Kisah Anne Scheiber: Wanita Yang Meraih Pulangan Pelaburan 4,400%

Strategi pelaburan yang diguna pakai oleh beliau sejak dari era The Great Depression ialah ‘Buy And Hold’. Kaedah yang tidak konvensional, bukan semua orang mampu mengguna pakai strategi pelaburan tersebut.

Beliau mungkin seorang pelabur yang terlalu bijak, mungkin disebabkan manfaat daripada kerja beliau yang terdahulu sebagai juruaudit.

Beliau sentiasa melabur ke dalam perniagaan yang mempunyai prospek pertumbuhan dalam jangka masa panjang, syarikat yang mempunyai kualiti perniagaan yang tinggi, dan hanya sekali sekala menjual portfolio pelaburan beliau (disebabkan ingin melindungi aset keuntungan beliau daripada dikenakan cukai).

Beliau juga pernah diiktiraf sebagai salah seorang pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti, pada kurun ke-20. Tidak kurang juga dengan sifat dermawan beliau yang berjaya membuka mata ramai pihak.

Tahukah anda, melalui fakta kajian yang telah dibuat, hasil kejayaan portfolio pelaburan beliau telah mengalahkan prestasi pasaran S&P500? Tidak syak lagi, beliau selayaknya di angkat sebaris dengan lagenda pelabur terbaik sepanjang zaman, contohnya Warren Buffett.

Menurut kebanyakan pakar atau mereka yang telah berjaya menempah nama besar di Wall Street, salah satu ciri pelabur yang berjaya adalah memiliki kesabaran yang tinggi. Seseorang yang banyak bersabar, akan sentiasa menunggu peluang terbaik untuk mencipta wang dalam pasaran.

Dengan kesabaran seseorang pelabur mampu mengabaikan noise day trading dalam pasaran.

Fakta ini dibuktikan dengan sempurna oleh Anne Scheiber, yang membeli sesebuah saham dan memegangnya dalam tempoh yang lama. Berbekalkan modal sebanyak $5,000 ketika berusia 38 tahun dan telah meraih keuntungan melebihi $22 juta ketika berumur 101 tahun.

Melalui usaha kajian dan pemantauan beliau sebagai juruaudit IRS, beliau mendapati salah satu jalan terpantas untuk mencipta kekayaan yang tidak terhingga adalah dengan melabur ke dalam pasaran saham.

Anne Scheiber hanya membeli beberapa kaunter saham dalam sesuatu masa dan memegangnya beberapa dekad, ini disebabkan beliau memahami bagaimana teoritikal ‘faedah berganda’ berfungsi. Menurut Einstein ‘faedah berganda’ adalah perkara kelapan yang ajaib di dunia.

Berbeza pula dengan para pelabur pada masa kini. Mereka sering membuat kesilapan dengan mengharapkan pulangan segera yang lumayan terhadap prospek portfolio pelaburan mereka.

Sesetengahnya kurang masuk akal, mereka mengharapkan melebihi 30 peratus keuntungan bukan dalam masa setahun, sebulan, tetapi hanya seminggu, kadang-kadang ada yang mengharapkan dalam tempoh masa kurang sehari. Terutamanya ketika berada dalam fasa bull market ramai yang mengharapkan pulangan yang tidak realistik.

Sabar adalah medium utama yang memisahkan karektor seorang pelabur profesional dan sebaliknya. Terlalu ramai yang mencari keuntungan segera dan mengalami kesulitan ketika berhadapan dengan pasaran dalam jangka masa yang panjang.

Namun salah satu resepi pelabur profesional adalah melihat pulangan dalam jangka yang panjang, contohnya 10 tahun.

Melalui cara ini lebih mudah mereka mengabaikan turun naik jangka pendek, kerana mereka menumpukan pandangan dalam gambaran yang besar. Apabila pelabur profesional mendapat lebih banyak pengalaman, mereka akan mampu menyerap sikap bersabar dengan lebih mendalam.

Sekaligus ianya akan membawa kejayaan dalam karier pelaburan mereka.

Percayakah anda, sesetengah sanjungan kepada diri beliau ialah dinobatkan tokoh pelabur wanita terbaik sepanjang zaman, manakala sesetengah komuniti pelabur menggelarkan dirinya ‘individu yang berlatih selama 50 tahun, dan mengecapi kejayaan pada 50 tahun seterusnya’.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Trend Menurun Semakin Mengukuh

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak semalam apabila jatuh MYR45 untuk ditutup pada paras MYR4,393. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada MYR4,435. Ia kemudiannya merekodkan paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,456 sebelum kegiatan jualan yang tinggi mengheret FCPO ini ke arah paras terendah sesi bernilai MYR4,382. Ia kemudian menutup dagangan pada MYR4,393 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan menguasai pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan komoditi ini jelas menurun melepasi paras sokongan penting bernilai MYR4,420 dan terus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga berada dalam keadaan menurun, yang menunjukkan bahawa momentum menurun adalah kuat dan terus berlangsung. FCPO kini dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,300. Kami tetapkan bias dagangan negatif memandangkan mereka yang menantikan penurunan harga berada dalam kawalan.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kini disemak kepada MYR4,700.

Selepas membuat penembusan menurun, paras sokongan pertama disemak kepada MYR4,300 dan diikuti oleh paras MYR4,200. Paras rintangan pertama pula sekarang berada pada MYR4,570 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,700.