Perjalanan Politik Joe Biden Sehingga Bergelar Presiden Amerika Syarikat Yang Baru

Pilihan raya presiden di Amerika Syarikat baru saja tamat dan seperti yang sedia maklum, Donald Trump tidak berjaya mempertahankan kerusi presiden untuk penggal kedua selepas ditewaskan oleh Joe Biden.

Sepanjang empat tahun Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Donald Trump, banyak polisi yang dilakukan oleh beliau yang tidak menepati dengan cita rasa rakyat Amerika Syarikat yang menyebabkan dia tewas untuk pemilihan penggal kedua.

Dengan isu dalaman yang tidak berkesudahan, Donald Trump dilihat gagal untuk menangani pandemik Covid-19 ini di mata rakyat mereka. Beliau juga merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama di alaf baru ini yang gagal mempertahankan kedudukanya sebagai presiden bagi penggal kedua.

Joe Biden bakal mengangkat sumpah pada 20 Januari tahun depan sebagai presiden yang ke-47 dalam sejarah negara Amerika syarikat.

Asal-usul Joe Biden

Joe Biden dilahirkan pada tahun 1942 di Scranton, Pennsylvania dan merupakan seorang graduan lulusan undang-undang dari Universiti Delaware. Beliau mula menyertai dunia politik pada tahun akhir 1960-an dan menjadi salah seorang senator paling muda di dalam sejarah negara tersebut.

Beliau memasuki senat ketika usianya hanya 29 tahun pada tahun 1972. Sebulan selepas memasuki senat Amerika Syarikat, Joe Biden ditimpa musibah yang sangat besar dalam hidupnya apabila kehilangan ahli keluarganya akibat kemalangan jalanraya. Isteri pertamanya dan anak perempuannya telah meninggal di dalam kemalangan tersebut dan dua anak lelakinya mengalami kecedaraan parah.

Beliau yang sukar menerima kenyataan tersebut pernah terlintas untuk mengambil nyawanya sendiri. Beliau yang kemudian sedar bahawa bunuh diri bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi. Joe Biden kemudiannya bangkit dan meneruskan kariernya sebagai ahli politik dan berkahwin dengan isteri kedua pada tahun 1977.

Kredit Gambar: Express UK

Sepanjang bergelar ahli politik, Joe Biden telah bertanding untuk merebut jawatan presiden Amerika Syarikat sebanyak 3 kali sebelum berjaya pada tahun ini. Kali pertama adalah pada tahun 1988 yang menyaksikan beliau tewas dalam pemilihan tersebut.

Dua dekad kemudian, beliau turut bertanding untuk Parti Demokrat tetapi tewas di tangan Presiden Barack Obama pada ketika itu. Beliau kemudianya dilantik sebagai Vice President ketika Barack Obama menjadi Presiden bagi tempoh 2008 sehingga 2016.

Kredit Gambar: The Atlantic

Ketika pemilihan Presiden tahun 2016, Joe Biden tidak bertanding kerana beliau masih lagi sedih dengan kematian anak lelakinya pada tahun sebelum itu disebabkan kanser otak.

Pada tahun 2020, beliau tekad untuk bertanding merebut jawatan tersebut daripada Donald Trump. Kemenangan yang diperolehi oleh Joe Biden ini telah memberi gambaran yang jelas penolakan rakyat Amerika Syarikat terhadap polisi Donald Trump sebelum ini.

Beliau yang bakal menduduki rumah putih pada 20 Januari tahun depan dan telah membuat perancangan bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dlihat semakin parah akibat Covid-19 ini.

Kredit Gambar: TIME

Joe Biden bakal memulihkan hubungan luar dengan sekutu mereka terutamanya dari Kesatuan Eropah. Beliau juga akan memulihkan hubungan perang perdagangan yang telah berlaku di antara China dan Amerika Syarikat yang telah menyebabkan kerugian besar kepada kedua-dua negara ini.

Dengan kemenangan Joe Biden ini, ia merupakan satu era baru yang dinantikan oleh kebanyakan negara-negara di dunia dan kita bakal menyaksikan polisi Amerika Syarikat berubah di bawah pemerintahan beliau nanti.

Sumber Rujukan: https://www.standard.co.uk/news/us-politics/joe-biden-life-career-b40229.html

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.