Lelaki Ini Kongsikan 20 Perkara Yang Perlu Dibaiki Sebelum Bergelar Suami

Saya suka apple, awak suka oren,
Saya tak nak couple, tapi saya nak KAHWIN!

Bro, kalau dah jumpa yang berkenan, senyuman manis, sedap mata memandang, tetapi dia anggap kau kawan je, kau kena tenang. Kalau ada jodoh tak ke mana.

Rabak jugak kalau kena “friendzone” ni. Tapi kau sabar. Mungkin itu bukan jodoh kau.

Jadi sambil kau sabar tu, kenalah perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Persediaan sebelum kahwin bagi lelaki antaranya;

1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe/tunang atau bakal isteri buat pembiayaan peribadi (personal loan). Ini adalah panduan yang terbaik, iaitu simpan dulu, selebihnya baru belanja.

Gaji – Simpanan = Belanja

2. Tak perlu modified kereta sangat kalau setiap bulan gaji tinggal baki RM200 saja. Tak perlu juga tukar sport rim dengan tambah skirting. Lebih membazir siap ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar dah kenapa?

3. Tak menggelupur beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan baik. Ramai mentor-mentor kewangan di luar sana yang boleh bantu.

5. Apabila duit masuk kurang dan keluar lebih kencang, itu petanda awal kewangan kita bakal pincang. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup. Bukan rendahkan maruah ya. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulan-bulan lebih mampu dibayar.

6. Tambahkan kemahiran asas.

Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan. Paling tidak mesti tahu tukar mentol lampu , tukar gas masak , tukar minyak hitam kereta , tukar bateri kereta sendiri.

7. Berhenti beli majalah merapu seperti majalah kereta atau artis. Baca saja online. Melabur dalam ilmu punyalah berkira. Lebih baik beli majalah-majalah kewangan atau buku-buku pelaburan yang lebih bermanfaat.

8. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana tak perlu. Misalnya keahlian gym, golf, spa. Jika nak kekalkan badan sado tu, pergi je bersenam dekat taman rekreasi.

9. Tak perlu nak “reward yourself” sangat lah, jika dapat gaji terus reward yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.

11. Ada iPhone tetapi setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook memang tak guna. Download aplikasi untuk tracking kewangan. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang.

Boleh muat turun aplikasi “Money Manager Expense & Budget”, ataupun “My Tabung BNM” (dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia). Aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat bajet, memantau pendapatan, simpanan dan perbelanjaan. Download My Tabung dari Apple Store atau Google Play.

12. Beli barang terpakai, bundle pun ada yang ok juga. Tak perlu nak pakai yang berjenama. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Nak jadi macam Wak Doyok. Tukar pada jenama lebih murah, jenama baju dekat Mydin juga berkualiti.

13. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak.

14. Jangan beli kereta lagi jika masih bujang. Beli motor dulu. Beli je motor Honda EX5. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20, bukan sehari RM20! Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab “pakai Honda je.”

jimat cermat
gambar hiasan

15. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Tindakan ini lebih bijak dan salah satu cara berjimat-cermat sebab kau tahu kau bukan orang have-have.

16. Biar pakai motosikal tapi dah ada rumah sendiri, jadi tuan rumah. Duduk rumah percuma je. Tak macam kawan sejawat kau, pakai Honda Civic tapi masih menyewa.

17. Takut sangat awek lari sanggup belikan macam-macam dan usung dating sana sini. Perempuan kalau dah sayang kat kau tak akan kisah semua tu. Tetapi kalau dapat makwe yang asyik ajak dating ke tempat makan hipster, berhati-hati. Cuba tanya dia, “Nanti kalau lepas kahwin, kita terpaksa makan nasi lauk telur goreng dengan kicap awak sanggup tak?”

18. Berhenti merokok dan hisap vape. Orang cerdik tak akan bakar duit. Mereka semua melabur dan kembangkan duit.

19. Jangan tunggu gaji dah besar baru nak mula melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang sah dan halal. Pelaburan saham di Bursa Malaysia tu pun ramai yang tak tahu lagi.

Hari ini satu sumber pendapatan saja tidak cukup. Paling kurang kena ada pendapatan kedua iaitu dari sumber pelaburan. Bila berjaya dapat pendapatan ekstra tu jangan lupa berzakat.

20. BONUS : Kau jangan bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, lepas tu tinggalkan. Sebab cari calon ustazah nak buat bini. Masa bercinta nak yang cun, yang seksi. Bila nak kahwin cari yang ustazah, cari yang ada ciri-ciri keibuan.

Bro, jangan nak cari calon isteri yang sempurna sebab kau tak akan jumpa. Tiada manusia yang sempurna. Kekurangan itu saling melengkapi, kelebihan itu disyukuri.

Orang kata lepas kahwin, insyaAllah murah rezeki. Tetapi kita tetap perlu merancang dan buat persediaan lebih awal. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah tetap sebaik-baik perancang.

Kepada bakal suami di luar sana, mulakan sekarang.
Rancang kewangan dengan bijak.
Bina kekayaan…buatlah pelaburan sekarang.

