Kisah Dua Pengasas Sebenar Tesla

Sebut saja Tesla, ramai akan terbayang dengan Elon Musk kerana Tesla begitu sinonim dengan namanya. Ramai di kalangan kita yang menyangka bahawa Elon Musk adalah pengasas kepada syarikat kenderaan elektrik terbesar di dunia daripada segi market capitalization ini.

Elon Musk sebenarnya merupakan pelabur terawal dan merupakan CEO keempat yang menjawat jawatan tersebut di Tesla.

Orang yang bertanggungjawab mengasaskan Tesla adalah Martin Eberhard dan Marc Tarpenning. Merekalah yang menjadi pencetus kepada kenderaan elektrik jenama Tesla walaupun tidak ramai yang tahu sumbangan mereka kepada syarikat ini.

Bagaimana Tesla Bermula?

Martin Eberhard dan Marc Tarpenning merupakan dua orang sahabat baik. Martin Eberhard merupakan bekas jurutera elektrik manakala Marc Tarpenning merupakan jurutera elektronik untuk NuvoMedia, syarikat yang diasaskan oleh mereka berdua.

Martin Eberhard menjawat jawatan CEO manakala Marc Tarpenning pula memegang jawatan CFO.

Ilham untuk menghasilkan Tesla bermula apabila perang teluk berlaku dengan Amerika Syarikat menyerang Iraq. Mereka berdua pada ketika itu percaya peperangan di Timur Tengah bakal menjadikan harga minyak dunia meningkat dengan mendadak.

Martin Eberhard kemudiannya membuat perkiraan tentang kos yang bakal ditempuhi sekiranya harga minyak meningkat. Beliau membuat kira-kira di atas kertas dan mendapati kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik lebih menjimatkan.

Mereka pun tekad untuk menghasilkan kenderaan elektrik sendiri dan pada ketika itu, ada sebuah syarikat kenderaan elektrik yang bernama AC Propulsion yang terletak di California. Mereka ingin bekerjsasama dengan pengeluar tersebut untuk menghasilkan kenderaan elektrik tapi malangnya pengeluar tersebut tidak memenuhi hasrat mereka berdua.

Akhirnya pada tahun 2003, mereka secara rasminya telah menubuhkan Tesla untuk menghasilkan kenderaaan mereka sendiri.

Cabaran Tesla Sewaktu Bermula

Cabaran utama dalam menghasilkan kenderaan elektrik adalah untuk mencari pelabur yang betul-betul memahami teknologi baru ini. Maklumlah, pada awal milenium ini tak ramai yang percaya dengan kemampuan dan masa depan kenderaan elektrik.

Mereka telah pergi jumpa ramai pelabur yang berpontesi tetapi semuanya mengatakan idea mereka tidak masuk akal. Akhirnya mereka telah berjaya mendapat perhatian Elon Musk yang sanggup melabur ke dalam Tesla.

Apa yang menarik mengenai pertemuan mereka dengan Elon Musk adalah Martin Eberhard dan Marc Tarpenning menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Elon Musk pada ketika itu. Seminar tersebut adalah mengenai penerokaan ke planet Marikh yang mana mereka berdua telah pun mendaftar untuk ke planet tersebut.

Martin Eberhard dan Marc Tarpenning mengambil kesempatan untuk menemui Elon Musk dan meyakinkannya untuk melabur. Mereka sangat terkejut apabila Elon Musk sanggup melabur tanpa banyak soal seperti pelabur lain.

Elon Musk pada ketika itu sudah pun bergelar jutawan dengan menjual Paypal, lalu beliau pun melabur sebanyak USD6.3 juta ke dalam Tesla.

Setelah mendapat kedudukan kewangan yang stabil, Tesla menghadapi cabaran kedua iaitu menghasilkan kenderaan elektrik pada skala yang besar. Banyak syarikat tidak mahu bekerjasama dengan mereka kerana mereka masih baru dan kecil.

Kredit Gambar: Road and Track

Akhirnya kerjasama dengan Lotus banyak membantu mereka dalam menghasilkan kenderaan kerana Lotus merupakan nama yang besar. Lotus banyak membantu dalam membekalkan peralatan untuk Tesla ketika syarikat itu baru nak bermula.

Akhirnya pada tahun 2006, Tesla telah berjaya mengeluarkan kenderaan pertama mereka yang dikenali sebagai Roadster. Ini merupakan kejayaan pertama Tesla di dalam industri kenderaan elektrik.

Fasa Kritikal Tesla

Kejayaan yang dimiliki oleh Tesla itu tidak kekal lama apabila Amerika Syarikat dilanda kegawatan ekonomi yang menyebabkan Tesla mengalami zaman kejatuhan sehingga hampir muflis. Martin Eberhard dan Marc Tarpenning meninggalkan Tesla pada Januari 2008 disebabkan penyusunan semula yang berlaku.

