8 Pelaburan Termahal Yang Dibuat Oleh Jeff Bezos

Seronok dan cemburunya bila tengok seseorang itu banyak duit dan mampu hidup mewah bukan? Tapi, kekayaan yang mereka miliki itu pastinya hadir dengan usaha yang bukan sedikit. Sudah pasti banyak tenaga dan wang yang dilaburkan untuk mencapai kekayaan sedemikian.

Bayangkan, Jeff Bezos yang merupakan orang terkaya dunia itu juga, masih tidak berhenti melabur dalam pelbagai syarikat dan juga projek. Bagi lelaki seperti Bezos, pelaburan yang dilakukan pastinya bukan pelaburan yang biasa-biasa.

Berikut merupakan 8 pelaburan termahal yang dilakukan oleh Jeff Bezos.

1. Domo (USD100 juta)

Kredit Gambar: Domo

Syarikat Domo ditubuhkan pada tahun 2010 dan memfokuskan kepada pembangunaan alat kepintaran untuk perniagaan. Perisian Cloud Domo membolehkan penggunanya yang terdiri daripada CEO dan eksekutif syarikat untuk menganalisis dan menguruskan data terus daripada telefon pintar masing-masing.

Walaupun pada tahun 2018 syarikat ini bernilai lebih USD2.3 bilion, IPO syarikat menunjukkan prestasi yang teruk. Harga saham Domo juga tidak pulih dan merosot.

2. GRAIL (USD100 juta)

Pada tahun 2016, Jeff Bezos telah melabur dalam sebuah syarikat kesihatan bernama GRAIL. Bill Gates turut menjadi salah seorang pemegang saham dalam syarikat ini. Syarikat bioteknologi ini ditubuhkan untuk mengesan kanser sebelum ianya merebak.

Berbeza dengan Domo, situasi syarikat ini lebih kukuh. Mereka berjaya mengumpul dana sebanyak USD2 bilion bagi melancarkan ujian pengesanan awal kanser pada tahun 2021.

Nak tahu mereka berjaya atau tidak, kenalah tunggu.

3. Airbnb (USD112 juta)

Syarikat ini memang tak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan syarikat penginapan yang paling berjaya di dunia. Syarikat ini juga menjadi salah satu daripada pelaburan yang paling menguntungkan untuk Jeff Bezos.

Airbnb menyediakan akses kepada jutaan bilik sewa serta hotel di lebih 190 buah negara. Mereka berjaya memperoleh keuntungan berbilion dolar.

Sebelum pandemik Covid-19, syarikat ini telah melancarkan ciri-ciri baru yang mensasarkan kepada golongan hartawan dunia di lokasi seperti New Zealand, Maghribi dan Indonesia.

4. UNITY Biotechnolgy (USD116 juta)

Kredit Gambar: Twitter

Selain GRAIL, Jeff Bezos turut melabur di dalam sebuah lagi syarikat teknologi kesihatan iaitu UNITY Biotech yang merancang untuk menyembuhkan penyakit ostheoathritis dan penyakit ophthalmologi lain.

Dan sama juga seperti GRAIL, syarikat ini kelihatannya mempunyai masa depan yang agak suram kerana ujian klinikal yang dilakukan ke atas produk mereka tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

5. Juno Therapeutics (USD134 juta)

Nampaknya Jeff Bezos memang berminat dengan bidang farmaseutikal apabila turut melabur dalam Juno Therapeutics yang membangunkan rawatan dan pencegahan kanser, khususnya membangunkan imunoterapi untuk pesakit kanser.

Jeff Bezos melalui syarikatnya Bezos Expeditions melabur sebanyak USD134 juta pada tahun 2014. Empat tahun selepas itu, syarikat ini telah diambil alih oleh syarikat farmasi Celgene.

6. Lookout (USD150 juta)

Syarikat Cybersecurity ini ditubuhkan pada 2010 dan memfokuskan kepada pembangunan cloud-based security untuk peranti mudah alih. Syarikat ini berjaya mendapatkan pelaburan daripada Bezos sebanyak $150 juta pada tahun 2014.

