Andrew Carnegie: Kisah Penuh Inspirasi Dermawan Terkenal

Pernahkan anda dengar nama Andrew Carnegie? Beliau adalah peneraju kepada pembangunan industri besi di Amerika Syarikat.

Kisah hidupnya telah menjadi inspirasi kepada setiap golongan masyarakat untuk lebih berjaya.

Beliau juga telah berjaya membawa gelombang philantrophist kepada golongan kaya yang lain untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Macam menarik bukan? Jom kita baca kisah selanjutnya mengenai beliau.

Andrew Carnegie dilahirkan pada 25 November 1835 di Dumfermline, Scotland. Bapanya merupakan seorang tukang tenun. Jadi zaman kanak-kanaknya tidaklah begitu senang.

Pada usia remaja, beliau bersama keluarganya telah berhijrah ke Allegheny, Pennsylvania untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Dengan berbekalkan wang hanya satu US Dolar, beliau menjejakkan kaki ke Amerika.

Disini, beliau telah mendapatkan pekerjaan pertamanya di sebuah kilang tekstil dengan gaji sebanyak USD1.20 seminggu, Nilainya pada zaman sekarang bersamaan dengan USD36.36.

Pada tahun 1849, beliau telah bertukar pekerjaan dengan menjadi seorang telegrapher pula.

Beliau merupakan pekerja yang sangat rajin dan berdedikasi. Beliau dapat mengingati setiap lokasi perniagaan di Pittsburgh dan juga wajah-wajah orang penting.

Ini akhirnya telah menjadi sesuatu  yang berguna kepadanya di masa hadapan.

Dalam masa setahun sahaja, beliau telah dinaikkan pangkat kepada promoter. Namun beliau tidak berhenti di situ sahaja.

Minatnya dalam belajar turut mendapat sokongan penuh daripada Colonel James Anderson yang telah membuka perpustakaan peribadinya setiap hari Sabtu untuk remaja yang bekerja. Semangatnya inilah yang akhirnya membuatkan beliau menjadi seorang yang berjaya pada zamannya.

Pada tahun 1853 pula, beliau telah bekerja di Pennsylvania Railroad Company. Bertitik tolak daripada sinilah beliau mula mengecap lebih banyak kejayaan.

Beliau telah melabur dalam industri keretapi. Beliau telah mendapat keuntungan yang besar dibantu dengan Perang Saudara yang berlaku ketika itu.

Setelah itu, beliau beralih pula ke industri baja dengan menubuhkan dua perusahaan yang berkaitan dengan baja iaitu Keystone Bridge Works dan Union Ironworks. Pelaburannya dalam industri inilah yang membuatkan beliau menjadi orang terkaya dunia ketika itu.

Beliau turut melabur dalam industri yang berkaitan dengan baja di seluruh Amerika Syarikat. Hasil usahanya itu telah membuatkan Amerika menjadi pengeluar baja terbesar mengalahkan England.

Pada tahun 1901 pula, untuk memudahkan urusan setiap syarikatnya, Carnegie telah menggabungkan kesemua syarikat berkaitan bajanya menjadi satu perusahaan tunggal.

Lalu terbentuklah United Steels Corporation (USS). Syarikat ini telah mencatat sejarah menjadi syarikat yang memiliki nilai pasaran tertinggi iaitu sebanyak USD1 juta.

Selepas penggabungan ini selesai, Carnegie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau kemudian menumpukan perhatiannya dalam kerja-kerja amal dan menjadi philanthropist atau dermawan terkenal.

Kredit Gambar: wikipedia.org

Tahukah anda? Hampir 90% kekayaannya telah digunakan untuk tujuan amal kebajikan. Antara sumbangannya ialah penubuhan Carnegie Libraries, Carnegie Mellon University dan Carnegie Hall.

Kisah perjalanan hidupnya ini telah menjadi inspirasi oleh jutaan orang. Semoga kita juga akan terinspirasi dengan kisah ini.

Jangan mudah berputus asa dalam kehidupan, dan jangan pernah jemu untuk memajukan diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat.

Kredit Gambar: wikipedia.org

Sumber Rujukan:

Sehingga ke hari ini, saham syarikat United Steels Corporation didagangkan di pasaran saham Amerika Syarikat.

Kredit: Trading View

Sepanjang tahun ini, harga saham United Steels Corporation telah pun meningkat 54%.

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA  dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.

Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat  High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.