William D. Gann: Sifu Terkenal Wall Street Yang Bergantung Hidup Dengan Seminar Saham?

Sejak kewujudan Wall Street di New York, bandar itu telah melahirkan ramai pelabur yang terkenal di dunia. Wall Street mula berkembang pada kurun awal kurun ke-20 di mana pada ketika itu, ramai orang telah mula celik saham di Amerika Syarikat.

Penerbitan dan maklumat mengenai saham juga semakin berkembang menyebabkan orang berpusu-pusu membeli saham pada ketika itu. Pada zaman itu juga, pedagang terkenal Jesse Livermore mula mendapat perhatian golongan pelabur saham kerana berjaya membuat spekulasi pada tahun 1905 sehingga menyebabkan pasaran Wall Street menjadi panik.

Selain Jesse Livermore, Richard D. Wyckoff , Charles Dow, Edward Jones dan ramai lagi merupakan pelabur terkenal dan merangkap penulis di pasaran saham. Salah seorang lagenda yang ada tetapi kurang dikenali adalah William D. Gann.

Sejarah Awal Kehidupan

Image by imaginationphotog from Pixabay

William Delbert Gann berasal dari Texas dan dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai ladang kapas. Beliau merupakan anak sulung daripada 11 orang adik beradik. Sejak dari kecil lagi, beliau sangat minat dengan membaca dan mengira.

Beliau belajar membaca melalui kitab Bible kerana ibu bapanya seorang yang berpegang teguh dengan agama. Beliau terdedah dalam dunia pelaburan sejak remaja lagi, apabila beliau dan bapanya terlibat dalam urusan jual beli komoditi kapas. Dari situlah, beliau belajar cara untuk berdagang dalam pasaran saham.

Ketika meningkat remaja, William D. Gann menghadiri kelas perniagaan pada waktu malam kerana pada waktu siang beliau bekerja di ladang kapas milik bapanya. Semakin hari, beliau semakin mahir dengan pasaran saham dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat yang sepatutnya untuk seorang pedagang saham iaitu Wall Street.

Pada awal usia 20-an, beliau ke New York dan bekerja di sebuah firma saham selama beberapa tahun sebelum menubuhkan syarikat broker sahamnya sendiri yang diberi nama W.D. Gann & Company.

Pada era 1920-an, beliau aktif mengeluarkan jurnal pelaburan untuk para pelabur baca mengenai pasaran saham. William D. Gann juga merupakan seorang penulis dalam ilmu pelaburan saham. 

Beliau banyak mengeluarkan buku hasil pemerhatian dan kesilapan yang dilakukan oleh pelanggan yang menggunakan syarikat brokernya untuk membeli saham.

Menggunakan Ilmu Astronomi Dalam Pemilihan Saham

This image has an empty alt attribute; its file name is jZ_N6sMiv5vWnSWSptE17YjSvI2yLVwHtUHqX-IBP3eUvoCq9kn6dFDlOY3VYfQIdpuvdHH9vV0vWTHZeLDu_AwF3D0e3u8MPkxvnf0AQXsh9hMnZbRi_QsttjTrnPfJMnuDgw=s0

Kredit Gambar: Cosmo Economics 

Antara trader lagenda di Wall Street, William D. Gann ini boleh dikatakan seorang trader yang misteri dalam pemilihan saham kerana beliau menggabungkan ilmu astronomi dan astrologi bersama matematik ketika membuat keputusan untuk melabur saham.

Pada era tersebut, kebanyakan ilmu astronomi ini terkenal dalam ilmu tilik nasib tetapi William D. Gann telah berjaya menggabungkan ilmu tersebut untuk digunapakai dalam pelaburan saham.

Beliau membangunkan pelbagai teknik pelaburan dalam pasaran saham dan yang paling terkenal adalah Gann Fan dan Gann Angle. Sehingga ke hari ini, masih ramai trader yang menggunakan teknik ini terutamanya jika melakukan trading dalam tempoh yang singkat.

Teori Yang Mencetuskan Kontroversi Di Kalangan Pelabur Saham

Antara teori terkenal yang diperkenalkan oleh William D. Gann adalah teori 60 tahun dan 90 tahun yang bakal merubah pasaran saham. Jika dilihat dan diperhatikan dengan betul, ramalan yang dilakukan oleh William D. Gann dalam teori 60 tahun berlaku ketika krisis The Great Depression pada tahun 1929. 

William D. Gann menjangka perkara tersebut kerana sebelum ini iaitu pada tahun 1869, berlakunya perang saudara Amerika Syarikat yang mengakibatkan krisis di pasaran saham. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan laporan tahunan pada tahun 1928 yang mengatakan bull market akan berakhir dalam tempoh yang terdekat dan kejadian The Great Depression pun berlaku.

Bagi teori 90 tahun pula, William D. Gann menjangkakan ekonomi dunia akan malap selepas 90 tahun dan teori tersebut jika diukur pada tahun 1929 sehingga kini, beliau menjangkakan pada tahun 2019, dunia akan menghadapi krisis ekonomi yang besar dan sekarang terbukti kita dilanda dengan masalah pandemik.

Beliau mengeluarkan teori tersebut kerana percaya bahawa apa yang berlaku di pasaran saham pada waktu lepas, pasti akan berlaku pada masa hadapan. Tiada sesuatu benda baru yang berlaku dalam pasaran saham.

Selepas era 1930-an, William D. Gann mula banyak menulis buku berkenaan dengan pasaran saham serta memfokuskan kelas-kelas saham untuk pelanggannya. Pada era 1940-an, beliau berpindah ke Miami dan memulakan hidup baru di sana.

Beliau juga mendakwa banyak pelaburan yang dilakukan olehnya dapat memberi pulangan yang lumayan kepada mana-mana individu yang menggunakan teknik yang diajarnya itu.

Disebabkan perkara tersebut, William D. Gann telah menggunakan kelebihan tersebut untuk mengenakan yuran yang mahal terhadap kelas yang diajarnya.

Kredit Gambar: Investopedia

Sesiapa yang ingin belajar menggunakan teknik William D. Gann ini dikenakan yuran sebanyak USD5,000, bersamaan dengan USD50,000 dengan nilai wang hari ini. Beliau mengajar sambil melabur dalam pasaran saham. 

Pendedahan Anak Beliau

William D. Gann meninggal dunia pada tahun 1955 dan meninggalkan legasinya yang tersendiri dalam dunia saham. Walaupun begitu, kontroversi turut menimpa beliau apabila anaknya mendedahkan bahawa William D. Gann hanya mampu menyara keluarganya melalui kelas saham, bukan melalui pelaburan saham.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA