
Photo by Negative Space from Pexels
Sub Topik
Tidur merupakan lumrah bagi setiap manusia. Tidur yang berkualiti merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang di dalam kehidupan mereka.
Seperti yang kita tahu, seseorang yang berjaya merupakan seseorang yang sangat berdisiplin di dalam apa jua yang mereka lakukan. Untuk mendapat tidur yang terbaik juga memerlukan disiplin yang tinggi.
Jadi, apakah kaitan di antara tidur dan bangun awal dalam menentukan kejayaan seseorang?
Carilah Tidur Yang Berkualiti

Tidur yang terbaik adalah tidur yang dapat memberi kesegaran yang maksimum kepada badan walaupun tempoh tidur tersebut tidaklah panjang.
Waktu tidur yang terbaik adalah sebelum pukul 10 malam. Dalam tempoh ini, tubuh kita secara semulajadi memerlukan rehat yang secukupnya. Ini disebabkan hormon Melatonin mula dibebaskan badan kita selepas matahari terbenam.
Hormon Melatonin ini mula meningkat secara drastik di dalam tubuh kita selepas dua jam matahari terbenam. Hormon Melatonin ini adalah hormon yang terhasil daripada tindak balas badan terhadap kegelapan (ketiadaan cahaya) secara semulajadi.
Apabila malam menjelma, hormon ini dihasilkan dengan banyak oleh badan kita untuk membantu tubuh tidur dengan nyenyak.
Tidur Awal Dan Bangun Awal

Dengan tidur sebelum pukul 10 malam, badan kita mendapat rehat yang secukupnya kerana hormon Melatonin tadi dapat berfungsi dengan baik. Untuk mendapat tidur yang sempurna, badan kita perlu melalui fasa tidur di antara pukul 10 malam sehingga 2 pagi.
Fasa ini sangat penting untuk mendapatkan tidur yang ideal bagi mendapat rehat yang secukupnya. 4 jam ketika ini adalah waktu yang sangat kritikal untuk tubuh kita berehat dengan kadar yang optimum.
Selepas fasa penting selama 4 jam ini, kita perlu bangun di antara pukul 3 pagi ke 5 pagi. Jika kita bangkit di antara waktu ini, badan kita telah mendapat rehat yang secukupnya untuk berdepan dengan hari tersebut.
Waktu bangkit dari tidur yang sesuai adalah pada pukul 4 pagi. Mereka yang bangun pada waktu ini, otak dapat berfungsi dengan baik disebabkan oleh arus gelombang Alpha dan Theta yang terbentuk pada ketika itu.
Gelombang ini sangat penting untuk otak kita berfungsi pada kadar yang optimum. Dengan hadirnya arus ini di dalam otak kita, tubuh kita berada di dalam keadaan yang sangat tenang.
Dalam keadaan ini, otak kita diibaratkan seperti sponge yang bersedia untuk menerima pelbagai maklumat untuk diserap. Maklumat yang diserap oleh otak kita pada ketika ini sangat mudah untuk difahami.
Orang Islam Disarankan Bangun Awal

Bagi yang beragama Islam, ini adalah waktu yang paling sesuai untuk melakukan ibadah tahajud kerana beberapa sebab. Jika kita berdoa kepada Allah, kita dapat memberi fokus yang luar biasa dalam setiap kata-kata yang diucapkan.
Oleh yang demikian, kita boleh lihat ramai golongan yang berjaya merupakan golongan yang digelar sebagai morning person. Jika kita bangkit di awal pagi, kita dapat banyak manfaat berbanding dengan mereka yang sedang tidur di waktu ini.
Sekiranya kita mahu berubah, mulakan dengan tidur awal pada sebelah malam dan bangkit di awal waktu pagi sebagai langkah pertama.
Itulah antara kaitan di antara tidur dan kesannya kepada manusia dalam kehidupan.
Sumber Rujukan:










