangan yang melakar hampir seabad sejarah dan kami berbangga untuk mewakili Rusia dalam pasaran pengangkutan global. Jenama kami diiktiraf secara rasminya buat tahun ketiga berturut-turut sebagai jenama penerbangan yang paling kukuh di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot, Vitaly Saveliev. “Berjuta-juta pengembara yang datangnya dari negara-negara seluruh dunia memilih untuk terbang bersama Aeroflot. Maklum balas pelanggan merupakan faktor paling penting dalam membantu Aeroflot meraih berpuluh-puluh anugerah berprestij dan penarafan tinggi saban tahun. Meskipun dengan persekitaran geopolitik yang mencabar, kami terus bergerak ke arah mencapai matlamat strategik kami, yang pertama-tamanya adalah untuk mengukuhkan kedudukan Rusia dalam bidang penerbangan dan bagi memastikan negara mempunyai armada penerbangan awam yang hebat.”

“Aeroflot bakal diberi pengiktirafan tahun ini atas peningkatan penarafan kekuatan jenama kepada AAA+ elit. Jenama ini terus memberikan asas-asas penting yang tepat seperti memperbaharui armada pesawat, mengekalkan kesetiaan penumpang dan menyediakan perkhidmatan berkualiti terbaik dalam pesawat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance. “Memandangkan kepentingan penunjuk geografi terhadap jenama-jenama menjadi semakin penting, Aeroflot merupakan contoh sempurna bagi jenama asal Rusia yang menonjolkan dirinya di persada dunia dengan kehadiran yang benar-benar bersifat global khususnya melalui komitmen penajaan seperti perjanjiannya sebagai syarikat penerbangan rasmi Manchester United.”

Latar Belakang Aeroflot

Iklan

Aeroflot (PRNewsfoto/Aeroflot)

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 55 negara.

Kumpulan 255 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/   

Sumber: Aeroflot

Related Links:

Iklan

Hisense Perkenal TV Laser TriChroma dan TV Sonic One Super-tipis

LAS VEGAS, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ — Hisense®, pengeluar televisyen dan perkakas terkemuka dan rakan kongsi UEFA EURO 2020™, hari ini membuat penampilan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada, menerusi salah satu persembahan produk paling mantap daripadanya setakat ini. Sebagai jenama antarabangsa yang cemerlang dalam memenuhi keperluan pengguna merentas pasaran, Hisense mempamerkan TV ultra-premium yang menerobos sempadan teknologi paparan, termasuk TV serba lengkap yang luar biasa tipis.

Reruai Hisense dengan bangganya memaparkan TV Laser 4K Smart TriChroma™ (100L7T), penambahan terkini dalam siri memenangi anugerah yang menggunakan unsur-unsur warna asas, iaitu merah, biru dan hijau. Hasilnya merupakan pelbagai warna hampir tidak terhingga termasuk Putih Suci. TV Laser TriChroma mempunyai X-Fusion Laser Light Engine™ yang menggabungkan tiga laser bebas untuk memaparkan pelbagai pilihan warna dan rona dengan tepat, mencapai 96.6% daripada ruang warna rec.2020. Cip TI DLP® memberikan kelajuan gerakan amat pantas dengan kadar segar semula 32 mikro-saat untuk 8.3 juta piksel, mencipta pengalaman tontonan yang tiada tandingan yang perlu anda lihat sendiri untuk mempercayainya.

“Kami teruja untuk mempamerkan keluasan dan kedalaman portfolio produk Hisense 2019 kami dan memperkatakan tentang evolusi seterusnya dalam TV, mudah alih, perkakas dan kini teknologi Kediaman Pintar,” kata Dr. Lan Lin, naib presiden eksekutif Hisense Group Co., Ltd. “Pelaburan berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan wawasan untuk masa depan adalah faktor bagaimana Hisense mencapai kejayaan berkenaan, maka kami mengalu-alukan semua pihak untuk melihat dengan lebih dekat kemajuan yang terhasil daripada usaha berterusan kami dalam membangunkan teknologi inovatif.”

