7 Pekerjaan Lepasan Graduan Dengan Gaji Tinggi Dan Mudah Diterima

Bagi lepasan graduan, perkara penting yang bermain di minda mereka adalah tentang pekerjaan. Habis belajar nak kerja apa? Nak kerja mana dahulu?

Dalam konteks pekerjaan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil peduli kerana ia memberi kesan pada masa hadapan. 

Apabila memilih kerjaya, apa yang perlu dititik beratkan adalah dengan melihat prospek peningkatan gaji kerana kita semua bekerja dan perlu mempunyai hasil seperti gaji. Tak banyak tak apa, janji ianya berbaloi dengan kerja tersebut. Tetapi, jika banyak, itu adalah rezeki!

Memilih pekerjaan bagi graduan bukanlah satu keputusan yang mudah. Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak memilih kerjaya mungkin boleh menarik nafas lega kerana di negara kita terdapat banyak pekerjaan khusus untuk lepasan graduan. 

Terdapat banyak juga pekerjaan dengan bayaran gaji yang tinggi dan mudah untuk anda diterima bekerja. Baiklah, ini antara 7 pekerjaan lepasan graduan gaji tinggi dan mudah diterima.

1. Telemarketing

Pekerjaan untuk lepasan graduan dengan gaji tinggi dan mudah diterima yang paling popular adalah telemarketing. Untuk pengetahuan anda, tugas telemarketing adalah memasar, menjual produk dan juga membuat panggilan susulan dengan para pelanggan. 

Sekiranya anda mahir dalam berkomunikasi, kerja ini sememangnya sesuai untuk anda. Jika tiada pengalaman dan tiada kemahiran, tidak mengapa. Anda akan dilatih dan diajar terlebih dahulu.

2. Khidmat Pelanggan (Customer Service)

Kini, banyak syarikat yang mahukan perkhidmatan pelanggan yang mesra pelanggan, boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan masalah pelanggan mereka. 

Oleh itu, pekerjaan ini sangat penting dan sentiasa diperlukan malah gaji yang ditawarkan juga tinggi dan mudah diterima. Terdapat banyak syarikat telah membenarkan pekerja mereka untuk bekerja sebagai perkhidmatan pelanggan melalui rumah juga.

Sekiranya anda berminat dengan pekerjaan ini, apa yang diperlukan oleh anda hanyalah telefon atau komputer. Ianya amat penting untuk anda berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan dan juga memiliki personaliti yang mesra dengan pelanggan. Kebanyakan pekerjaan ini diperlukan untuk bekerja di pejabat.

3. Menjual Barang

Sekiranya anda berminat dengan kerjaya dalam jualan, anda boleh menjadi jurujual barang. Hampir semua syarikat dan perusahaan memerlukan jurujual untuk memujuk pelanggan dalam membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau perusahaan tersebut. Bagi menjadi jurujual barang, anda perlu yakin dan bersemangat, serta hebat dalam membina rangkaian. Mungkin boleh cuba menjadi ‘Dropship’ sesuatu produk.

4. Perunding Hartanah

Selain itu, pekerjaan lepasan graduan gaji tinggi dan mudah diterima adalah perunding hartanah. Kerjaya ini dikatakan sangat menguntungkan kerana ada yang telah mendapat komisyen sehingga lima angka bergantung atas projek perumahan yang berjaya dijual. 

Cuba bayangkan dalam masa sebulan anda berjaya menjual 2 buah rumah dengan komisyen antara RM15,000 bagi sebuah rumah sebulan, pasti lumayan!

Namun, kerjaya ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan senang untuk menjadi perunding hartanah. Jika anda jenis cepat putus asa, jangan sesekali untuk mencuba kerjaya ini.

 5. Penulis (Copywriter)

Ramai yang beranggapan bahawa pekerjaan sebagai penulis ini tidak mendapat pendapatan yang konsisten dan hanya boleh bekerja secara separuh masa. Namun, perlu diketahui bahawa anggapan tersebut tidak benar. 

Kini, kebanyakan syarikat kecil biasanya memerlukan copywriter atau penulis untuk membuat artikel penulisan untuk mereka.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam menulis artikel atau blog, anda boleh mencari pekerjaan dalam talian yang memerlukan kemahiran tersebut. Untuk pengetahuan anda, gajinya pun lumayan juga!

Boleh cuba hantar hasil penulisan anda kepada kami juga! E-mel kepada [email protected] jika berminat.

6. Tutor

Kerjaya sebagai tutor atau pengajar amat sesuai bagi anda yang memiliki ijazah atau degree dalam latihan perguruan. Untuk menjadi seorang tutor, anda mestilah mempunyai ciri-ciri keyakinan dan kesabaran yang tinggi, kemahiran berkomunikasi dan juga memiliki kreativiti. 

Kerjaya sebagai tutor popular sangat dengan kelebihan dapat cuti semasa cuti sekolah. Betul kan!

7. Jurubahasa

Akhir sekali, pekerjaan lepasan graduan dengan gaji tinggi dan mudah diterima adalah jurubahasa. Sekiranya anda fasih dalam beberapa jenis bahasa, mungkin ia adalah kerjaya yang sangat sesuai untuk anda. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak syarikat di Malaysia yang memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran dalam memahami pelbagai jenis bahasa. Dengan kemahiran ini, mereka boleh berhubung dengan pelbagai jenis pelanggan dan juga latar belakang.

Kesimpulannya, tujuh pekerjaan di atas amat sesuai untuk lepasan graduan yang inginkan pekerjaan yang mudah diterima dan gajinya juga tinggi. Namun perlu diingatkan, pekerjaan lepasan graduan gaji tinggi ini juga memerlukan kemahiran dan minat yang tinggi. Sekiranya tiada kemahiran atau minat tidak tinggi, kerjaya ini amat sukar untuk dilakukan dengan baik.

Rujukan: https://www.jobstreet.com.my/career-resources/plan-your-career

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.