Kini, syarikat ini dianggarkan mencatatkan keuntungan sebanyak USD80 juta setahun. Sama seperti Airbnb, ianya merupakan di antara pelaburan yang paling menguntungkan.

Syarikat ini kini menjadi peneraju dalam mobile cloud-based security. Kalau macam ni, barulah seronok nak melaburkan?

7. EverFi (USD190 juta)

Kalau pelaburan di atas, Jeff Bezos menggunakan dana daripada syarikat pelaburan miliknya, beliau turut melabur menggunakan wangnya sendiri seperti dalam kes pelaburan untuk EverFi.

Syarikat ini menawarkan kursus serta kemahiran digital kepada guru dan pelajar bagai kemahiran hidup seperti celik kewangan, kesihatan serta persediaan untuk STEM dan kerjaya. Pelabur lain dalam syarikat ini adalah Eric Schmidt, iaitu bekas ketua eksekutif Google dan Aphabet.

8. Plenty (USD200 juta)

Kredit Gambar: Agritecture

Syarikat ini menerima pelaburan terbesar dari Bezos Expedition iaitu sebanyak USD200 juta. Ia juga merupakan pelaburan yang termahal yang pernah dilakukan oleh orang terkaya dunia ini.

Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini berusaha untuk membangunkan teknologi yang membolehkan tanaman hidup di persekitaran yang bebas racun perosak yang berbahaya.

Mereka juga memperkenalkan teknologi pertanian indoor yang hanya memerlukan satu peratus air sahaja untuk menjaga tanaman tersebut. Jeff Bezos optimis bahawa syarikat ini bakal menjadi peneraju kepada pengeluaran dan pengedar makanan yang lebih cepat dan selamat kepada pengguna.

Kita sendiri belum dapat memastikan pelaburan mana yang bakal memberikan keuntungan untuk pemilik Amazon ini, tetapi kita boleh belajar satu perkara. Iaitu jangan pernah takut untuk membuat pelaburan yang besar apabila kita percaya dengan perniagaan tersebut.

Jeff Bezos melabur ke dalam perniagaan yang mampu memberikan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang daripada segi keselamatan, persekitaran serta teknologi.

Mungkin sudah sampai masanya untuk kita juga berpandangan jauh seperti Jeff Bezos?

Sumber Rujukan: Success Story

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perladangan: Perolehan 1Q26F Bakal Melemah Secara QoQ dan YoY

Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), PP London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG), dan First Resources (FR)

Kami menjangka sektor perladangan akan mencatat perolehan lebih lemah untuk 1Q26 secara QoQ dan YoY, walaupun hal ini dijangka pulih pada 2Q ekoran keluaran dan harga lebih tinggi. Di Malaysia, stok minyak sawit(PO) menokok 1.7% MoM kepada 2.31j tan pada Apr 2026. Paras inventori patut kekal stabil dalam jangka terdekat, kerana peningkatan pengeluaran secara bermusim dilemahkan oleh pembeli-pembeli yang menantikan pelancaran B50 di Indonesia pada bulan Julai. Kami kekalkan pendirian perdagangan positif dan taktikal.

Untuk 1QCY26, kami menjangka akan melihat trend perolehan yang sama untuk syarikat-syarikat perladangan yang menumpu pada pasaran Malaysia dan Indonesia – dengan untung 1Q26F mungkin menurun secara QoQ dan YoY

Perolehan QoQ akan diheret oleh keluaran lebih lemah akibat faktor musim walaupun harga CPO agak stabil, sementara perolehan YoY akan susut akibat harga CPO dan PK yang lebih rendah dan juga keluaran lebih lemah di Indonesia

Margin segmen hiliran mungkin mengalami tekanan bagi syarikat-syarikat Indonesia, manakala syarikat-syarikat Malaysia mungkin mengalami penambahbaikan.

