Kisah Kejayaan Ralph Wanger

Berkecimpung dalam dunia pelaburan saham, kita akan mendengar pelbagai kisah pelabur yang telah berjaya membuat pulangan luar biasa.

Kebanyakan pelabur yang berjaya ini pada mulanya pasti akan mengalami pelbagai rintangan, begitu juga dengan Ralph Wanger.

Namun, kisah kejayaan Ralph Wanger ini pastinya memberikan inspirasi buat kita semua.

Strategi Pelaburan Ralph Wanger

Sebelum melabur dalam syarikat, Ralph Wanger mencari syarikat yang kukuh daripada segi kewangan dan mempunyai peluang pertumbuhan yang besar di masa hadapan. Ini adalah kriteria jelas yang dicari oleh kebanyakan pelabur yang bijak.

Walaubagaimanapun, ramai pelabur mengabaikan cara yang dilakukan oleh beliau.

Ralph Wanger percaya bahawa keuntungan pelaburan hanya boleh didapati dengan strategi yang betul dan nilai pelaburan yang masuk akal.

Beliau juga telah menggunakan idea pelaburan yang berkonsepkan mengikut keadaan semasa seperti pertumbuhan KDNK dalam sesebuah negara.

Beliau juga berani dalam menentang trend pelaburan dan beliau telah membuktikannya pada akhir tahun 1990-an.

Ambil Masa Untuk Membuahkan Hasil

Image by Nattanan Kanchanaprat from Pixabay

Ralph Wenger telah mencari beberapa perniagaan yang berpotensi untuk berjaya tetapi ‘cash flow’ amat rendah dan murah, dalam strategi pelaburannya pada tahun tersebut.

Hasilnya mula terbukti berkesan pada bulan Mac 2000 hingga April 2001. Beliau telah memperolehi peningkatan keuntungan sebanyak 16.8%.

Wang yang dilaburkannya pada bulan Jun 1970 iaitu sebanyak USD10,000 telah meningkat sebanyak hampir USD1.3 juta pada bulan Mei 2003.

Perkara yang sama terjadi kepada wang pelaburannya dalam indeks S&P 500 yang telah meningkat sebanyak USD400,000. Boleh dikatakan bahawa kejayaan tidak akan datang dalam masa yang singkat.

Ketika ramai pelabur lain memfokuskan pelaburan dalam industri automotif, emas, perladangan dan sebagainya, Ralph Wanger lebih tertarik untuk melabur dalam salah satu syarikat perisian permainan video yang sememangnya membuahkan hasil.

Pada mulanya, beliau ditertawakan oleh rakan-rakannya kerana beranggapan pelaburan tersebut tidak akan mendatangkan pulangan yang menguntungkan.

Formula Ralph Wanger

Kunci kejayaan Ralph Wanger adalah kesabarannya dalam memilih syarikat pelaburan yang betul serta bijak dalam mengatur strategi pelaburan.

Selain daripada itu, beliau juga tidak mengendahkan sindiran dan ejekan daripada kawan-kawan.

Sumber Rujukan:

Kita selalu dengar orang cakap, beli saham, jual saham, main saham. Walaupun tahu pelaburan saham adalah antara instrumen paling cepat memberi pulangan yang baik, masih ramai yang belum terlibat.

Apakah faktornya?

  • “Takut rugi”
  • “Saham kena ada modal yang besar!”
  • “Sibuk bekerja, tiada masa nak tengok saham”
  • “Saham ni susah”

Manusia memang takut dengan benda yang dia tak tahu. Belajarlah lagi. Masih belum terlambat untuk bermula.

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

MGB: Raih Kerja Pertama Di Pulau Pinang

Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baru mencecah MYR0.60 daripada MYR0.64 melalui kaedah SOP, potensi kenaikan harga 43% dengan kadar hasil dividen sekitar 7% untuk FY26F

MGB telah mendapatkan kontrak bernilai MYR200.7j daripada Lien Dak Builders untuk cadangan pembangunan kuarters buruh berpusat di Penang Science Park South – yang terletak di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang – untuk syarikat yang dikenali sebagai Urban Pinnacle. Garis masa penyiapan untuk kontrak ini ialah 24 bulan, dengan tarikh mula pembinaan masih belum ditetapkan.

