Pinjaman (Loan) Tak Lulus? 4 Cara Untuk Bersihkan Rekod CCRIS

Ramai di antara kita yang mempunyai rekod CCRIS yng kurang cantik. Kita hanya mengetahuinya apabila hendak membuat sebarang pinjaman dengan institusi kewangan.

Rekod CCRIS perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana pihak bank perlu yakin dengan kemampuan kita untuk membayar balik pinjaman nanti.

Bila pinjaman tak diluluskan, barulah cari jalan untuk menyelesaikan serta membersihkan rekod CCRIS mereka. Apakah caranya?

Tapi sebelum itu, jom kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan CCRIS ini.

Central Credit Reference Information System (​CCRIS) adalah satu sistem pangkalan data yang berfungsi untuk mengutip, memproses, menyimpan maklumat berkenaan kredit seseorang individu. Ianya dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia dan boleh diakses oleh kita sendiri atau institusi kewangan bagi menilai tahap kewangan seseorang

Faktor utama yang mempengaruhi rekod CCRIS adalah rekod pembayaran individu terhadap hutang-hutang yang mereka ada. Sekiranya mereka membuat pembayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka rekod CCRIS akan kelihatan cantik dan positif.

Sebaliknya jika sering terlewat membuat pembayaran atau tak bayar langsung, maka rekod CCRIS akan jadi buruk dan negatif.

Jadi bagaimanakah caranya untuk membersihkan rekod CCRIS anda?

1. Beri Keutamaan Kepada Pinjaman Yang Tertunggak

Bila dah banyak hutang, maka ada hutang yang mungkin telah tertunggak. Daripada biarkan kadar faedah semakin meningkat,

Berikan keutamaan anda kepada untuk melangsaikan hutang pinjaman yang tertunggak. Elakkan darupada membiarkan hutang tunggakan anda menjadi semakin besar. Ini akan mengakibatkan anda berhadapan jumlah hutang yang semakin tinggi.

2. Bayar Hutang Dengan Kadar Faedah Yang Lebih Tinggi

Seterusnya, barulah kita setelkan hutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi pula. Biasanya yang paling tinggi adalah hutang kad kredit, diikuti dengan hutang pinjaman peribadi dan kereta.

3. Buat Penggabungan Hutang

Jika kita mempunyai 2-3 hutang seperti hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi; apa kata kita gabungkan kesemua hutang-hutang tersebut menjadi sau hutang sahaja.

Ini bagi memudahkan kita membuat pemantauan bayaran semula pinjaman dan biasanya akan dapat kadar faedah yang rendah. Dalam masa yang sama, pastikan jangan buat hutang baru sehingga hutang ini selesai terlebih dahulu.

4. Buat Penjadualan Semula

Sekiranya masih bermasalah, kita juga boleh berbincang dengan pihak bank untuk membuat penjadualan semula pembayaran balik pinjaman.
Tidak salah sekiranya kita berterus-terang dengan mereka daripada terus mengelak daripada membayar hutang.

Harus diingat, hutang adalah wajib untuk dibayar.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak