3 Sebab Bangsa Yahudi Berjaya Kuasai Ekonomi

Bangsa Yahudi merupakan bangsa yang tidak asing lagi terutamanya di kalangan umat Islam berikutan konflik yang berlaku sejak beribu tahun dahulu.

Kita tak dapat nafikan bahawa mereka sedang menguasai ekonomi dunia pada hari ini. Ianya merupakan salah satu faktor yang membuatkan mereka kuat.

Tapi sebelum itu, jom kita tengok syarikat-syarikat terkemuka yang telah dibangunkan oleh orang Yahudi di Amerika Syarikat:

Kredit: Jewish Virtual Library

Manakala orang Yahudi yang ada di dalam tampuk pemerintahan Presiden Joe Biden yang baru:

Kredit: Jewish Virtual Library

Banyak juga jawatan penting yang dipegang oleh mereka di negara ekonomi terbesar dunia.

Jom kita tengok beberapa sebab mengapa bangsa Yahudi ini berjaya menguasai ekonomi seperti berikut:

1. Ilmu

Mereka memang pentingkan ilmu sejak dari kecil lagi. Apabila pasangan suami isteri disahkan akan menerima cahaya mata, si ibu akan menjaga kandungannya dengan mengambil makanan-makanan sihat bagi membantu perkembangan otak si manja.

Semasa mengandung, ibu juga akan membuat latihan matematik ringkas bagi merangsang otak bayi. Dari kecil sampai ke besar, mereka amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Jadi tidak hairanlah mereka memiliki kepintaran yang luar biasa.

2. Sokongan Daripada Bangsa Sendiri

Bangsa Yahudi juga terkenal sebagai bangsa yang menyokong di kalangan mereka. Di Amerika, terdapat sebuah badan yang dikenali sebagai Jewish Chamber of Commerce.

Badan ini berperanan untuk membantu mereka yang berbangsa Yahudi untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Jika anda seorang yang berbangsa Yahudi dan gagal dalam perniagaan, mereka akan membantu anda untuk membangunkan semula perniagaan.

3. Sejarah Lampau

Kisah kesengsaraan bangsa Yahudi ini bukanlah bermula sejak daripada pemerintahan Hitler tetapi telah tercatat sejak beribu tahun dahulu. Mereka sering ditindas dan dihalau dari sesebuah negara sehinggakan mereka tidak memiliki negara mereka sendiri.

Ini telah membuatkan mereka menguatkan semangat dan berazam agar mereka tidak akan ditindas dan kembali merempat.

Jadi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib mereka serta keturunan mereka. Semangat inilah yang membuatkan mereka berjaya dalam hidup.

Jadi mereka bekerjasama sesama sendiri untuk membangunkan ekonomi di kalangan mereka.

Sumber Rujukan: Usahawan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Notifikasi PCB Diperkenal Melalui e-Mel – LHDN

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui e-mel telah mula dilaksanakan mulai 17 Sept lepas, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos dan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan oleh pembayar cukai menerusi portal MyTax.

 “Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN dan memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telah diremitkan dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing.

“Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital dan menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pembayar cukai,” katanya.

Sehubungan dengan itu, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.

Selain itu, semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB, manakala maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan “Lejar” yang disediakan di portal MyTax.
— BERNAMA