Artikel ini diolah daripada konten Facebook Amir Syahir. Baca juga 5 Soalan Yang Si Gadis Moden Perlu Tanya Dekat Calon Suami

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Maybank Mengendalikan Lebih RM4 Trilion Transaksi Digital Sejak 2020, Bersamaan Dua Kali Ganda KDNK Malaysia

Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka Malaysia, hari ini menegaskan  semula komitmennya untuk menyokong penerimaan perbankan digital negara. Sejak pelancaran aplikasi MAE pada tahun 2020, Maybank telah mengendalikan lebih RM4 trilion transaksi digital dalam tempoh lima tahun, iaitu bersamaan dua kali ganda KDNK negara. Maybank terus memacu usaha rangkuman kewangan dan keterhubungan digital di Malaysia serta di seluruh ASEAN.

Aplikasi MAE menawarkan rangkaian menyeluruh ciri perbankan dan gaya hidup, sekali gus menjadikannya aplikasi perbankan mudah alih pilihan utama rakyat Malaysia bagi urusan  kewangan harian. Maybank terus menerajui perbankan digital, menduduki tempat pertama di Malaysia dari segi bilangan dan nilai transaksi merentasi perkhidmatan utama PayNet, termasuk pemindahan DuitNow dan pembayaran QR, FPX serta JomPAY.


Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank berkata bahawa inovasi digital sentiasa menjadi teras strategi Kumpulan Maybank. “Dari tahun ke tahun, kami terus menambah baik aplikasi MAE sehingga menjadi aplikasi gaya hidup kewangan bersepadu yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, disamping membantu mereka melakukan transaksi harian dengan lebih lancar, selamat dan diperibadikan.”


“Sejak pelancaran aplikasi MAE, kami telah menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dalam penerimaan perbankan digital, menonjolkan relevansi dan kepercayaan pelanggan terhadap aplikasi ini. Hari ini, kami berbangga dapat berkhidmat kepada 10.7 juta pengguna MAE, dengan 48% penguasaan pasaran bagi bilangan transaksi perbankan mudah alih di Malaysia. Seiring dengan penambahbaikan berterusan aplikasi MAE, focus kami kekal untuk membentuk pengalaman perbankan digital masa hadapan yang dibina berasaskan kehidupan pelanggan,” katanya.

Sebagai bank pertama di negara ini yang memperkenalkan pembayaran QR pada tahun 2017, Maybank terus menerajui  transformasi tanpa tunai, memperkasakan individu dan perniagaan untuk menghantar serta menerima pembayaran serta-merta melalui Imbas & Bayar Maybank tanpa caj transaksi. Jumlah keseluruhan transaksi Imbas & Bayar yang dilakukan melalui aplikasi MAE telah meningkat 51 kali ganda setakat Ogos 2025 berbanding dengan tahun 2020. Pada tahun 2024 sahaja, Maybank mencatatkan peningkatan 26% dalam pendaftaran pedagang baharu, sekali gus meluaskan penerimaan kepada lebih banyak premis makanan dan peruncit di seluruh negara.


Giorgio Migliarina, Ketua Pegawai Teknologi dan Digital Kumpulan, Maybank berkata bahawa aplikasi MAE mewakili visi Maybank untuk membina ekosistem digital yang lebih pintar dan inklusif, sekali gus memperkasakan pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih yakin, mudah dan terkawal. “Aplikasi MAE telah mentakrif semula perbankan harian dengan menggabungkan ciri gaya hidup dan kewangan dalam satu aplikasi. Aplikasi ini turut memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus matlamat kewangan mereka, membolehkan pelanggan mewujudkan hampir lapan juta Tabung, dalam memperkukuh tabiat simpanan dan perancangan kewangan jangka panjang.”


“Sembilan daripada setiap 10 pelanggan MAE Wallet menggunakan aplikasi ini secara aktif untuk urusan harian, dengan ramai yang menekankan faktor keselamatan dan sekuriti kukuh sebagai faktor utama. Kepercayaan ini mendorong kami untuk terus menambah baik aplikasi MAE agar dapat menawarkan lebih banyak nilai dan perlindungan kepada pelanggan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang memilih untuk menguruskan simpanan dan perbelanjaan mereka secara berasingan, MAE Wallet menawarkan fleksibiliti dan kemudahan dengan had sehingga RM10,000. Menawarkan tahap keselamatan yang setara dengan akaun simpanan dan akaun semasa Maybank, MAE Wallet memberikan keyakinan dan ketenangan  kepada pengguna dalam setiap transaksi.


Sempena ulang tahun kelima MAE, Maybank meraikan pencapaian ini dengan memberi ganjaran kepada pelanggan setia melalui kempen ‘MAE Turns 5’. Dari 30 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026, pelanggan boleh menikmati pulangan 5% setahun apabila mendepositkan minimum RM200 ke dalam MAE Wallet. Untuk menikmati pulangan tersebut yang dikira secara harian, pelanggan hanya perlu mendepositkan dana dan memasukkan rujukan penerima ‘MAETurns5’ sebelum 30 November 2025, serta mengekalkan jumlah tersebut dalam MAE Wallet mereka sehingga tamat kempen.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen MAE Turns 5, sila layari maybank.my/MAETurns5.