9 Nasihat Berharga Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary bukanlah nama yang asing bagi kita di Malaysia, malah beliau turut dikenali di seluruh dunia. Beliau merupakan seorang yang low-profile dan jarang kita mendengar kisahnya di media massa.

Beliau kini dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak USD1.4 bilion mengikut Forbes. Bilionaire ini sangat terkenal dengan sifat dermawan dan mempunyai aura yang tersendiri dalam merencana bisnes yang diusahakannya sehingga berjaya.

Kredibiliti dan keunikan sifatnya yang diasuh dari kecil menjadi kebanggaan semua orang, terutamanya golongan bumiputera. Jom kita hadamkan nasihart-nasihat berharga Tan Sri Syed Mokhtar ini.

1. Tiada Jalan Singkat

Nak kaya dan berjaya? Ianya memerlukan masa yang lama. Jalannya penuh berliku dan prosesnya membuatkan anda kadangkala akan kaku.

Ya, tiada jalan singkat untuk ke situ. Galilah kisah-kisah kejayaan para usahawan terdahulu, tiada jalan singkat yang dapat mereka tuju untuk kaya dan berjaya sebegitu.

Persediaan emosi dan fizikal itu perlu. Kerana jalan yang akan anda lalui adalah satu proses yang sangat memerlukan kekuatan dalaman supaya anda tidak akan terhenti di pertengahan jalan.

Jangan pernah rasa mengalah kerana jika anda tersesat, pasti akan ada jalan keluar. Teruskan berjalan jika anda yakin dengan keputusan yang diambil.

2. Jangan Kedekut

Semua orang kenal dengan status beliau sebagai seorang dermawan hebat. Kerana prinsipnya inilah, rezeki yang dikecapinya berkat dan melimpah-limpah hasil ketelusannya dalam menderma.

Jika anda hanya mempunyai nilai wang yang kecil, tidak mengapa, pupuklah jiwa untuk selalu memberi.

Kerana sekecil-kecil pemberian itu, adalah nikmat terbesar untuk mengolah rezeki anda bercambah dan barakah. Dan seandainya anda diberi peluang untuk punya rezeki besar, perkara yang sama juga perlu anda lakukan.

Jangan berhenti memberi kerana rezeki anda bergantung kepada bagaimana pemberian anda lakukan. Dalam rezeki anda, pasti ada rezeki orang lain juga.

3. Bergabung dan Bersatu Dalam Membantu

Bagaimana orang Cina berkembang dalam bisnes mereka? Kerana mereka bergabung dan bersatu membantu kaum mereka yang sama-sama berniaga. Begitu juga yang perlu diamalkan orang Melayu.

Bergabung dan bersatu dalam membantu bukan menjatuhkan. Sokongan antara satu sama lain amat diperlukan bagi memastikan bisnes orang Melayu sama-sama naik dan berjaya. Tubuhkan persatuan yang memantau perjalanan bisnes orang kita.

4. Bersihkan Bisnes Dengan Membayar Zakat

Nak kaya dan berjaya perlulah minta pada Yang Maha Esa. Pastikan bisnes anda sentiasa membayar zakat fitrah yang telah ditetapkan. Islam itu mudah. Bukan banyak pun zakat yang nak dibayar.

Tetapi jika rezeki anda lebih, lebihkanlah membayar. Pasti berkali-kali lebih Allah akan gandakan rezeki dalam bisnes buat anda.

Redha Allah sangat penting bagi memastikan bisnes anda sentiasa berada pada landasan yang direstuiNya. Dengan harapan, semoga Allah sentiasa memberikan jalan bagi memudahkan setiap urusan dan pergorbanan anda untuk membangunkan bisnes dengan jayanya.

5. Jaga Kebajikan Pekerja

Jangan ambil mudah soal ini. Pekerja adalah penyumbang kita jadi kaya dan berjaya. Hargai dan hormatilah permintaan mereka sebaiknya.

Buang ego anda sebagai bos. Kehidupan ini mudah, jika anda berbuat baik dengan pekerja pasti Allah balas kebaikan anda dengan memberkati perniagaan anda dengan sempurna.

Perniagaan ini juga ibarat roda, tidak selamanya anda berada di atas, tetapi jika ketika anda berada di atas, anda menghargai pekerja anda, dan satu masa anda terpaksa berada di bawah, pasti pekerja anda akan bersama-sama anda untuk menaikan semula anda di atas.

Atas dasar kebaikan anda buat pada mereka. Anda adalah orang yang berjaya, jika dapat mempertahankan pekerja bekerja dengan anda dalam masa yang lama.

6. Jangan Malu Cari Ilmu

Jika anda mempunyai perasaan malu dalam mencari ilmu, ianya bererti anda tewas sebelum bertempur. Anda bukan mencuri, tetapi sama ada anda membayar atau dapatkan ilmu itu secara semulajadi.

Ilmu ni penting dalam bisnes. Setiap bisnes berbeza ilmunya. Jika anda ceburkan diri dalam bisnes perladangan, takkan anda nak gunakan teori bisnes jual tudung pula. Kerana itu beliau sangat tekankan ilmu dalam setiap cabang perniagaan yang diusahakannya.

7. Ukur Baju Di Badan Sendiri

Kerendahan diri dalam berbelanja amat penting bagi orang bisnes. Jangan tengok akaun ada tujuh angka terus tempah macam-macam perkakas dunia sehingga akaun bank susut nilainya. Jangan sesekali membazir pada barang yang tidak memberikan apa-apa faedah jangka masa panjang.

Seadanya berbelanja. Sesekali sekali dibolehkan juga. Tetapi jika selalu selalu pasti akan rosak segalanya. Bukan senang anda nak dapatkan angka yang banyak begitu. Baik melabur pada perkara yang membuatkan duit itu beranak-pinak.

8. Berilah Masa Untuk Faham Bisnes

Beliau mengambil masa selama 34 tahun untuk faham segalanya tentang selok-belok bisnes. Anda jika baru bawah lima tahun dah rasa hebat dan faham semuanya, bererti anda gagal pada fasa pertama. Jangan mendongak ke langit.

Masa itu memerlukan ruang dan peluang. Jadi berilah diri anda ruang dan peluang dalam mencungkil serta mengali segala ilmu dalam bisnes. Nak berjaya kena tahu habis soal bisnes. Daripada A sampai Z. Tak boleh langkau-langkau. Kerana itu beliau mengatakan, nak berjaya bukan kerja mudah!

9. Ubah Cara Berfikir

Nak jadi orang kaya dan berjaya kenalah fikir seperti orang kelas pertama. Kemunduran dalam proses berfikir perlu dibuang sejauh jauhnya. Jangan lagi tersempit dalam ruang likup pemikiran yang sia-sia. Anda perlulah berfikiran hebat dan matang dan paling penting mestilah fikiran anda itu jauh ke depan.

Fikirkan soal kegigihan, ketekunan dan tidak mudah berputus asa. Barulah yang sempurna itu masuk ke ruang fikiran anda. Dan ianya akan bertukar kepada proses tindakan yang positif.

Hakikatnya, apa yang kita fikirkan itulah yang akan kita lakukan. Jadi mulai saat ini jadikan ‘fikiran’ anda seperti mana usahawan kaya yang berjaya!

Sumber Rujukan: Majalah Niaga

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.