7 Tips Larry Page Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Google kini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia oleh seluruh masyarakat dan golongan. Bahkan kanak-kanak kecil juga telah pandai menggunakan Google dalam mendapatkan maklumat, mencari game, melihat movie dan rancangan kegemaran mereka.

Jadi, kita harus mengucapkan terima kasih kepada Larry Page, iaitu founder dan juga bekas CEO syarikat Google. Larry Page telah mempermudahkan dan mengubah kehidupan kita sepenuhnya dengan adanya Google sebagai platform ilmu, hiburan, informasi dan lain-lain lagi.

Tetapi tahukah anda, bagaimana Larry Page mengubah idea perniagaannya menjadi salah satu syarikat paling berjaya di seluruh dunia?

Untuk menjawab persoalan tersebut, jom kita tengok 7 tips daripada Larry Page untuk menjadi usahawan berjaya.

1. Sentiasa Berbuat Baik Dengan semua pekerja

Pekerja adalah aset terpenting bagi sesebuah syarikat kerana ia melibatkan operasi dan profit sesebuah syarikat.

Sekiranya anda memperlakukan pekerja anda dengan hormat seperti pelanggan dan bakal pelanggan anda, anda akan melihat bagaimana mereka akan bertindak untuk syarikat anda.

Kesannya amat mengejutkan! Itulah prinsip dan perkara rutin Larry Page dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.

2. Sentiasa Berikan Manfaat Produk Yang Terbaik

Anda harus fokus kepada keperluan pengguna dan berusaha dalam mendapatkan kepercayaan pelanggan anda. Misalnya, anda menawarkan mereka kandungan yang berkualiti atau layanan mesra pelanggan yang hebat.

Selain itu, jangan menampakkan anda terlalu menjual produk, tetapi berusahalah untuk berkongsi manfaat yang mereka perlukan dan ianya ada pada produk anda.

3. Jangan Takut Dengan Kegagalan

Dalam menjadi usahawan yang berjaya seperti Larry Page, jangan sesekali takut dengan kegagalan. Jadikan kegagalan tersebut pemangkin untuk kita terus berusaha sehingga berjaya.

Jangan lupa, baiki setiap kelemahan yang mendatangkan kegagalan kepada kita.  Bagaimana prinsip dan perkara rutin Larry Page lakukan, anda boleh tiru dan amalkan tips ini.

4. Belajar Menyelesaikan Masalah Besar

Masalah besar juga merupakan antara faktor yang menghalang kita dalam menjadi usahawan berjaya. Untuk pengetahuan anda, Larry Page sering memastikan beliau menyelesaikan segala masalah yang mendatang dengan sempurna.

Apa yang lebih penting, jangan pernah lari daripada masalah!

5. Mengejar Impian

Mencapai kejayaan sering dikaitkan dengan mengejar impian. Prinsip Larry Page untuk menjadi usahawan berjaya adalah beliau sering berfikiran positif dan fokus untuk mengejar impian.

Untuk berjaya seperti Larry Page, kita harus sanggup berusaha dalam mengejar impian kita. Jangan pernah berasa lelah sepanjang perjalanan dan perjuangan kita.

6. Fokus Dengan Kerjaya

Fokus dengan kerjaya juga merupakan antara prinsip Larry Page untuk berjaya. Seperti Larry Page, beliau sangat fokus dan takkan berhenti sebelum kerja tersebut selesai.

7. Berani Menyahut Cabaran

Larry Page sentiasa gemarkan cabaran dan berani menyahut cabaran apapun yang mendatang. Beliau tidak akan lari dari cabaran kerana hadapi cabaran adalah langkah untuk mencapai kejayaan.

Kesimpulannya, tips daripada Larry Page bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan mengikuti 7 tips tersebut, InsyaAllah kejayaan pasti akan jadi milik anda.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.