Hisense Sonic One – TV Tipis Serba Lengkap

Televisyen serba lengkap yang luar biasa tipis merupakan antara inovasi untuk disaksikan di reruai Hisense. Berukuran hanya 1.1-inci pada titiknya yang paling dalam, Hisense Sonic One™ ialah gabungan sempurna antara reka bentuk perindustrian dan mekanikal. Profil tipisnya dapat dicapai hasil daripada faktor bentuk pembesar suara Piezoelectric yang mengeluarkan bunyi daripada panel, mengekalkan profil amat tipis demi paparan yang menakjubkan.

ULED XD – Suatu Pengalaman Sempurna

ULED XD ialah sistem unik daripada cip set proprietari Hisense, algoritma pemprosesan imej dan teknologi panel baharu untuk julat dinamik yang belum pernah dicapai sebelum ini dengan hitam yang luar biasa gelap serta kecerahan yang mempesonakan. Panel ULED XD dwisel melapisi modul 1080p yang memaparkan imej skala kelabu antara rangkaian penuh cahaya belakang LED dan modul 4K yang memaparkan imej warna penuh, mencipta penaiktarafan signifikan terhadap pengelaman setempat, warna dan julat dinamik.

Hisense Adonis MD – Standard Paparan Baharu

Paparan MicroLED Adonis MD™ 145-inci baharu menggunakan lebih 10 juta LED mikroskopik yang memberikan kontras, kecerahan dan pengaliran gerakan yang lebih baik, di samping turut mengekalkan kecekapan tenaga. Teknologi termaju ini mewujudkan kefleksibelan yang lebih besar dan kawalan cahaya yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa jua bermula dengan pemilik rumah kepada syarikat yang tercari-cari penyelesaian paparan rintis. Hisense Adonis MD mengekalkan pic piksel 0.833mm, memberikan salah satu pengalaman kualiti gambar dengan resolusi paling halus dan paling tepat yang pernah disaksikan di paparan.

Teknologi Pintar, Kehidupan Lebih Pintar

Iklan

Hisense memaparkan konsep khas di CES, membawa tetamu melihat simulasi langsung bagaimana perkakas Hisense memupuk sambungan lebih baik antara peranti dalam kediaman pintar. Para pengunjung akan berupaya membuka pintu dengan kunci pintar dan mencetuskan tetapan pilihan dengan penyaman udara terhubung. Pengalaman kediaman pintar akan turut membantu pengguna membayangkan masa depan yang semakin hampir ini yang mana ketuhar, peti sejuk dan perkakas lain dapat menjangka keperluan mereka dan bertindak balas terhadap arahan suara daripada Amazon Alexa™.

Telefon Bimbit Berfungsi Sepanjang Masa

Kemajuan terkini dalam rangkaian penuh telefon pintar Hisense akan dipaparkan di CES untuk disaksikan oleh dunia. Rangkaian produk mudah alih yang menggamit perhatian termasuk Infinity H12 menggunakan-dwikamera dan A6 yang menampilkan dua skrin, termasuk satu paparan e-dakwat. Rangkaian telefon bimbit mesra alam yang lebih luas memberi gambaran lebih dekat mengapa Hisense dapat meraih kejayaan berterusan dalam pasaran.

Teknologi Ditonjolkan

Para hadirin CES dapat meninjau rangkaian telefon pintar dan perkakas Hisense serta dapat menyaksikan suatu yang jarang dilihat terhadap mekanisme dalaman berhubung apa yang menjadikan Hisense sebagai peneraju global dalam teknologi paparan. Di dalam reruai ini disediakan kisah-kisah terperinci dan aplikasi-aplikasi yang dapat dilihat terhadap teknologi proprietari Hisense, termasuk ULED, cip set Hi-View dan penyepaduan AI. Ini merupakan antara banyak penambahbaikan dalaman yang dapat meningkatkan kualiti gambar pada produk-produk TV 2019 premium Hisense yang baru diumumkan, iaitu Hisense U9F, Hisense H9F dan Hisense H8F yang julung kali diperkenalkan di CES.

