Dari Pemain Muzik Kepada Usahawan Kopi Yang Bernilai $700 Juta, Kisah Blue Bottle Coffee

Minuman kopi  premium kini merupakan gaya hidup yang santai dan digemari di seluruh dunia. Banyak rangkaian restoran yang menawarkan minuman kopi yang ekslusif didalam rangkaian restoran mereka.

Selain dapat menikmati kopi yang premium,restoran kopi premium menyediakan suasana yang menarik untuk pelanggan mereka untuk menghabiskan masa mereka untuk aktiviti yang bermanafaat selain aktiviti kerja seperti perbincangan dalam perniagaan.

Starbucks merupakan sebuah syarikat yang menjadikan minuman kopi ini sebagai gaya hidup masa kini, di mana tiada sesiapa yang mampu menandinginya. Sebelum kedatangan Starbucks, kopi hanyalah minuman yang biasa dibancuh di rumah dan dijual di kedai-kedai biasa.

Kini industri kopi premium tidak lagi didominasi oleh Starbucks lagi. Generasi ketiga dalam industri kopi premium ini telah terbuka kepada pemain industri yang lebih kecil. Kini Starbucks mempunyai banyak pesaing di negara Amerika Syarikat sendiri, tidak termasuk lagi dengan kelahiran kopi premium dari China.

Salah satunya adalah  Blue Bottle Coffee yang merupakan satu nama yang agak asing bagi masyarakat kita, tetapi ia merupakan fenomena baru di Amerika Syarikat terutamanya di California di mana tempat syarikat kopi premium ini diasaskan.

Blue Bottle Coffee merupakan sebuah syarikat kopi yang premium yang diasaskan oleh seorang pemain muzik klaret yang bernama James Freeman. Beliau yang merupakan seorang penggemar kopi tegar dan sangat cerewet tentang pemilihan kopi untuk diminum.

James yang sedikit kecewa dengan keadaan kopi yang dijual di pasaran yang pada pendapatnya dipanggang sedikit hangus.

Pada awal penubuhan syarikat Blue Bottle Coffee.James hanya memangan biji kopi dalam rumah sewaya di California

Beliau yang mengambil keputusan untuk memanggang kopinya sendiri daripada membeli kopi yang sudah dipanggang. Sebelum menjadi seorang pemuzik, beliau merupakan seorang pekerja untuk sebuah syarikat start-up yang mengkhususkan dalam industri muzik.

Setelah syarikatnya itu distihar muflis akibat fenomena bubble dot com, beliau menjadi pemuzik sambilan. Pada masa lapang, hobinya adalah meminum kopi yang dipanggangnya sendiri. Beliaug mendapat idea untuk menjual kopi setelah dia merasakan kopi yang dipanggangya begitu unik sekali.

Setelah beliau yakin dengan keunikan rasa kopinya itu, James memulakan perniagaanya di pasar Old Oakland. Beliau telah menyewa apartmen seluas 180 kaki persegi untuk dijadikan sebagai tempat memanggang kopi untuk dijual.

Ketika permulaannya, untuk proses memanggang tersebut beliau gunakan mesin pemanggang kecil yang mana hanya mampu memanggang biji kopi seberat 7 pound sahaja untuk sekali panggang.

Keunikan penyedian kopi dari Blue Bottle Coffee membuatkan syarikat ini berjaya menempatkan diri dalam pasaran kopi premium yang dikatakan telah tepu di Amerika Syarikat

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan, James mula lebih serius dan telah membuat pelaburan yang agak besar bagi dirinya. Beliau telah membuat pelaburan dalam perniagaan kopi ini sebanyak $20,000, dengan $15,000 menggunakan hutang kad kredit.

Pada permulaan pembukaan kedai fizikalnya yang pertama, perniagaannya tertumpu di kawasan bandar berdekatan rumahanya. Ramai yang beranggapan bahawa beliau tidak akan dapat bertahan lama dalam industri perniagaan kopi, kerana di bandar tersebut telah mempunyai restoran kopi yang besar seperti Starbucks atau Peet’s Coffee. 

