7 Tips Usahawan Dari Pemilik AirAsia, Tony Fernandes

Nama Tony Fernandes sangat popular sejak dahulu lagi. Beliau merupakan seorang usahawan dan juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia iaitu AirAsia.

Pencapaiannya juga merupakan suatu kejayaan yang patut dibanggakan oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia. Beliau adalah tokoh usahawan berjaya yang boleh kita contohi.

Jom kita dengar dan hadamkan 7 tips usahawan dari owner AirAsia, Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes.

1. Jangan Takut Kegagalan

Tony Fernandes pernah berkata bahawa untuk mencapai kejayaan, jangan sesekali takut untuk gagal. Ini kerana tanpa kegagalan, kita akan berada di tahap yang sama sepanjang kerjaya kita.

Buat semua usahawan di luar sana, gagal adalah merupakan perkara biasa. Namun luar biasanya adalah jika kita tetap bangkit dan terus berusaha walaupun gagal banyak kali.

2. Jaga Aset Utama Perniagaan

Bagi beliau, aset utama perniagaannya adalah pekerjanya. Jadi, beliau menyarankan agar kita memberi layanan setimpalnya kepada seluruh kakitangan.

Ini kerana tanpa mereka, perniagaan tersebut tidak akan bergerak dengan baik. Pekerja merupakan aset sesebuah syarikat untuk lebih berkembang maju dari tahun ke tahun.

Tahukah anda, beliau telah memberikan hadiah jam tangan Chopard kepada kakitangannya yang setia bekerja dengannya selama 10 tahun.

3. Kuasa Penjenamaan Produk

Memperoleh keuntungan tidak cukup dalam sesuatu perniagaan, amat penting untuk buat penjenamaan. Selalunya para pelanggan pasti akan memilih produk yang mempunyai nama yang terkenal.

Oleh kerana itulah, Tony Fernandes penuh keazaman membina nama AirAsia sehingga terkenal di serata dunia.

4. Semangat Yang Tinggi

Semangat selalunya akan mempengaruhi kejayaan dalam sesebuah perniagaan. Tanpa semangat yang tinggi, segala impian tidak akan tercapai.

5. Ada Visi Yang Mantap

Dengan adanya visi yang mantap, pasti ia mudah untuk merealisasikan segala impian. Sebagai contoh, sejak kecil lagi beliau ingin memiliki sebuah kelab bolasepak dan kini impian tersebut telah pun tercapai.

6. Buat Pemasaran Produk

Tony Fernandes juga berpendapat bahawa setiap produk memerlukan pemasaran yang betul. Tanpa pemasaran, tidak ada orang yang akan mengetahui tentang produk tersebut.

Pemasaran juga mempunyai cara-caranya, bukan sekadar promote sesuka hati sahaja.

7. Tekad Dan Nekad

Siapa sangka dengan tekadnya yang tinggi, beliau mampu mengubah daripada sebuah syarikat penerbangan yang muflis kepada syarikat yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia.

Begitu juga dengan perniagaan, tanpa tekad dan nekad yang tinggi, pasti ia tidak dapat dilakukan. Penting untuk seseorang bersungguh-sungguh dengan azam dan tekad impiannya.

Masa Untuk Berubah

Kesimpulannya, tips ini sememangnya penting untuk kita amalkan untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Untuk berjaya, kita kena ikut apa yang dibuat oleh orang yang telah pun berjaya.

Mudah-mudahan, kejayaan akan mendatangi kita selepas ini.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.