Dr. Herbert Wertheim, Seorang Optometris Kepada Bilionaire Dengan Pelaburan

Pernah dengar tak nama Dr. Herbert Wertheim? Mesti tak pernah bukan?

Kalau anda nak tahu Dr. Wertheim ini merupakan antara pelabur hebat yang berjaya mengumpul kekayaan berbilion dollar hasil daripada perniagaan serta pelaburan yang dilakukan sejak dari usia mudanya.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang kejayaan beliau, apa kata kita tengok sikit tentang latar belakang figura ini.

Lahir Di Amerika Syarikat

Herbert Wertheim dilahirkan pada tanggal 23 Mei 1939 di Philadelphia, Amerika. Ibu bapanya merupakan pelarian Yahudi dari German.

Pada tahun 1945, mereka sekeluarga telah berpindah ke Hollywood, Florida. Kehidupannya di sini tidak begitu menggembirakan kerana beliau telah didiagnos menghidap disleksia.

Beliau kemudian mula belajar ponteng sekolah. Ditambah lagi dengan masalah di rumah apabila sering menjadi mangsa keganasan bapanya sehingga memaksa beliau kerap lari dari rumah.

Hidupnya mula mengalami perubahan apabila menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat pada usia 17 tahun. Itu pun sebab nak mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan kerana selalu sangat ponteng sekolah.

Beliau mula belajar tentang fizik dan juga kimia sebelum berkhidmat di bahagian penerbangan untuk Tentera Laut Amerika.

Di sinilah bermulanya titik tolak beliau dalam dunia pelaburan apabila membeli saham syarikat penerbangan iaitu Learjet.

Kalau nak tahu, Dr. Wertheim juga mempunyai kepakaran dalam bidang visual neurologi dan optometri dan pernah berkhidmat sebagai pengarah di University of Tennessee Medical School Computer Centre.

Kepakaran yang dimiliki ini telah digunakannya untuk menubuhkan sebuah syarikat iaitu Brain Power Inc. yang fokus kepada penghasilan produk optik seperti kaca mata.

Beliau telah memegang lebih daripada 100 paten dan juga hak cipta.

Kredit Gambar: Florida International University

Hasil keuntungan daripada syarikat ini pula telah dilaburkan ke dalam pasaran saham. Di antara saham miliknya adalah Apple, Microsoft, Bank of America, BP dan Google. Semua saham ini dibeli sewaktu syarikat ini awal-awal hendak disenaraikan iaitu di peringkat Initial Public Offering (IPO).

Konsep pelaburan Dr. Wertheim mudah sahaja, jika sukakan perniagaan tersebut serta mempunyai minat yang tinggi tentangnya, tidak ada masalah untuk membeli saham tersebut dengan kuantiti yang banyak.

Sebagai contoh, beliau membeli saham Microsoft kerana minatnya yang sangat mendalam dalam bidang komputer. Beliau juga tidak pernah berniat untuk menjual kembali saham yang pernah dibelinya.

Bayangkan sejak tahun 2003, beliau mendapat dividen daripada syarikat Microsoft berjumlah lebih daripada USD160 juta! Itu baru Microsoft, belum saham-saham syarikat yang lain lagi.

Pokok pangkalnya, siapa pun boleh berjaya kalau ada minat yang mendalam tentang sesuatu itu. Kalau anda minat dalam pelaburan, beli saham dalam syarikat yang anda mempunyai minat tentangnya dan mempunyai potensi untuk lebih berkembang maju di masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL

Dengan USD250 (RM1,000), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ya.

Saham BTBT naik sehingga 5,382% pada awal tahun 2021, saham BEEM naik mencecah 2,161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 
Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0 bersama Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform : Zoom

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di
Webinar Saham Wall Street

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.