Shopee 11.11 Jualan Hebat Mempercepatkan Ekonomi Digital Di Rantau Ini Dengan 200 Juta Barangan Dijual Pada 11 November

Shopee berjaya mencipta impak besar di 11.11 Jualan Hebat, menepati visinya untuk menjadikan e-dagang untuk semua. Dikuasai oleh sokongan padu daripada pengguna dan perniagaan di setiap daripada tujuh pasarannya, Shopee menyaksikan momentum jualan kukuh sepanjang hari, seterusnya mempertingkatkan perniagaan di rantau ini di samping membawa keseronokan kepada pengguna.

Di rantau ini, para penjual yang mengambil bahagian dalam 11.11 Jualan Hebat buat kali pertama menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa, dengan Shopee membuka peluang baharu untuk usahawan dan PKS.

Para pengguna berkumpul di Shopee sepanjang tempoh 11.11 Jualan Hebat diadakan untuk membeli-belah, bermain, dan menjalin interaksi yang bermakna. Lebih daripada 20 juta jam penstriman langsung ditonton di Shopee Live, manakala permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan lebih daripada 2.5 bilion kali.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami berasa amat bersyukur dengan sokongan padu yang ditunjukkan semasa 11.11 Jualan Hebat; kejayaannya mencerminkan pertumbuhan e-dagang yang berterusan di rantau ini dan peluang luas yang ditawarkan kepada perniagaan dan pembeli. Acara membeli-belah seperti 11.11 Jualan Hebat juga membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri dan inisiatif baharu untuk memperkasakan dan menjadi pemboleh kepada jenama, peruncit dan penjual ketika mereka merancakkan usaha ke arah pemulihan dalam keadaan ekonomi semasa.”

Sorotan Shopee 11.11 Jualan Hebat di Malaysia

Di Malaysia, aktiviti membeli-belah melonjak semasa 11.11 Jualan Hebat dengan orang ramai beralih ke Shopee untuk mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama dan penjual kegemaran mereka, sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah melalui ekosistem Shopee.

Kelengkapan Rumah dan Kediaman, Produk Elektronik serta Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan merupakan kategori produk yang paling popular. 

Trend-trend utama merangkumi:

  • Memperkasakan MSME tempatan: Lonjakan aktiviti membeli-belah pada 11 November mewujudkan pertumbuhan ketara bagi perniagaan tempatan. 3,000 MSME Malaysia terbaik di Shopee mencatat purata jualan sebanyak RM55,000 semasa 11.11 Jualan Hebat semalam.
  • Permintaan yang tinggi di bandar-bandar utama: Seperti yang dijangka, negeri-negeri utama seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mencatat aktiviti membeli-belah yang tinggi dengan 650,000 barangan dijual dalam masa satu jam di Selangor pada kemuncak 11 November.
  • Tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap membeli-belah atas talian meningkat: Jumlah transaksi terbesar oleh seorang pengguna di platform dalam masa 8 jam pertama semasa acara membeli-belah atas talian ini berjumlah RM70,000. 
  • Rakyat Malaysia beralih ke Shopee untuk keperluan isi rumah dalam usaha untuk terus kekal di rumah: MILO, bahan pencuci, cecair pembasmi kuman, disinfektan, pembersih vakum robot pintar, penggoreng udara, set peralatan memasak dan juga makanan untuk haiwan peliharaan terus menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ini juga termasuk jualan lebih daripada 560,000 snek, yang mana 1 daripada 5 ialah paket mi Samyang Hot Chicken. Produk pembaikan rumah seperti alatan dan fitting, kelengkapan lantai, splashback dan panel dinding juga mencatatkan permintaan tinggi dengan hampir 1 juta barangan terjual.
  • Permintaan bagi produk elektronik meningkat: Rakyat Malaysia memanfaatkan sepenuhnya tawaran eksklusif Shopee untuk mendapatkan gajet baharu. Xiaomi menyaksikan produk paling popular mereka iaitu Redmi Note 8, Mi True Wireless Earbuds dan Mi Band 4C menerima sambutan hangat. Sementara itu, HUAWEI merekodkan jumlah jualan sebanyak kira-kira RM1 juta hanya untuk Matebook D 15 dalam masa 10 minit pertama jualan ini di Shopee.

Ho merumuskan, “Melihat trend pengguna dan prestasi perniagaan-perniagaan tempatan, tidak dapat dinafikan bahawa e-dagang mempunyai potensi untuk memberi impak positif kepada komuniti-komuniti kami. Kami akan terus mengorak langkah ke hadapan berpandukan visi kami agar mereka dapat memperoleh manfaat daripada e-dagang tidak kira siapa mereka dan di mana mereka berada. Kami berharap untuk mengakhiri tahun ini dengan penuh bermakna melalui acara penutup kami yang kian menjelang, iaitu 12.12 Birthday Sale.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA