8 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Dengan Pendapatan Tertinggi Bagi Tahun 2020

Sukan bolasepak merupakan sukan yang popular di seluruh dunia. Namun ianya turut terjejas di kala pandemik Covid-19 melanda. Permainan terpaksa diteruskan tetapi diadakan di stadium yang kosong, tanpa ribuan peminat.

Tapi nampak gayanya, gaji-gaji pemain terkemuka dunia seakan tidak terkesan. Mari kita lihat senarai pemain bola sepak antarabangsa yang mendapat bayaran tertinggi untuk tahun ini.

1. Lionel Messi

Kredit Gambar: Insider

Jumlah pendapatan: USD126 juta

Merupakan pemain yang paling berbakat di dunia di era ini. Beliau merupakan penyerang sensasi kelab terkenal Sepanyol, Barcalona dan juga kapten untuk pasukan kebangsaan Argentina. Sepanjang karier bersama Barcalona, Lionel Messi telah memenangi banyak kejayaan di peringkat Eropah.

Boleh dikatakan Lionel Messi adalah jelmaan kepada pemain bola lagenda, Diego Maradona. Nasib tidak menyebelahi beliau di peringkat peringkat kebangsaan dan pencapaian tertinggi yang boleh dibanggakan adalah ketika Piala Dunia tahun 2014, apabila berjaya memasuki perlawanan akhir sebelum tewas kepada gergasi bola sepak Eropah, iaitu Jerman.

2. Cristiano Ronaldo

Kredit Gambar: Insider

Jumlah pendapatan: USD117 juta

Merupakan pemain yang menjadi pesaing kepada Lionel Messi. Perjalanan karier bola sepak Cristiano Ronaldo adalah lebih menarik dari Lionel Messi kerana memenangi pelbagai piala di peringkat Eropah dengan pasukan yang berbeza.

Kemuncak kejayaan Cristiano Ronaldo adalah ketika bermain untuk pasukan Real Madrid. Kejayaan tertinggi beliau di peringkat kebangsaan adalah berjaya memenangi piala Eropah bersama dengan pasukan Portugal.

Beliau kini merupakan atlet sukan bola sepak pertama yang bergelar bilionaire.

Baca: Cristiano Ronaldo, Pemain Bola Sepak Pertama Yang Bergelar Bilionaire

3. Neymar da Silva Santos

Kredit Gambar:Daily Mail

Jumlah pendapatan: USD96 juta

Memegang status pemain termahal di dunia pada ketika ini. Neymar telah memecah rekod dunia sebagai pemain termahal yang dibeli dari Barcelona pada tahun 2017 dengan jumlah yuran perpindahan sebanyak USD263 juta. Karier beliau di kelab Paris Saint-Germain tidaklah begitu membanggakan dan sering kali menimbulkan kekecohan.

Terdapat juga desas-desus yang mengatakan beliau ingin meninggalkan kelab PSG untuk ke kelab lamanya iaitu Barcelona.

4. Kylian Mbappé

Kredit Gambar: ENAS

Jumlah pendapatan: USD$42 juta

Pemain paling muda yang diserap di dalam skuad utama dan memangi Piala Dunia pada tahun 2018 di Rusia selepas lagenda bola sepak Brazil, Pele. Apa yang membanggakan, sepanjang tempoh Piala Dunia berlangsung, Kylian Mbappé merupakan pemain skuad utama di dalam pasukan Perancis.

Kini Kylian Mbappé merupakan pemain utama untuk skuad kebangsaan dan kelab, serta memiliki masa depan yang cerah jika konsisten dengan persembahannya.

5. Mohamed Salah

Kredit Gambar: Premier League

Jumlah pendapatan: USD37 juta

Karier Mohamed Salah sangat bersinar di bawah bimbingan Jürgen Klopp dan menjadi penyerang utama untuk pasukan Liverpool. Sebelum ini, beliau agak suram di Liga Perdana Inggeris ketika berada dalam pasukan Chelsea di bawah bimbingan José Mourinho pada tahun 2014.

Kelab AS Roma merupakan kelab yang bertanggungjawab membentuk pemain ini sebelum bersama dengan pasukan Liverpool. Kejayaan terbesarnya bersama Liverpool ketika memenangi piala Kelab Eropah dan juara Liga Perdana Inggeris yang merupakan pertama kali dimenangi Liverpool sejak Liga Perdana Inggeris bermula pada tahun 1992.

6. Paul Pogba

Kredit Gambar: Manchester Evening News

Jumlah pendapatan: USD34 juta

Pemain kebangsaan Perancis yang berjaya merangkul Piala Dunia pada tahun 2018 di Rusia. Beliau merupakan pemain yang penting di dalam pasukan Manchester United.

Ketika era José Mourinho menjadi jurulatih Manchester United, Paul Pogba merupakan pemain termahal yang dibeli oleh José Mourinho dari kelab Juventus. Ironinya, Paul Pogba merupakan pemain muda dari akedemi Mancester United yang berpindah ke Juventus pada tahun 2012 secara percuma.

7. Antoine Griezmann

Kredit Gambar: Goal

Jumlah pendapatan: USD33 juta

Penyerang sensasi pasukan Perancis dan pernah memenangi Piala Dunia pada tahun 2018. Antoine Griezmann banyak melakar kejayaan bersama kelab Atlético Madrid di bawah kendalian jurulatih Diego Simeone dan merupakan penyerang berbahaya di La Liga.

Sepanjang bersama Atlético Madrid, Antoine Griezmann telah banyak memenangi piala termasuklah Europa League. Kini, beliau merupakan pemain penting untuk pasukan Barcelona di bawah kendalian Ronald Koeman.

8. Gareth Bale

Kredit Gambar: Talk Sport

Jumlah pendapatan: USD29 juta

Pemain yang paling bersinar ketika bersama Real Madrid dan juga pemain paling malang ketika berada di kelab tersebut. Gareth Bale dibeli dari Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan paling mahal pada ketika itu.

Beliau menjadi tunjang utama bersama Cristiano Ronaldo dalam kejayaan Real Madrid dalam Champions League secara hatrik. Nasib malang meninpa beliau kerana sering cedera dan dipinggirkan oleh jurulatih Zinedine Zidane.

Beliau kini telah kembali ke kelab asalnya Tottenham Hotspur dan menjadi pemain utama di kelab ini.

Sumber Rujukan: https://www.statista.com/chart/22899/soccer-players-with-the-highest-earnings/

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.