Kisah Kejayaan Jutawan Mamasab

Dengar sahaja nama Mamasab, pasti kita semua tahu akan sebuah jenama kek yang kini viral dan telah menghasilkan jualan sehingga RM102 juta. 

Walaupun terkesan dengan PKP pada tahun 2020 yang lalu, namun Mamasab bersama kumpulannya tetap berjaya meraih jualan yang tinggi.

Jom kita lihat kisah kejayaan Jutawan Mamasab.

Bermula Dari Dapur Rumahnya Sendiri

Di awal penglibatannya dalam dunia bisnes bakeri, beliau telah memulakan bisnes tersebut hanya melalui dapur rumahnya sendiri. Pada awalnya, beliau banyak mempelajari resepi kek daripada kelas dan juga melalui Youtube. 

Siti Noor Sabrina Soobri atau lebih mesra dengan panggilan Mamasab ini juga merupakan bekas radiographer di sebuah hospital Lembah Klang.

Selepas perniagaan daripada rumahnya bertambah maju, beliau mula membuka kedai bakeri dan mengupah beberapa orang staf. Wah, semangat keberaniannya patut kita semua contohi! 

Baru-baru ini, Mamasab telah memperolehi anugerah Nona Best Networking Business Award di Majlis Anugerah Nona Superwoman Award 2020. Bagi beliau, kejayaan tersebut merupakan memori indah buatnya dan hasil daripada sifat tidak kenal erti putus asa walaupun pelbagai cabaran telah mendatang.

Ilmu Adalah Tonggak Kejayaan Utama Mamasab

Mamasab berkongsi bahawa kejayaannya juga datang daripada ilmu perniagaan yang dipelajarinya. Bagi meningkatkan lagi mutu perniagaannya, Mamasab telah mempelajari ilmu perniagaan daripada pelbagai latar belakang pakar perniagaan. Hasil daripada sifat tidak mengenal erti malu dalam menuntut ilmu, lihatlah hasil Mamasab sekarang!

Mempunyai Strategi Perniagaan Yang Berkesan

Jualan kek Mamasab sememangnya dikatakan viral sehingga ke seluruh Malaysia dengan strategi perniagaannya yang berkesan. Antaranya adalah melalui media sosial dan rangkaian ejen serta dropship yang ramai. Kini, Mamasab telah memiliki 12 cawangan di seluruh Malaysia.

Kesimpulannya, kejayaan Mamasab patut menjadi ikutan oleh kita semua terutamanya bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Selain itu, permulaan awal bisnes Mamasab juga boleh dikatakan agak kecil kerana bermula daripada dapur rumah sendiri.

Jadi selepas ini, ketika menikmati kek Mamasab, hayati juga kisah kejayaan beliau untuk berjaya.

Previous ArticleNext Article

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA