Shopee Raikan The Heart Of Malaysia On E-Commerce

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2022 – 60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal, semasa perkongsian secara langsung mengenai kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Apabila 3,356 pengguna ditanya “Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?” pada bulan menjelang Hari Merdeka, 30% menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.

Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.

Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%. Ketidakstabilan ekonomi adalah sebab utama para responden menghargai setiap Ringgit yang dijimat, dengan 50% daripada pembeli mengesahkan bahawa mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dalam persekitaran ini, 14% tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan penting, 10% meramalkan perbelanjaan besar pada bulan-bulan akan datang dan 6% membeli-belah untuk tanggungan yang ramai.

“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. Majoriti daripada responden menghargai ‘ketenangan fikiran’, dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.

Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, 24% daripada pembeli membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, peranti mudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah.

“Apabila para pengguna Malaysia mengekspresikan nilai mereka melalui pilihan membeli-belah dalam talian menerusi cara ini, kami benar-benar memahami mengapa lapan daripada 10 penjual tempatan memulakan perjalanan jualan mereka dalam talian bersama Shopee. Kami berasa rendah hati apabila mendapati separuh daripada penjual tempatan kami yang ditinjau berkata pendapatan yang diperoleh di platform kami adalah penting kerana ia membolehkan mereka menyara keluarga mereka,” kata Soh.

Majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalam talian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia ada dari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalam ekonomi: 24% kerana ia adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka, 5% tidak mampu mendapat pekerjaan, 18% perlu menambah pendapatan dan 24% merasakan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi. 30% berkata mereka menjadi penjual di Shopee ekoran minat dan semangat dalam perniagaan mereka.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.