Pada ketika itu, Elon Musk telah mengambil alih tugas CEO untuk menyelamatkan syarikat tersebut dengan menggunakan wang peribadinya.

Kredit Gambar: CNBC

Wang yang dilaburkan ke dalam Tesla belum cukup untuk menampung kos operasi syarikat. Ketika nasib Tesla seperti berada di hujung tanduk akibat kekurangan modal, akhirnya Daimler AG telah mengejutkan orang ramai dengan melabur ke dalam Tesla.

Ini adalah titik permualaan kebangkitan Tesla yang dapat kita lihat sehinggalah ke hari ini. Tanpa Daimler AG, mungkin Tesla tidak berada pada kedudukan sekarang.

Lotus dan Daimler AG merupakan syarikat yang sangat penting di dalam sejarah perjalanan Tesla untuk menjadi syarikat kenderaan terbesar di dunia daripada segi market capitalization pada hari ini.

Dan tidak dilupakan juga kepada sumbangan pengasas sebenar Tesla iaitu Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dalam Sejarah, Pertama Kali Saya Membayar Zakat Saham!

Tahun 2024 mencatatkan satu pencapaian besar dalam hidup saya sebagai seorang pelabur. Untuk pertama kalinya, saya telah membayar zakat saham! Pengalaman ini memberikan makna mendalam dan menyentuh hati kerana ia bukan sahaja mencerminkan perjalanan pelaburan saya, tetapi juga pertumbuhan peribadi saya sebagai seorang Muslim.

Bermula Sejak 2018: Jatuh Bangun Seorang Pelabur

Saya mula belajar tentang saham sejak tahun 2018. Pada mulanya, saya hanyalah seorang pemula yang penuh dengan harapan dan impian besar. Namun, perjalanan ini tidak semudah yang disangka. Banyak kali saya mengalami kerugian, dan salah satu pengalaman paling pahit ialah ketika melabur dalam saham berkaitan Datuk Karim suatu ketika dahulu.

Sepanjang perjalanan ini, saya sudah cuba pelbagai gaya pelaburan antaranya Intraday, ikut Buy Call, suruh remisier trade-kan pun pernah! Namun semuanya menemui jalan buntu.

Saya juga pernah berguru dengan lebih daripada tiga orang guru saham. Setiap daripada mereka memberi pendekatan yang berbeza, namun saya masih tidak menemui rentak sebenar saya.

Tahun 2023 dan 2024: Mencari Siapa Saya dalam Dunia Pelaburan

Selepas bertahun-tahun mencari, saya akhirnya menemui identiti sebenar saya dalam dunia pelaburan – saya seorang pelabur jangka panjang! Tahun 2023 dan 2024 menjadi titik perubahan besar dalam kehidupan pelaburan saya. Dengan strategi yang lebih teratur dan sabar, saya mula melihat keuntungan yang konsisten.

Alhamdulillah, Zakat Saham Pertama

Dengan izin Allah, tahun 2024 mencatatkan keuntungan melebihi 40% daripada modal pelaburan saya. Keuntungan ini melayakkan saya untuk membayar zakat buat pertama kalinya. Ia adalah satu detik yang sangat istimewa kerana ia mencerminkan keberkatan dan kejayaan usaha saya selama ini.

Saya percaya, kejayaan ini bukan hanya hasil daripada usaha saya semata-mata, tetapi juga daripada doa, bimbingan guru-guru, serta sokongan keluarga dan sahabat. Membayar zakat saham memberi saya rasa syukur yang mendalam, kerana saya dapat berkongsi rezeki ini dengan mereka yang memerlukan.

Refleksi dan Inspirasi

Pengalaman ini mengajar saya bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa, kesabaran, dan usaha yang berterusan. Jika anda seorang pelabur yang masih mencari rentak, jangan berputus asa. Teruskan belajar, cuba pelbagai strategi, dan akhirnya anda akan menemui apa yang sesuai untuk anda.

Dan yang paling penting, jangan lupa untuk bersyukur atas setiap kejayaan yang dicapai. Membayar zakat bukan sahaja satu kewajipan, tetapi juga peluang untuk membersihkan harta dan memperoleh keberkatan.

Sudah-Sudahlah Kena Tipu

Wahai saudara Muslimku, cukuplah kita terjebak dengan skim cepat kaya dan scam yang merugikan. Sudah-sudahlah menjadi mangsa janji manis yang tiada asas. Mulakan langkah melabur dengan ilmu yang betul. Pelaburan yang berlandaskan ilmu dan strategi yang bijak bukan sahaja membantu kita mencapai kebebasan kewangan, tetapi juga membawa keberkatan dalam harta.

Mulakan pelaburan anda hari ini, walaupun dengan jumlah kecil, dan pastikan anda melabur dengan berlandaskan prinsip Islam. Ingat, ilmu adalah kunci kejayaan. Semoga kita semua diberi keberkatan dan kejayaan dalam dunia pelaburan dan kehidupan. InsyaAllah!

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!