Nyawa Tiada Ganti, Bersiap Sedialah Di Jalan Raya

Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang tentunya tidak akan melepaskan peluang balik ke kampung setelah dua tahun tidak dapat pulang beraya.

Ketika kita semua sedang teruja membuat persiapan perjalanan pulang dan berkumpul bersama orang-orang tersayang, Zurich Malaysia ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri serta orang lain di atas jalan raya.

Bagi membantu pemandu bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung, Zurich Malaysia telah menyediakan beberapa petua berguna yang mudah diikuti, sebelum dan semasa di jalan raya sebagai peringatan prihatin di musim perayaan ini. Tujuannya adalah untuk menjadikan perjalanan pulang lebih selamat dan selesa.

Keselamatan di jalan raya adalah lebih daripada sekadar memandu dengan selamat. Setiap nyawa yang berada di atas jalan raya, perlu dipelihara. Yang penting, ianya adalah tentang bagaimana kita boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang.

Zurich Malaysia berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya Aildilfitri dengan selamat, dan bersedia untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Pesanan ini dibawakan oleh Zurich Malaysia. Zurich Malaysia mempunyai produk takaful dan konvensional. Buat mereka yang beragama Islam, pilihlah produk takaful.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Maybank Mengendalikan Lebih RM4 Trilion Transaksi Digital Sejak 2020, Bersamaan Dua Kali Ganda KDNK Malaysia

Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka Malaysia, hari ini menegaskan  semula komitmennya untuk menyokong penerimaan perbankan digital negara. Sejak pelancaran aplikasi MAE pada tahun 2020, Maybank telah mengendalikan lebih RM4 trilion transaksi digital dalam tempoh lima tahun, iaitu bersamaan dua kali ganda KDNK negara. Maybank terus memacu usaha rangkuman kewangan dan keterhubungan digital di Malaysia serta di seluruh ASEAN.

Aplikasi MAE menawarkan rangkaian menyeluruh ciri perbankan dan gaya hidup, sekali gus menjadikannya aplikasi perbankan mudah alih pilihan utama rakyat Malaysia bagi urusan  kewangan harian. Maybank terus menerajui perbankan digital, menduduki tempat pertama di Malaysia dari segi bilangan dan nilai transaksi merentasi perkhidmatan utama PayNet, termasuk pemindahan DuitNow dan pembayaran QR, FPX serta JomPAY.


Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank berkata bahawa inovasi digital sentiasa menjadi teras strategi Kumpulan Maybank. “Dari tahun ke tahun, kami terus menambah baik aplikasi MAE sehingga menjadi aplikasi gaya hidup kewangan bersepadu yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, disamping membantu mereka melakukan transaksi harian dengan lebih lancar, selamat dan diperibadikan.”


“Sejak pelancaran aplikasi MAE, kami telah menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dalam penerimaan perbankan digital, menonjolkan relevansi dan kepercayaan pelanggan terhadap aplikasi ini. Hari ini, kami berbangga dapat berkhidmat kepada 10.7 juta pengguna MAE, dengan 48% penguasaan pasaran bagi bilangan transaksi perbankan mudah alih di Malaysia. Seiring dengan penambahbaikan berterusan aplikasi MAE, focus kami kekal untuk membentuk pengalaman perbankan digital masa hadapan yang dibina berasaskan kehidupan pelanggan,” katanya.

Sebagai bank pertama di negara ini yang memperkenalkan pembayaran QR pada tahun 2017, Maybank terus menerajui  transformasi tanpa tunai, memperkasakan individu dan perniagaan untuk menghantar serta menerima pembayaran serta-merta melalui Imbas & Bayar Maybank tanpa caj transaksi. Jumlah keseluruhan transaksi Imbas & Bayar yang dilakukan melalui aplikasi MAE telah meningkat 51 kali ganda setakat Ogos 2025 berbanding dengan tahun 2020. Pada tahun 2024 sahaja, Maybank mencatatkan peningkatan 26% dalam pendaftaran pedagang baharu, sekali gus meluaskan penerimaan kepada lebih banyak premis makanan dan peruncit di seluruh negara.


Giorgio Migliarina, Ketua Pegawai Teknologi dan Digital Kumpulan, Maybank berkata bahawa aplikasi MAE mewakili visi Maybank untuk membina ekosistem digital yang lebih pintar dan inklusif, sekali gus memperkasakan pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih yakin, mudah dan terkawal. “Aplikasi MAE telah mentakrif semula perbankan harian dengan menggabungkan ciri gaya hidup dan kewangan dalam satu aplikasi. Aplikasi ini turut memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus matlamat kewangan mereka, membolehkan pelanggan mewujudkan hampir lapan juta Tabung, dalam memperkukuh tabiat simpanan dan perancangan kewangan jangka panjang.”


“Sembilan daripada setiap 10 pelanggan MAE Wallet menggunakan aplikasi ini secara aktif untuk urusan harian, dengan ramai yang menekankan faktor keselamatan dan sekuriti kukuh sebagai faktor utama. Kepercayaan ini mendorong kami untuk terus menambah baik aplikasi MAE agar dapat menawarkan lebih banyak nilai dan perlindungan kepada pelanggan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang memilih untuk menguruskan simpanan dan perbelanjaan mereka secara berasingan, MAE Wallet menawarkan fleksibiliti dan kemudahan dengan had sehingga RM10,000. Menawarkan tahap keselamatan yang setara dengan akaun simpanan dan akaun semasa Maybank, MAE Wallet memberikan keyakinan dan ketenangan  kepada pengguna dalam setiap transaksi.


Sempena ulang tahun kelima MAE, Maybank meraikan pencapaian ini dengan memberi ganjaran kepada pelanggan setia melalui kempen ‘MAE Turns 5’. Dari 30 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026, pelanggan boleh menikmati pulangan 5% setahun apabila mendepositkan minimum RM200 ke dalam MAE Wallet. Untuk menikmati pulangan tersebut yang dikira secara harian, pelanggan hanya perlu mendepositkan dana dan memasukkan rujukan penerima ‘MAETurns5’ sebelum 30 November 2025, serta mengekalkan jumlah tersebut dalam MAE Wallet mereka sehingga tamat kempen.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen MAE Turns 5, sila layari maybank.my/MAETurns5.