Perniagaan kopi premium merupakan perniagaan yang tepu di kawasan kediamannya, tetapi beliau tidak menghiraukan itu semua kerana baginya beliau mempunyai strategi yang mampu menggerakkan perniagaan yang diceburinya itu.

Di antara strategi yang digunakan beliau yang begitu unik berbanding dengan pesaingnya seperti Starbuck atau Peet’s Coffee, adalah dengan menggunakan cara penyediaan kopi menggunakan kertas turas berbanding dengan penapis biasa.

Kopi yang menggunakan penapis kertas turas merupakan sesuatu yang unik kerana ia memerlukan lebih masa berbanding dengan cara penyediaan kopi menggunakan mesin kopi. Menggunakan teknik ini, pelanggan memerlukan sedikit kesabaran kerana kopi yang diletakkan di dalam kertas turas perlu disirami dengan air panas yang  mendidih.

Kopi yang ditapis menggunakan kertas turas dipercayai dapat mengekalkan rasa segar kopi kerana kopi yang digunakan oleh Blue Bottle Coffee ini adalah kopi yang baru dipanggang, dan teknik siraman dengan air panas membuatkan kopi itu rasa sungguh lazat.

Keadaan restoran Blue Bottle Coffee sangat ringkas membuat ramai pelanggan mereka sanggup membayar harga kopi yang premium di dalam premis tersebut

Setelah hampir satu dekad, para pelabur luar mula menyedari kewujudan syarikat ini dan mula malabur ke dalamnya. Beliau pada mulanya tidak mengambil kisah tentang para pelabur yang ingin melabur dalam perniagaan kopi yang dijalankan, kerana baginya membuat kopi yang terbaik untuk pelanggan adalah lebih penting daripada menarik para pelabur untuk melabur ke dalam syarikatnya.

Fikirannya berubah apabila Fames bertemu dengan salah seorang pelanggan yang bernama Brian Meehan yang menerangkan kepadanya tentang pelaburan yang akan diberikan oleh pelabur kepada syarikatnya akan memberi pulangan yang besar, dan akan mempercepatkan proses perkembangan serta mengukuhkan jenama Blue Bottle Coffee di peringkat antarabangsa.

Ramai pelabur yang terkenal turut melabur dalam perniagaan yang diasaskan oleh James ini. Di antaranya adalah bekas CEO Twitter Evan Williams, pemain skateboard lagenda Tony Hawk, bank pelaburan terkenal di Amerika Syarikat iaitu Fidelity Investment dan juga Google Ventures. Dengan pelaburan yang dilakukan oleh nama-nama besar tersebut, syarikat ini semakin bertambah kukuh dalam perniagaan kopi premium.

Pembelian majoriti saham Blue Bottle Coffee oleh syarikat Nestle membuatkan James mempunyai kekayaan sebanyak $425 juta

Pada awal tahun ini, syarikat gergasi dari Switzerland iaitu Nestlé telah membeli majoriti saham yang dimilki oleh James iaitu sebanyak 65%. Dengan pembelian saham tersebut, Blue Bottle Coffee telah mencapai nilai sebayak $700 juta dan kekayaan yang diperolehi oleh James adalah dipercayai sebanyak $425 juta.

Kini Blue Bottle Coffee telah meluaskan empayar perniagaanya ke Jepun dan Korea. Di Jepun, sambutan yang diterima adalah begitu menggalakkan kerana masyarkat Jepun begitu gemar dengan cara penyediaan kopi yang dilakukan mereka.

Kini syarikat ini semakin berkembang dan tidak mustahil suatu hari nanti syarikat ini akan menjadi pesaing yang hebat bagi Peet’s Coffee dan Starbucks, terutamanya di bawah kendalian dan pengurusan pihak Nestlé.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.