Liu Zhen: Wanita Di Sebalik Aplikasi TikTok

Di sebalik kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita yang berada di belakangnya. Itulah ungkapan popular yang sering digunakan oleh masyarakat kita untuk menggambarkan pentingnya peranan seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki.

Pada artikel yang lepas kita telah melihat sedikit latar belakang syarikat yang terkenal iaitu ByteDance. Ianya telah diasaskan oleh Zhang Yiming dan menjadi gergasi di dalam dunia teknologi sehingga menjadi pencabar terdekat kepada syarikat media sosial yang paling popular buat masa ini iaitu Facebook.

Tahukah anda selain Zhang Yiming iaitu pengasas kepada ByteDance yang mana merupakan pemilik aplikasi TikTok, syarikat ini dibantu oleh seorang wanita yang cukup mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan syarikat teknologi.

Wanita tersebut adalah Liu Zhen, insan yang sangat penting dalam perkembangan aplikasi TikTok terutamanya di Amerika Syarikat dan semakin popular di seluruh dunia.

Beliau merupakan graduan dari Universiti Renmin dan menyambung pengajiannya di dalam jurusan undang-undang di Universiti Berkeley, California. Setelah tamat pengajian didalam jurusan undang-undang,dia bekerja di sebuah firma perundangan di Fenwick & West LLC.

Firma guaman ini merupakan firma guaman yang terkenal dalam urusan pembelian atau pengambilalihan syarikat teknologi di Lembah Silikon.

Setelah bekerja selama 9  tahun di firma guaman tersebut, pada tahun 2015 beliau telah berjaya  menarik perhatian Travis Kalanick. Pengasas Uber ini telah mengambil Liu Zhen untuk bekerja dengan Uber.

Beliau dilantik sebagai Senior Vice President and Head of Strategy yang bertanggungjawab di dalam pengembangan operasi Uber di China pada ketika itu. Dia juga merupakan ahli keluarga orang yang berpengaruh di dalam syarikat teknologi di China yang mana merupakan anak saudara kepada pengasas syarikat Lenovo, Liu Chuanzhi dan sepupu kepada Liu Qing (Jean Liu) presiden syarikat Didi.

Jodoh bersama dengan Syarikat Uber tidak kekal lama kerana Uber tidak dapat berkembang dengan lebih baik akibat persaingan daripada Syarikat Didi. Akhirnya Uber telah menjual semua pegangan pasaranya di China kepada Didi.

Pada tahun 2016, Zhang Yiming berjaya memujuknya untuk bekerja dengan Syarikat ByteDance dan beliau dilantik sebagai Senior Vice President of Corporate Development. Zhang Yiming yang tidak mempunyai pengalaman di dalam pasaran teknologi Amerika Syarikat telah mengambilnya bagi mengembangkan lagi portfolio ByteDance di negara itu.

Pada tahun yang sama, ByteDance telah melancarkan satu aplikasi yang dikenali sebagai Douyin yang merupakan sebuah aplikasi muzik berbentuk pendek yang berjaya menarik golongan muda menggunakan aplikasi tersebut. Douyin kemudiannya dijenamakan sebagai TikTok di pasaran antarabangsa.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Liu Zhen adalah membeli sebuah syarikat yang hampir sama dengan TikTok iaitu Musical.ly.

Pada tahun 2018, ByteDance telah membeli Musical.ly dan seterusnya menggabungkan aplikasi tersebut ke dalam TikTok di mana ia satu strategi yang sangat bijak bagi menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan pengguna sedia ada.

Gandingan mantap di antara Zhang Yiming dan Liu Zhen menjadikan aplikasi TikTok menguasai pasaran media sosial dunia begitu berjaya sehingga Facebook sendiri akui bahawa aplikasi TikTok tersebut menguasai bilangan pengguna mereka dalam masa yang sangat singkat berbanding dengan Facebook.

Setelah hampir 4 tahun bekerja dengan ByteDance, Liu Zhen akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya itu di atas urusan peribadi.

Sumbangannya terhadap perkembangan ByteDance sehingga menjadi salah sebuah syarikat yang berpengaruh di dalam media sosial sungguh luar biasa.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kisah Comeback : Garmin Juga Pernah Hilang Arah

Garmin dulunya penunjuk arah jutaan pemandu di seluruh dunia.
Tapi satu masa dulu, syarikat yang selama ini membantu orang lain mencari jalan… mula hilang jalannya sendiri.

