Pulangan Yang Lebih Rendah Daripada 4.25%

Berikutan pengumuman sebanyak Pengagihan 4.25 sen seunit dan Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), pastinya ramai yang berpuas hati dengan keuntungan setinggi ini. Ada yang kata ASB adalah merupakan pelaburan tanpa risiko, dapat pulangan lebih daripada kadar inflasi pun dah cukup baik.

Namun ada juga pihak yang tak berapa OK dengan keuntungan sebanyak 4.25% tersebut, terutamanya mereka yang mengambil ASB Financing atau ASB Loan.

Tapi tahukah anda banyak juga institusi kewangan yang menawarkan kadar keuntungan yang lebih rendah daripada 4.25%?

Simpanan Tetap Islamik

Dengan modal RM50,000 dan tempoh simpanan selama setahun, yang paling banyak kita boleh dapat adalah 2.4% yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Rakyat.

Kalau ada modal RM100,000 pula, pulangan yang tertinggi adalah 3.3% untuk tempoh setahun yang ditawarkan oleh Affin Islamic.

Sumber Rujukan: RinggitPlus

Simpanan Tetap Konvensional

Bagi simpanan tetap konvensional pula, agak mengejutkan apabila mereka menawarkan pulangan yang lebih rendah. Paling tinggi pun 2.2% yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Yang lain tak sampai pun 2%.

Sumber Rujukan: RinggitPlus

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Keadaan Teknikal Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami pergerakan mendatar semasa sesi semalam apabila ia menurun sedikit sebanyak MYR15 untuk ditutup pada harga MYR4,594. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,592. Ia berayun antara paras tertinggi pada MYR4,630 dan paras terendah pada MYR4,563 sebelum terhenti pada harga MYR4,594. Pembentukan corak lilin berbadan kecil menandakan keraguan pasaran pada ketika ini. Walaupun rentak terhenti, struktur penurunan tetap kukuh, dengan harga didagangkan jauh bawah paras rintangan MYR4,700.

Sekiranya penembusan yang kukuh berlaku melepasi paras rintangan MYR4,700, tekanan penurunan mungkin akan berterusan dan berpotensi membuka ruang untuk komoditi ini menguji semula paras MYR4,530. Kami kekalkan bias dagangan negatif, seiring dengan trend penurunan yang sedang berlaku.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,530 manakala paras sokongan lebih rendah ditambat pada MYR4,390. Apabila harga menaik, paras rintangan pertama berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras MYR4,900.