Peristiwa Penting Dalam Hidup Jeff Bezos Yang Mengubah Kehidupannya

Di dalam hidup kita, terdapat satu atau beberapa peristiwa yang akan mengubah hidup kita sama ada menjurus kepada kebaikan atau keburukan.

Kadang-kadang ada peristiwa yang kita mahu peristiwa itu terjadi dalam hidup kita tetapi peristiwa itu tidak berlaku. Dan kadang-kadang ada peristiwa yang kita tidak mahu ianya berlaku tetapi peristiwa itu tetap berlaku.

β€œBoleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

– Surah Al-Baqarah Ayat 216

Kadang kala satu peristiwa kecil dapat mengubah hidup kita dan seterusnya memberi kita kejayaan yang sangat luar biasa.

Mari kita lihat detik-detik yang telah mengubah hidup lelaki terkaya dunia iaitu Jeff Bezos.

Seperti sedia maklum, Jeff Bezos adalah pengasas dan CEO untuk syarikat e-commerce terbesar di dunia iaitu Amazon.

Sebelum Amazon menjadi salah sebuah syarikat yang bertaraf trilionaire daripada segi market capitalization, perjalanan syarikat itu tidakah semudah yang disangka. Terdapat beberapa peristiwa yang telah berlaku kepada Jeff Bezos yang telah mengubah beliau sehingga berjaya membangunkan Amazon berjaya seperti sekarang.

Zaman Universiti

Kredit Gambar: Business Insider

Peristiwa pertama yang beraku kepada Jeff Bezos yang telah mengubah hidupnya adalah apabila beliau berjaya memasuki Universiti Princeton dan mengambil pengkhususan dalam bidang fizik.

Ketika itu terdapat 25 orang pelajar yang mengambil pengkhususan yang sama dan Jeff Bezos telah memberitahu kepada dirinya bahawa dia tidak mungkin dapat bersaing dengan mereka semua kerana dia merasakan dirinya tidak begitu bijak.

Ternyata sangkaan Jeff Bezos tepat sekali kerana untuk mengambil pengkhususan dalam bidang fizik, seseorang itu perlu mempunyai kemahiran matetematik aras tinggi.

Pada ketika itu, Jeff Bezos telah gagal untuk menjawab soalan matematik yang melibatkan differential equation. Pada ketika itu, beliau telah meminta bantuan daripada seorang sahabat baiknya yang bernama Joe untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

Joe merupakan sahabat baik Jeff Bezos dan mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik. Malangnya, mereka berdua tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut walaupun terpaksa menghabiskan masa selama 3 jam.

Akhirnya mereka berdua mengalah dan merujuk kepada seorang lagi rakan mereka iaitu Yasantha Rajakarunanayake, yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi berbanding mereka berdua.

Apa yang mengejutkan, Yasantha Rajakarunanayake hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari situ Jeff Bezos mula sedar bahawa mengambil ijazah di dalam pengkhususan fizik sangat tidak sesuai bagi dirinya dan beliau telah menukar pengkhususan kepada bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Sains Komputer.

Alam Pekerjaan

Kredit Gambar: India Today

Selepas berjaya menamatkan pengajian, Jeff Bezos telah berkerja di beberapa buah syarikat termasuklah Intel, Bell Labs and Anderson Consulting dan juga Deutsche Bank.

Beliau seterusnya menyertai D. E. Shaw & Co yang merupakan sebuah syarikat hedge fund yang berpengkalan di New York sebagai vice president untuk syarikat tersebut.

Di sini, beliau ditugaskan untuk meninjau pasaran baru yang akan berkembang pada masa akan datang. Jeff Bezos mendapati bahawa perniagaan yang melibatkan laman web akan berkembang dengan lebih pantas berbanding dengan sektor yang lain dengan kadar 2,300% untuk tempoh setahun.

Pada ketika itulah, beliau telah mengambil  keputusan untuk berhenti menjadi seorang penganalisis untuk syarikat hedge fund tersebut dan terus fokus untuk membina syarikat e-commerce yang dikenali sebagai Amazon.

Keputusan yang diambilnya itu adalah sukar kerana Jeff Bezos telah mempunyai pekerjaan yang stabil dan pendapatan yang lumayan. Beliau memberitahu majikannya tentang hasratnya itu yang telah menasihatinya agar berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

Akhirnya Jeff Bezos meletak jawatannya dan memulakan kerjaya barunya dan itu merupakan peristiwa kedua yang penting yang hadir di dalam hidupnya yang telah berjaya mengubah hidupnya.

Tiada Penyesalan

Beliau sering berpegang kepada konsep tiada penyesalan. Baginya, sekiranya beliau ditakdirkan hidup sehingga berusia 80 tahun, apakah perkara yang paling disesali ketika di usia tersebut?

Jawapannya, kegagalan bukanlah perkara yang paling disesali, sebaliknya jika beliau tidak mencuba sesuatu yang dapat memberi impak kepada dirinya, itulah perkara yang akan memberi penyesalan terbesar kepada dirinya.

Sumber Rujukan: CNBC

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku β€œPercaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

πŸ”₯ Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

πŸ”₯ Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

πŸ”₯ Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

πŸ”₯ Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

πŸ”₯ Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

β€œSaya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

β€œSaya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealantΒ±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)Β±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsuΒ±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

β€œBerapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

β€œBerapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan β€œtidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

β€œBerapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

β€œBerapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.