Apa Itu Pelaburan Private Mandate?

Pelaburan private mandate ini sebenarnya sudah lama wujud di Malaysia tetapi masih ramai yang belum mengenalinya. Mungkin kerana kewujudan pelaburan ini dulunya khusus kepada individu yang dikategorikan sebagai high net worth sahaja.

Ianya tidak dihebahkan kepada umum kerana kebanyakan yang menawarkan pelaburan ini merupakan anak syarikat kepada bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Maybank Private Wealth, RHB Asset Management dan yang lain-lain.

Bank-bank ini pula biasanya sudah mempunyai data-data pelanggan mereka dan mereka sendiri akan menawarkan perkhidmatan ini kepada golongan high net worth yang merupakan pelanggan sedia ada mereka.

Anggaran modal pelaburan adalah sekitar RM1 juta dan ke atas dan ada juga bank yang hanya menerima minima pelaburan sekurang-kurangnya RM3 juta dan ke atas.

Namun berita baik untuk kita kerana ada satu syarikat pengurusan pelaburan iaitu Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, anak syarikat kepada Berjaya Capital Berhad kini menawarkan pelaburan private mandate ini dengan minima pelaburan RM50 ribu sahaja.

Apa Itu Private Mandate?

Private mandate adalah pelaburan yang disediakan oleh syarikat pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan kita. Bahasa mudahnya adalah kita mempunyai modal pelaburan dan kita memberi mandat kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan kita.

Sekali baca macam hampir sama dengan unit trust yang kita biasa dengar, namun perbezaan ketara di antara private mandate dan unit trust ini adalah perkhidmatan ownership ke atas saham-saham yang dibeli oleh pengurus dana.

Jika Unit Trust, saham-saham dan aset yang dibeli MENGIKUT OBJEKTIF DANA PELABURAN yang telah ditetapkan oleh pengurus-pengurus dana. Berbeza dengan private mandate di mana DICUSTOMISE dan DISESUAIKAN berdasarkan keperluan pelabur-pelabur.

Pelaburan private mandate ini juga lebih telus kerana pelabur dapat melihat transaksi pembelian dan penjualan saham-saham dan yuran yang dikenakan secara terperinci melalui laporan yang akan diberikan secara berkala.

Lain pula dengan Unit Trust, pelabur biasanya hanya akan mendapat laporan pelaburan untuk top 10 saham yang dilaburkan dan biasanya tidak memberikan maklumat mengenai yuran secara terperinci.

Ada 2 Jenis Private Mandate

Private Mandate pula mempunyai dua jenis, satu Non-Discretionary dan satu lagi adalah Full Discretionary. Apakah perbezaan kedua-dua jenis private mandate ini?

Private Mandate Non-Discretionary bermaksud kita sebagai pelabur mempunyai hak untuk override dan memberi arahan kepada pengurus dana dalam melakukan pembelian dan jualan saham di pasaran. Contohnya kita memberikan arahan kepada pengurus dana untuk tidak membeli saham di dalam sektor minyak. Oleh itu pengurus dana perlu patuh kepada arahan pelabur.

Satu lagi Private Mandate dikenali sebagai Full Discretionary, di mana pelabur memberikan kuasa penuh kepada pengurus dana untuk menguruskan pelaburan tanpa ada sebarang campur tangan daripada pelabur.

Kos Yang Terlibat?

Pelaburan private mandate ini diuruskan oleh mereka yang berlesen dan berpengalaman, oleh itu kos yang terlibat juga agak tinggi berbanding dengan pelaburan lain. Namun pulangan daripada private mandate ini juga sangat hebat.

Di antara kos yang terlibat adalah Sales Charge sekitar 5% akan dikenakan pada pembukaan akaun dan setiap kali pertambahan dana yang masukkan oleh pelabur tersebut. Contohnya jika kita melabur RM100,000, sebanyak 5% atau RM5,000 akan dibayar kepada pihak pengurusan.

Kos seterusnya pula adalah management fee sekitar 1.5% setahun. Kos ini biasanya dikenakan setiap hujung tahun berdasarkan jumlah dana terkini di dalam akaun pelabur.

Contohnya kita bermula dengan modal sebanyak RM100,000 pada awal tahun dan mendapat pulangan sebanyak 50%. Dana ini sekarang meningkat menjadi RM150,000. Maka management fee sebanyak 1.5% atau RM2,250 akan dikenakan.

Kos seterusnya pula adalah performance fee yang juga dikenali sebagai profit sharing dengan pengurus dana sebanyak 20% ke atas jumlah kasar keuntungan pelaburan dan mengikut “keadah high watermark”. Contohnya jika kita melabur RM100,000 dan kita mendapat pulangan 50% menjadikan keseluruhan dana kepada RM150,000.

20% atau RM10,000 daripada untung bersih bernilai RM50,000 tadi akan dikongsikan dengan syarikat pengurusan. RM40,00 menjadi miliki kita, baki RM10,000 diberikan kepada pengurus dana.

Jika pelaburan mengalami kerugian atau keuntungan tidak melebihi keuntungan berdasarkan tempoh masa yang lalu, pengurus dana tidak layak menerima performance fee ini.

Segala charge yang disebut di atas untuk private mandate adalah berbeza antara syarikat-syarikat pelaburan dana.

Kos Private Mandate Mahal?

Ya, memang mahal jika dibanding dengan melabur sendiri dalam pasaran saham. Jadi, jika rasa boleh buat sendiri, silakan. Jika sudah bersedia, silakan labur. Jika belum, biarkan sahaja duit tadi dalam Tabung Haji atau ASB.

Kami sendiri berjaya buat sehingga empat(4) angka side income setiap 2 atau 3 bulan sekali dalam pelaburan saham. Semuanya tanpa mengganggu kerja hakiki.

Bagaimana nak melabur saham sendiri? Jika berminat dengan pasaran saham Malaysia, mula-mula kena buka akaun CDS. Baca lagi Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Jika berminat dengan pasaran saham global, mula-mula kena buka akaun saham global. Kemudian boleh beli saham-saham global gergasi yang patuh shariah.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.