Jam Tangan Yang Dipakai Oleh 11 Bilionaire

Jam tangan merupakan aksesori untuk menunjukan waktu dan pada masa yang sama adalah untuk bergaya. Walaupun kita sudah mempunyai pelbagai altenatif bagi menggantikan jam tangan seperti telefon pintar, jam tangan masih lagi relevan kepada manusia.

Jam tangan juga boleh menunjukkan status pemakainya dan jangan terkejut jika harga jam lebih mahal daripada sebuah kereta bahkan ada jam yang dijual sehingga mencecah 7 angka.

Mari kita lihat jam tangan yang dipakai oleh orang kenamaan dan juga ahli pernigaan bagi syarikat terkenal dunia.

Berikut adalah jam tangan yang dipakai oleh bilionaire dan CEO syarikat terkenal dunia.

1. Bill Gates, Pengasas Microsoft

Kredit Gambar: Superwatchman

Siapa yang tak kenal dengan Bill Gates yang merupakan pengasas syarikat Microsoft dan pernah menjadi orang terkaya di dunia untuk beberapa tahun lamanya.

Walaupun mempunyai kekayaan luar biasa, beliau sering dilihat memakai jam buatan Casio di tangannya yang berharga kurang dari USD100. Bill Gates pernah mendakwa jam yang dipakainya itu berharga USD10.

Model Dan Harga: Casio Duro – USD70

2. Jeff Bezos, Pengasas Amazon

Merupakan CEO syarikat e-commerce terbesar di Amerika Syarikat dan lelaki terkaya di dunia. Amazon kini semakin menuju ke arah menjadi syarikat konglomerat dengan banyak menceburi pelbagai cabang perniagaan.

Antara kehebatan yang dimiliki oleh Amazon adalah menganggu ekosistem sesuatu pasaran dan kemudian menjadi pemain utama dalam pasaran tersebut.

Model Dan Harga: Ulysse Nardin Dual Time 233-88-7 — USD12,900

3. Tim Cook, CEO Apple

Merupakan orang yang bertanggunjwab mengembangkan lagi Apple selepas kematian Steve Jobs.

Beilau berjaya memgembangkan Apple kepada 3 kali ganda nilai ketika mengambilalih jawatan tersebut dan bertanggungjawab menjadikan Apple syarikat pertama yang mencapai USD1 trilion.

Model Dan Harga: Apple Watch — USD399

4. Satya Nadella, CEO Microsoft

Kredit Gambar: Business Insider

Merupakan CEO yang berjaya membawa Microsoft ke landasan yang betul. Beliau juga telah mengubah cara perniagaan yang sebelum ini hanya fokus kepada perisisan komputer semata-mata kepada perkhidmatan servis simpanan awam hibrid.

Microsoft juga merupakan salah sebuah syarikat yang berjaya mencapai nilai USD1 trilion daripada segi market capitalization.

Model Dan Harga: Breitling Colt Automatic — USD3,620

5. Doug McMillon, Presiden dan CEO Walmart

Merupakan presiden syarikat peruncitan terbesar dunia. Walmart merupakanpesaing utama kepada Amazon di dalam industri peruncitan.

Syarikat ini mempunyai seramai 2.2 juta pekerja di seluruh dunia dan telah mencatatkan pendapatan sebanyak sebanyak USD559.2 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Model Dan Harga: Apple Watch — USD399

6. Randall Stephenson, CEO AT&T

Merupakan CEO syarikat telekomunikasi terbesar di Amerika Syarikat. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengurangkan hutang yang dimiliki oleh salah sebuah anak syarikat AT&T.

Beliau berjaya menyelesaikan hutang sebanyak USD30 bilion dalam masa dua tahun selepas dilantik sebagai CFO.

Model Dan Harga: TAG Heuer Kirium CL111A — USD2,850

7. Dieter Zetsche, Bekas CEO Daimler

Kredit Gambar: Mercedes Blog

Merupakan CEO syarikat kenderaan mewah di Jerman. Antara syarikat di bawah pengurasan Daimler adalah Mercedes.

Di bawah pengurusan beliau, Mercedes telah berjaya memintas BMW daripada segi jualan dalam masa hanya 3 tahun. Dieter Zetsche berjaya melakukan tranformasi di dalam pengurusan syarikat yang membolehkannya menewaskan syarikat pesaingnya itu sejak tahun 2016.

Model Dan Harga: Chopard Mille Miglia GMT Chronograph 16/8992-3001 — USD5,260

8. Jeffrey Immelt, Bekas CEO General Electric

Merupakan bekas CEO General Electric  yang pernah menjadi sebuah syarikat paling bernilai di dunia sewaktu era pengurusan Jack Welch. Ketika era Jeffrey Immelt pula, pencapaian syarikat mula menurun.

Ken Langone, pengasas kepada The Home Depot telah menuduhnya sebagai pemusnah General Electric. Kini General Electric terkeluar daripada indeks Dow Jones yang pernah diduduki mereka selama lebih daripada 100 tahun.

Model Dan Harga: Breitling Chronospace M78365 — USD6,110

9. Dara Khosrowshahi, CEO Uber

Merupakan CEO untuk syarikat yang menawarkan perkhidmatan teksi secara online. Uber merupakan syarikat yang paling kontroversi ketika era Travis Kalanick.

Beliah telah masuk menggantikan Travis Kalanick yang tidak digemari oleh ramai oleh para pelabur kerana membawa imej yang negatif kepada syarikat.

Model Dan Harga: Chopard Mille Miglia 16/8997 – USD6,800

10. Akio Toyoda, Presiden dan CEO Toyota

Kredit Gambar: Superwatchman

Beliau merupakan cicit kepada pengasas syarikat pengeluar kenderaan yang terbesar di dunia daripada segi bilangan kenderaan yang dihasilkan ini.

Kenderaan keluaran Toyota terkenal dengan tahan lasak jika dibandingkan dengan pesaing mereka. Antara pasaran terbesar untuk Toyota adalah Amerika Syarikat.

Model Dan Harga: Patek Philippe Calatrava 5119G — USD22,680

11. Jeff Weiner, CEO LinkedIn

LinkedIn merupakan media sosial seperti Facebook iaitu bertujuan untuk berhubung dengan orang ramai. Apa yang membezakan di antara keduanya adalah LinkedIn mensasarkan kepada peluang untuk mencari pekerjaan manakala Facebook mensasarkan kepada semua golongan.

LinkedIn juga dikenali sebagai laman web resume online. Syarikat ini kemudiannya telah dibeli oleh Microsoft dengan harga USD26.2 bilion.

Model Dan Harga: Audemars Piguet Royal Oak – USD28,000

Sumber Rujukan: Business Insider

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.