Tanpa mengira margin biodiesel, kami menjangka syarikatsyarikat perladangan Indonesia yang memiliki operasi hiliran akan merekodkan prestasi QoQ yang lebih lemah akibat perbezaan cukai yang lebih kecil untuk operasi huluan ke hiliran iaitu sebanyak USD74/tan (-12% QoQ). Secara YoY, margin juga dijangka akan melemah apabila perbezaan cukai menyusut 26.2% YoY.

Sebaliknya, syarikat-syarikat hiliran Malaysian dapat meraih manfaat daripada margin lebih kukuh QoQ dan YoY apabila persaingan dari Indonesia mereda. Namun begitu, kami menegaskan bahawa kenaikan harga CPO yang mendadak pada bulan Mac mungkin sedikit sebanyak akan menganggu keseimbangan ini.

Keseluruhannya, kami menjangkakan syarikat-syarikat lain yang akan melaporkan keputusan kewangan bulan ini, akan merekodkan perolehan yang amnya menepati jangkaan untuk 1Q26

Berdasarkan anggaran paras pengeluaran FFB (Rajah 1). Daripada enam syarikat yang sudah melaporkan keputusan, empat tersasar daripada jangkaan – SDG, Wilmar International (WIL), Nusantara Sawit Sejahtera (NSSS), dan LSIP, manakala satu syarikat melangkaui jangkaan – Astra Agro Lestari (AALI), dan satu lagi menepati ramalan – SOP. Syarikat lain yang belum melaporkan prestasi – Kuala Lumpur Kepong (KLK), JPG, IOI, Ta Ann (TAH), FR, Golden Agri Resources (GGR), dan Bumitama Agri (BAL), rata-ratanya dijangka akan memenuhi ramalan, manakala TSH Resources (TSH) mungkin menghampakan apabila melihat pada trend keluaran FFB. Menuju ke 2Q26, kami menjangka perolehan akan memulih secara QoQ berikutan keluaran lebih kukuh secara bermusim dan harga CPO lebih tinggi

Didorong jumlah keluaran lebih tinggi dan eksport lebih rendah, paras inventori Malaysia pada Apr 2026 menaik kepada 2.31j tan (+1.71% MoM)

Lalu menaikkan nisbah stok/penggunaan tahunan kepada 11.1%. Menuju ke hadapan, kami berpendapat momentum eksport mungkin bertambah baik pada bulan Mei, apabila pembeli-pembeli di serata dunia menambah paras stok sebelum Indonesia beralih kepada mandat biodiesel B50 pada bulan Julai dan apabila jurang harga antara CPO dan minyak kacang soya (SBO) berkembang kepada USD504/tan sekarang (daripada USD377/tan pada April). Oleh itu, inventori mungkin mendatar pada Mei kerana permintaan yang lebih tinggi mungkin mengimbangi trend keluaran yang menaik.

Kami kekalkan pendirian perdagangan positif secara taktikal terhadap sektor ini

Walaupun wajaran NEUTRAL kami secara asasnya kekal sama. Andaian harga CPO kami ialah MYR4,400/tan an MYR4,300/tan untuk 2026 dan 2027.

Pandangan Awal Keputusan 1Q26

Perangkaan Bulanan

Risiko-Risiko

Risiko-risiko negatif utama yang boleh menjejaskan prospek kami termasuk:
i. Perang perdagangan terus berlarutan;
ii. Perubahan ketara dalam trend harga minyak mentah yang mengakibatkan pindaan
dalam mandat biodiesel;
iii. Ketidaknormalam cuaca yang menyebabkan berlakunya lambakan atau kekurangan
bekalan minyak sayuran;
iv. Perubahan mendadak dalam permintaan minyak sayuran yang disebabkan oleh
perubahan dalam kitaran ekonomi atau dinamik harga;
v. Keadaan buruh di Malaysia semakin memburuk lalu menyebabkan pengeluaran terjejas;
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar perdagangan Indonesia;
vii. Semakin banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai di
bursa.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.