Rangkaian penuh produk Hisense akan dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, 8-11 Januari 2019, di reruai #10039, Dewan Central. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.hisense-usa.com.

Amazon Alexa™ ialah tanda dagangan berdaftar Amazon.com, Inc.
Semua tanda dagangan lain yang disebutkan di sini merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Latar Belakang Hisense USA Corporation dan Hisense Company, Ltd.
Hisense USA Corporation ialah subsidiari Hisense Company, Ltd., ditubuhkan pada tahun 1969 dan beribu pejabat di Qingdao, China. Hisense USA Corporation menawarkan rangkaian produk teknologi inovatif yang mengubah industri barangan elektronik pengguna, mencabar persaingan dan menyediakan nilai signifikan kepada pengguna. Diedarkan di seluruh Amerika Utara, portfolio produk Hisense USA Corporation termasuk televisyen, peti sejuk, penyaman udara, penyahlembap, penyejuk minuman dan penyejuk beku.

Sumber: Hisense

Iklan

InvestSmart® Fest SC Pertingkat Celik Pelaburan dan Kesedaran Mengenai Penipuan Pelaburan

InvestSmart® Fest 2019, inisiatif pendidikan pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur hari ini.

Bertemakan “Invest Smart” or “Bijak Labur”, InvestSmart® Fest tahunan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap asas-asas pelaburan dan menyediakan para pelabur dengan pengetahuan serta membuat pertimbangan yang sewajarnya ketika membuat keputusan pelaburan.

“Pelabur yang berpengetahuan adalah pelabur yang dilindungi. Dengan memperlengkapkan orang ramai dengan keupayaan untuk mengenal pasti dan menilai peluang pelaburan dan cabarannya, pelabur bukan sahaja mampu melindungi kepentingan mereka dengan lebih baik malah mereka juga boleh bertindak sebagai penyampai maklumat kepada SC dalam usaha membanteras sebarang penipuan atau salah laku, ” kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

InvestSmart® Fest menyediakan peluang unik kepada orang ramai dengan mengetengahkan pelbagai kumpulan peserta pasaran modal. InvestSmart ® Fest tahun ini menampilkan lebih daripada 50 organisasi yang mengambil bahagian yang terdiri daripada institusi pasaran kewangan, perantara, persatuan, agensi kawal selia dan kerajaan di bawah satu bumbung untuk meningkatkan pengetahuan dan penawaran produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengunjung juga boleh mempelajari tentang platform pelaburan alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai, pembiayaan antara rakan setara, syarikat pengurusan pelaburan digital dan bursa aset digital di “Pavilion Digital”, satu segmen khas di InvestSmart® Fest.

Iklan

Di samping itu, acara selama tiga hari itu juga menawarkan lebih 400 perundingan secara percuma bersama perancang kewangan berlesen di kaunter khidmat kewangan #FinPlan4U. Orang ramai boleh mendapatkan penilaian awal tentang status kewangan mereka dan maklumat mengenai cara untuk mengurus simpanan dan pelaburan mereka. #FinPlan4U tahun ini juga menampilkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang akan menawarkan khidmat nasihat persaraan.

Selaras dengan usaha untuk menggalakkan penyertaan bermaklumat dalam pasaran modal, Aplikasi Mudah Alih Bond + Sukuk Information Exchange telah dilancarkan ketika hari pertama InvestSmart® Fest kelmarin (18 Oktober 2019). Dibangunkan oleh BIX Malaysia, aplikasi mudah alih ini membolehkan para pelabur memperoleh maklumat terkini mengenai bon dan sukuk melalui telefon pintar mereka.

InvestSmart® Fest disokong oleh Bursa Malaysia, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia dan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai InvestSmart® Fest, layari www.investsmartsc.my atau facebook.com/InvestSmartSC.

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!