Bagaimana Muzik Hip Hop Menjadikan Jenama Timberland Popular Di Seluruh Dunia

Industri fesyen merupakan industri yang bernilai berbilion dollar setiap tahun. Selain beg tangan dan pakaian, industri pembuatan kasut memainkan peranan yang penting di dalam indusri fesyen yang menjana USD365 billion pada tahun ini walaupun berdepan dengan krisis pandemik.

Antara jenama kasut yang paling popular di dalam bidang fesyen ini adalah jenama Timberland. Kasut ini merupakan jenama yang sangat popular ketika era 1990-an dan menjadi dambaan ramai pencinta kasut untuk dijadikan koleksi.

Sejarah Kasut Timberland

Sejarah kasut ini bermula dari seorang Yahudi yang berasal dari Rusia yang bernama Nathan Swartz. Selepas perang dunia pertama meletus, beliau telah berhijrah ke Amerika Syarikat bersama dengan keluarganya ketika usianya masih remaja.

Beliau mempunyai kemahiran membuat kasut hasil dari keluarganya. Pada era 1920-an Nathan Swartz mempelajari secara serius cara membuat kasut dengan betul.

Beliau kemudianya membeli syarikat Abington Shoe pada tahun 1952. Pada dekad tersebut, kilang kasutnya hanya membuat kasut untuk syarikat lain atau lebih dikenali sebagai OEM pada hari ini.

Kredit Gambar: Heddels

Pada akhir dekad 1960-an, syarikat ini telah mencipta satu kasut yang mana merovolusikan industri membuat kasut pada ketika itu. Kasut tersebut merupakan kasut yang pertama mempunyai teknologi kalis air.

Ia juga dilengkapi kepingan besi di hadapannya dan diberi nama Timberland. Kasut ini popular di kalangan pekerja yang melakukan kerja berat kerana faktor tersebut.

Hari ini, anak Nathan Swartz telah mewarisi perniagaan kasutnya beliau yang bertanggungjawab dalam menukar nama syarikat kepada Timberland. Dari setahun ke setahun, jualan kasut Timberland semakin memberangsangkan.

Era Perkembangan Timberland Di Luar Amerika Syarikat

Kredit Gambar: Heddels

Pada pertengahan era 1980-an, syarikat ini mula mendapat tempat di kalangan pengguna antarabangsa. Itali merupakan negara yang terawal menerima kasut Timberland.

Penerimaan kasut Timberland di Itali sangat luar biasa sehingga dijual pada harga dua kali ganda berbanding harga asal. Selepas Itali, negara Eropah lain turut menggemari kasut Timberland dan mula menerima kehadiran Timberland dalam pasaran mereka.

Budaya Hip Hop Menaikkan Imej Timberland

Awal era 1990-an merupakan zaman keemasan bagi Timberland. Ini disebabkan pada waktu tersebut, budaya muzik hip hop sedang berkembang dengan pesat di dalam industri muzik Amerika Syarikat.

Pada ketika ini pemuzik hip hop menggunakan kasut jenama Timberland sebagai kasut rasmi mereka. Ini menjadikan kasut Timberland trend bagi kumpulan hip hop terutamanya yang berada di bahagian East Coast (New York).

Kredit Gambar: Heddels

Di antara artis popular yang menjadikan kasut Timberland sebagai kasut untuk mereka pakai adalah The Notorious B.I.G. dan Nas yang merupakan ikon besar didalam muzik hip hop pada era tersebut.

Selain daripada memakai kasut Timberland, mereka turut memasukkan jenama Timberland ke dalam lirik muzik yang menjadikan kasut ini semakin popular di kalangan penggemar muzik hip hop.

Jualan yang diterima oleh Timberland mencecah USD1 bilion disebabkan perkara ini.

Kontroversi Yang Menimpa Timberland

Walaupun menempah kejayaan yang besar, Timberland tidak terlepas daripada kontroversi. Antara kontroversi terbesar yang melibatkan Timberland adalah apabila CEO syarikat ini pada ketika itu iaitu Jeffrey Swartz, telah berkata bahawa golongan berkulit hitam hanya menyumbang sebanyak 5% jualan kepada Timberland.

Ini telah menyebabkan sebahagian golongan kulit hitam memboikot kasut tersebut pada ketika itu.

Pada tahun 2011, Jeffrey Swartz telah menjual pegangan syarikat kepada VF Corporation, yang terkenal dalam pemilikan barangan mewah pada harga USD2.3 bilion.

Kini jenama Timberland masih lagi gah dan dipakai oleh golongan artis terkenal di Amerika Syarikat, dan tidak terhad hanya kepada artis yang membawa aliran muzik hip hop semata-mata.

Sumber Rujukan: CNBC

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.