Tawaran kerja ini merupakan yang pertama buat MGB untuk FY26

Juga kerja pertamanya di Pulau Pinang. Kami ambil maklum bahawa MGB beransuransur mendapatkan pelanggan baru sepanjang tahun lalu. Antaranya termasuklah projek perumahan mampu milik daripada UDA Holdings bernilai MYR118.5j di Kuala Lumpur (ditawarkan pada Okt 2025), dan menara pangsapuri perkhidmatan bernilai MYR186j untuk CI Medini di Iskandar Puteri, Johor (ditawarkan pada Ogos 2025).

Berdasarkan buku pesanan tempatan terkini yang kami anggarkan bernilai sekitar MYR1.2bn (selepas mengambil kira kerja terbaru yang diraih) – kerja-kerja pihak luar merangkumi kira-kira 30-37.5%, manakala 62.5% lagi ialah kerja dalam daripada syarikat induknya, LBS Bina (LBS MK, BELI, TP: MYR0.72). Tambahan itu, MGB mempunyai baki kerja bernilai MYR444j (50% saham berkesan MGB: ~MYR222j) berkaitan projek di Madinah, Arab Saudi.

Walaupun kami sedar akan risiko yang timbul dari Timur Tengah

Perniagaan pembangunan hartanah MGB dijangka kekal kukuh, disebabkan oleh projekprojek yang sedang berjalan ini: Idaman Cahaya Fasa 2, Idaman Sari, Saujana Indah Fasa 1 dan 2 – keseluruhannya, jualan belum dibil untuk projek-projek ini mencecah kira-kira MYR423j. Sementara itu, LBS Bina merancang untuk melancarkan projek-projek baru bernilai MYR2.3bn pada FY26 berbanding MYR1.1bn pada FY25, yang mungkin memberikan manfaat kepada MGB. Selain itu, kumpulan ini mempunyai perancangan projek-projek hartanah baru (termasuk projek perumahan mampu milik) yang menawarkan prospek penjanaan perolehan yang baik – jumlah GDV bagi projek-projek ini mencecah >MYR1bn, dan kebanyakannya terletak di Lembah Klang.

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami

Tawaran kerja terbaru ini termasuk dalam andaian penambahan kerja kami untuk FY26F sebanyak MYR800j (MYR600j bakal diterima dari Malaysia dan selebihnya dari Arab Saudi). Walaupun tiada penyelarasan dibuat pada ramalan perolehan kami, kami menurunkan TP yang diperoleh melalui kaedah SOP kepada MYR0.60 (dengan kiraan premium ESG 0%) kerana kami sekarang memberikan P/E sasar lebih rendah sebanyak 11x (daripada 12x) bagi mencerminkan risiko-risiko yang berpotensi berlaku berkaitan konflik di Timur Tengah. MGB mempunyai tender pembinaan bernilai lebih kurang SAR800j di Arab Saudi.

Prospek

Faktor-faktor pemangkin utama untuk saham ini ialah: Pembangunan Taman Perindustrian Kertih Terengganu yang lebih cepat daripada yang dijangka (anggaran GDV: MYR747j), dan meraih lebih banyak kerja pembinaan di luar Lembah Klang. Risiko utama: Kemerosotan pasaran hartanah yang tidak diduga.

Faktor Pemacu Utama

i. Penambahan buku pesanan
ii. Penggunaan sistem bangunan berindustri atau IBS yang semakin tinggi.

Risiko Utama

Kemerosotan pasaran hartanah yang tidak dijangka

Profil Syarikat

MGB menerusi anak-anak syarikatnya menyediakan perkhidmatan pengurusan pembinaan, reka bentuk binaan dan perancangan prapembinaan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.