Senarai Top 10 Rakyat Malaysia Yang Kaya-Raya Dengan Bermain Game

Di kala purata gaji rakyat Malaysia di sekitar RM2,500 sebulan, nampak gayanya ada segelintir rakyat Malaysia yang berjaya meraih sehingga jutaan ringgit hanya dengan bermain game. Persepsi masyarakat yang memandang mereka yang gemar bermain game sebagai seorang yang pemalas atau membuang masa, jom kita lihat senarai top 10 mereka yang berjaya dalam industri gaming ini.

Mereka inilah para atlet e-sukan di Malaysia yang semakin dikenali ramai.

(Penafian: Senarai ini adalah berdasarkan esportsearnings.com dan tidak termasuk gaji, penajaan dan sebagainya)

10. Lee “kYxY” Kong Yang

Jumlah Kemenangan: RM515,384

Beliau mula bermain Dota 2 pada umur 20 tahun, kemudian menyertai pasukan Orange Esports pada tahun 2013 di mana beliau menempa banyak kejayaan bersama pasukan tersebut.

9. Lim “Net” Wai Pern

Jumlah Kemenangan: RM623,374

Beliau juga merupakan pemain bagi pasukan Orange Esports dan menempa kejayaan setelah menyertainya pada tahun 2013.

8. Kam “Moon”  Boon Seng

Jumlah Kemenangan: RM827,935

Beliau pernah memasuki peringkat suku akhir pada The Boston Major 2016. Sekaranga dengan pasukan Mineski, yang telah memenangi Kejohanan Asia Dota 2 pada April yang lalu.

7. Yap “xNova” Jian Wei

Jumlah Kemenangan: RM1,195,358

Mula bermain secara profesional pada usia 16 tahun, kini beliau bermain dengan banyak pasukan seperti Who2Bet, Mineski, WarriorsGaming.Unity dan Clutch Gaming.

6. Adam Erwann Shah “Adam” bin Akhtar Hussein

Jumlah Kemenangan: RM1,486,246

Beliau bukan sahaja seorang pemain, tetapi juga seorang jurulatih. Kejayaan terbesar adalah bersama dengan pasukan Fnatic, di mana berjaya mendapat tempat keempat pada The International 2016 dengan memenangi hadian 1.4 juta US Dolar bersama-sama dengan MidOne, Ohaiyo dan DJ.

5. Chong “Ohaiyo” Xin Khoo

Jumlah Kemenangan: RM2,367,262

Seorang lagi pemain yang pernah menjadi sebahagian Orange Esports pada tahun 2013. Kejayaan terbesar adalah pada tahun 2016, di mana beliau memenangi hadiah bernilai $392,328 US Dolar pada kejohanan The International 2016 bersama-sama kumpulan Fnatic yang memenangi tempat keempat.

4. Tue “Ah-fu” Soon Chuan

Jumlah Kemenangan: RM2,404,748

Beliau menjadi jutawan segera apabila pasukan LGD.Forever Young yang disertai beliau telah memenangi kejohanan The International 2017. Hadiah kemenangan untuk beliau dan pasukan adalah $2.6 juta US Dolar.

3. Wong “ChuaN” Hock Chuan

Jumlah Kemenangan: RM3,017,875

Sudah sedekad lamanya beliau menghiasi arena gaming dalam dan luar negara, ChuaN pernah juga berhijrah ke China untuk bersama-sama pasukan Nirvana dan LGD.

2. Zheng “MidOne” Yeik Nai

Jumlah Kemenangan: RM3,199,542

Baru saja memulakan kerjaya sebagai seorang pemain profesional tiga tahun yang lalu, MidOne dikenali sebagai pemain Dota 2 terbaik dunia. Kejayaan terbesar adalah bersama-sama pasukan Fnatic yang telah memenangi tempat keempat pada kejohanan The International 2016.

Kini bersama dengan Team Secret, beliau dan pasukan telah meraih $125,000 US Dolar selepas memenangi tempat pertama di DreamLeague Season 9 dan $120,000 US Dolar selepas memenangi tempat keempat di Dota2 Supermajor yang berlangsung di China.

1. Chai “Mushi” Yee Fung

Jumlah Kemenangan: RM3,819,744

Pemain yang dikenali dengan nama Mushi di kalangan peminat Dota 2 ini berasal dari Rawang, Selangor. Beliau merupakan pemain e-sukan terulung tanah air dengan memenangi The International 2013 bersama-sama dengan pasukan Orange Esports pada tahun 2013. Kemudian pada tahun 2014, beliau memenangi tempat keempat pula dengan Team DK.

Kejayaan terbesar adalah dengan pasukan Fnatic, apabila berjaya membawa pulang $1.4 juta US Dolar setelah memenangi tempat keempat pada kejohanan The International 2016.

Sumber: Gamehubs

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.