
Kredit Gambar: BMW Group
Sub Topik
Sukar untuk kita melihat sebuah syarikat yang mampu menghasilkan barangan yang sangat berkualiti tinggi dan diterima pakai oleh hampir semua pelanggan mereka.
Apatah lagi jika syarikat tersebut menguasai dua industri yang berbeza dan kedua-dua industri tersebut mempunyai pelanggan yang berbeza.
Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh jenama Rolls-Royce yang merupakan sebuah syarikat yang berprestij dan sangat terkenal.

Mungkin ramai di antara kita yang pernah melihat kereta Rolls-Royce di dalam kaca televisyen yang dinaiki oleh gologan VVIP terkenal. Tetapi mungkin ramai di antara kita tidak tahu bahawa Rolls-Royce ini juga menghasilkan enjin kapal terbang dan jet yang berkualiti tinggi.
Di antara pelanggan tetap yang menggunakan enjin jet buatan Rolls-Royce adalah Airbus dan juga dan pasukan ketenteraan negara-negara Eropah.
Kereta buatan Rolls-Royce pula adalah dalam segmen kereta yang sangat mewah dan mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri. Berbanding dengan pesaingnya yang lain yang mengutamakan kelajuan, kereta buatan Rolls-Royce ini lebih mengutamakan keselesaan dan kemewahan.
Kereta keluaran mereka mempunyai aura tersendiri dan yang paling unik mengenai kereta ini adalah, kereta ini hampir sepenuhnya dibina menggunakan tangan manusia.
Permulaan Rolls-Royce

Rolls-Royce telah diasaskan oleh dua orang jurutera yang berasal dari England yang bernama Charles Stewart Rolls dan Frederick Henry Royce. Mereka mengasas syarikat ini pada tahun 1904 di bandar Manchester.
Pada ketika itu, kebanyakan syarikat kenderaan di Amerika Syarikat seperti Ford, mencipta kenderaan komersial untuk kegunaan orang ramai. Tetapi Rolls-Royce mencipta kenderaan bagi golongan yang berpendapatan tinggi.
Syarikat ini merupakan syarikat pertama yang menghasilkan kenderaan enam silinder pada tahun 1906.
Sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Pada tahun 1914, Rolls-Royce mula menceburi bidang aeroangkasa dan ketika Perang Dunia Pertama berlaku, syarikat ini adalah pembekal utama enjin jet pejuang untuk Britain.
Peranan Rolls-Royce semakin ketara dan penting kepada Britain apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kehebatan teknologi enjin buatan syarikat ini telah berjaya menjadikan pasukan tentera udara Britain digeruni pihak lawan.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, perkembangan aeroangkasa mereka lebih ketara berbanding dengan automotif . Syarikat ini mula mencipta enjin jet untuk tujuan komersial.
Rolls-Royce Muflis Akibat Silap Percaturan
Antara enjin jet yang merupakan ciptaan agung buatan Rolls-Royce adalah enjin jet Concorde. Rolls-Royce merupakan syarikat yang bertanggung jawab dalam menghasilkan jet penerbangan komersial yang sangat popular di era 1960-an.
Walaupun syarikat ini berjaya mencipta enjin jet terhebat di dunia pada ketika itu, Rolls-Royce tidak terlepas daripada membuat kesilapan.
Antara kesilapan yang terbesar pernah dilakukan oleh syarikat ini adalah apabila syarikat ini merebut kontrak untuk menghasilkan enjin jet penumpang untuk Lockheed L-1011 TriStar.
Syarikat tersebut merebut kontrak tersebut dan silap melakukan percaturan yang membawa kepada kemuflisan pada awal 1970-an.

Baca: Concorde, Ciptaan Terbaik Industri Penerbangan Yang Akhirnya Tersungkur
Kerajaan Britain terpaksa mengambil alih dan menyelamatkan Rolls-Royce. Pada dekad ini juga syarikat ini telah berpecah kepada dua bahagian, iaitu aeroangkasa dan automotif.
Bahagian automotif telah dijual kepada syarikat pelaburan Vickers PLC pada tahun 1980. Akhirnya pada tahun 1987, syarikat ini berjaya bangkit dan berdiri dengan sendiri tanpa bantuan kerajaan.

Pada tahun 1998, bahagian automotif Rolls-Royce telah dibeli oleh syarikat automotif terkenal Jerman iaitu BMW. Bahagian automotif Rolls-Royce di bawah BMW berkembang pesat dan menghasilkan kenderaan yang diminati oleh golongan kaya-raya.
Pada dekad terakhir yang lalu, jualan kenderaan Rolls-Royce telah meningkat dengan mendadak disebabkan ekonomi dunia berkembang dengan pesat sebelum berlakunya krisis pandemik ini.
Tahukah anda bahawa kita boleh beli saham BMW dan juga Rolls-Royce ini?
Sumber Rujukan: Britannica
First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti Facebook, Google, Tesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
• Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma
Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street