4 Tips Untuk Anak Muda Urus Masa Dengan Lebih Baik

Macam-macam perkara anak muda nak buat, maklumlah bersemangat nak cuba banyak perkara baru. Kejayaan seseorang itu bergantung kepada bagaimana dia menguruskan masa dengan lebih baik.

Jom kita tengok lihat beberapa tips untuk menguruskan masa dengan lebih bijak, tidak kira sama ada anda seorang intern yang bakal menamatkan pelajaran tak lama lagi atau yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Tips 1: Ada Jadual

Ini merupakan perkara asas apabila anda ingin menguruskan masa dengan bijak. Apabila ada jadual, kita tahu secara terperinci apa yang akan dilakukan pada hari tersebut.

Bangul awal pagi nak kena baca, kemudian masuk ke tempat kerja untuk melakukan kerja hakiki. Balik daripada kerja, ada yang terus menimba ilmu atau boleh juga berniaga online.

Dapat juga sedikit pendapatan sambil belajar selok-belok perniagaan dan membina keyakinan.

Tips 2: Utamakan Yang Penting

Setiap daripada kita ada 24 jam sehari. Oleh itu kita perlu membezakan perkara keutamaan dengan yang kurang penting.

Banyak masa kita dapat jimat dengan menggunakan kaedah ini. Masa sangatlah berharga dan kita boleh gunakan masa yang terluang untuk upgrade diri kita.

Tips 3: Buat Lakaran Peta Mengenai Hari Anda

Menurut bekas jurulatih kerjaya di Google dan ahli strategi perniagaan Jenny Blake, kita perlu buat lakaran secara visual dengan memasukkan kehidupan dan pekerjaan ke dalam peta minda.

Peta minda ini berperanan sebagai jurucakap untuk menyambung idea utama kepada konsep atau tugas yang berkaitan dalam kehidupan seharian. Ini memberi peluang kepada kita untuk melihat gambaran apa yang bakal berlaku dan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebut.

Tips 4: Jadikan Sebagai Rutin Harian

Setiap orang berjaya pastinya mereka pandai menguruskan masa. Dan ianya dijadikan rutin harian yang dibuat setiap hari tak kira keadaan atau mood.

Ada masa untuk baca buku, ada masa untuk jogging, ada masa untuk periksa emel, ada masa untuk mesyurarat, ada masa untuk berehat; semuanya telah ditetapkan dan dilakukan secara konsisten setiap hari, 

Apabila telah amalkan tips-tips di atas ini, pastinya kita akan lebih menghargai masa dan mampu untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin.

Previous ArticleNext Article

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA