Kisah Kejayaan Pengasas Ferrari

Kereta Ferrari sememangnya merupakan sebuah kereta mewah yang terkenal dan diidam-idamkan oleh ramai orang. Namun di sebalik kejayaan jenama kereta ini, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh pengasas Ferrari sebelum berjaya.

Tahukah anda, siapa insan yang mengeluarkan kereta Ferrari? Apakah kisah kejayaan beliau?

Jom kami kongsikan kisah kejayaan pengasas Ferrari yang menarik ini.

Kisah Pengasas Ferrari Dan Tertubuhnya Ferrari

Ferrari tidak hanya terkenal dengan kereta sport yang megah, kereta lumba formula 1 yang memekakkan telinga tetapi juga untuk kekuatan, kepantasan dan kegembiraan yang dialami oleh pemandunya. Jadi, sekiranya anda melihat kereta Ferrari, anda harus tahu bahawa ianya dikeluarkan oleh Enzo Ferrari.

Kredit Gambar: Ferrari

Enzo Ferrari, dilahirkan pada tahun 1898, yang pada awalnya mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi seorang pemandu kereta lumba.

Namun, Perang Dunia Pertama memaksa impian beliau terhenti kerana terpaksa menyertai Tentera Darat Itali pada usia 16 tahun. Pada awalnya, kehidupan beliau mengalami banyak kemunduran. Di antaranya adalah disebabkan oleh peperangan tersebut dan kematian ayah dan abangnya.

Akibat daripada kejadian tersebut, beliau telah memohon pekerjaan di syarikat pengeluaran kereta Itali iaitu FIAT, tetapi telah ditolak. Percubaan Enzo Ferrari tidak berjaya untuk bekerja di FIAT telah membawanya ke pasukan perlumbaan CMN.

Selepas itu, beliau telah menjadi ketua perlumbaan bagi kumpulan Alfa Romeo.

Ferrari Dan Alfa Romeo

Pada tahun 1937, beliau telah meninggalkan Alfa Romeo kerana kegawatan ekonomi pada waktu tersebut. Tanpa mengenal erti putus asa, beliau telah membuka syarikat alat ganti kenderaan kepada pasukan perlumbaan. Semasa Perang Dunia Kedua, syarikatnya juga terlibat dalam penyumbangan peralatan kenderaan ketenteraan.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, beliau telah mengasaskan Ferrari. Beliau juga telah mengasaskan kumpulan F1 dan mula mengambil bahagian di dalam kejohanan Formula 1.

FIAT Melabur Saham Ferrari

Kredit Gambar: Fiat Group World

Pada tahun 1969, FIAT telah menyertai pelaburan saham di dalam syarikat Ferrari sebanyak 50% yang membawa kepada pengembangan kilang dan penciptaan kereta jalanan yang baru. Enzo Ferrari bersara pada tahun 1973 dan meninggal dunia pada tahun 1988.

Kejayaan Ferrrari adalah disebabkan oleh semangatnya yang tidak kenal erti putus asa. Beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran, termasuklah pemergian orang yang tercinta.

Selain daripada itu, beliau juga berani mencuba untuk membuat sesuatu yang baru dengan bersungguh-sungguh. Kini, nama Enzo Ferrari telah menjadi lagenda bagi para pencinta bidang automotif.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.