Pada era 2000-an, nama Garmin cukup gah. Ia sinonim dengan peranti GPS — alat navigasi yang menjadi teman setia pemandu seluruh dunia. Kalau beli kereta tanpa GPS Garmin masa tu, rasa macam “tak cukup canggih”.

Tapi teknologi bergerak pantas.
Smartphone muncul dengan peta percuma — Google Maps, Waze, Apple Maps — dan tiba-tiba semua orang boleh bernavigasi hanya dengan telefon di tangan.

2007–2010: Tempoh Kejatuhan

  • 2007–2008: Garmin berada di puncak kegemilangan dengan jualan peranti GPS untuk kereta.
  • 2009–2010: Jualan dan harga saham mula jatuh disebabkan:
    • Kemunculan Google Maps (2008) dan navigasi percuma di smartphone.
    • Telefon pintar menggantikan keperluan alat GPS khas.
  • Harga saham jatuh dari USD 120+ (2007) ke sekitar USD 30–40 (2010).
  • Jualan mula menurun.

Jualan Garmin menjunam. Pasaran yang dulu mereka kuasai kini lenyap. Ramai pemerhati pasaran meramalkan jenama ini akan mengikut jejak Nokia, Kodak, dan BlackBerry — tenggelam dilanda arus perubahan.

Tapi Garmin ada jalan cerita yang berbeza.

Garmin Buat Pusingan Strategik

Garmin sedar: mereka tak boleh bersaing secara terus dengan telefon pintar. Tapi itu bukan penamat — cuma isyarat untuk ubah haluan.

Mereka mula tumpu kepada tiga segmen yang lebih niche, lebih stabil dan tak mudah digantikan oleh aplikasi percuma:

1. Wearables & jam sukan

Garmin cipta jam tangan GPS khas untuk pelari, atlet, pendaki gunung, penyelam dan pengembara. Produk ini dibina untuk ketahanan, ketepatan dan fungsi sukan profesional — kelebihan yang tidak ditawarkan oleh telefon pintar.

2. Navigasi marin & penerbangan

Mereka masuk ke industri maritim dan aviasi, membekalkan sistem navigasi serta alat kawalan untuk kapal layar dan pesawat kecil. Segmen ini sangat teknikal, kompleks — dan tak mungkin digantikan oleh aplikasi biasa.

3. Kualiti, bukan kuantiti

Garmin tidak cuba berlumba harga dengan Apple Watch atau Xiaomi. Sebaliknya, mereka hasilkan produk premium untuk pengguna yang serius — memberikan margin lebih tinggi dan pelanggan yang lebih setia.

Transformasi ini berhasil. Garmin bukan saja berjaya bertahan malah kembali berkembang.

Prestasi Kewangan:

TahunHasil (Revenue)PerubahanKeuntungan Bersih
2020USD 4.19 bilion+11.4%~USD 1.05 bilion
2021USD 4.98 bilion+19.0%~USD 1.15 bilion
2022USD 4.86 bilion–2.5%~ USD 0.9 bilion
2023USD 5.23 bilion+7.6%~ USD 1.29 bilion
2024USD 6.30 bilion+20.4%~USD 1.50 bilion

Revenue Garmin meningkat dari USD 4.19B pada 2020 ke USD 6.30B pada 2024, dengan pertumbuhan kukuh—kecuali sedikit surut pada 2022.

Saham Garmin (GRMN) kini bernilai sekitar USD 227.89 (Julai 2025), dan telah meningkat lebih 30% dalam tempoh 12 bulan lalu.

Apa Pelajaran Untuk Pelabur?

Garmin adalah bukti bahawa perubahan yang betul boleh selamatkan masa depan.

Mereka tak kejar semua orang. Tapi bila mereka ubah strategi dan fokus pada kekuatan sebenar, mereka jadi jenama yang dicari oleh golongan yang tahu apa yang mereka perlukan.

Dalam pelaburan, jangan hanya cari saham yang sedang naik.
Cari juga syarikat yang sedang berubah untuk menjadi lebih baik.

Kadang-kadang, yang paling senyap, itulah yang paling stabil.
Yang pernah jatuh, itulah yang paling banyak belajar.
Dan yang bangkit semula, itulah yang paling bernilai untuk jangka panjang.

Berikut adalah beberapa kedai Garmin rasmi di Malaysia, termasuk pengedar bertauliah:

Garmin Brand & Service Centre (AECO Technologies)
Kuala Lumpur, Malaysia

Garmin Store @ Watch Empires (Shah Alam)
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!