Sub Topik
Pasti ramai yang berasa keluh kesah apabila mendapat tahu permohonan bank mereka tidak diluluskan. Namun ia bukan bermakna pinjaman anda akan terus-menerus ditolak oleh pihak bank.
Industri perbankan kini lebih mempamerkan tahap persaingan yang sihat disebabkan oleh faktor ekonomi yang semakin berkembang. Oleh yang demikian, segala proses permohonan pinjaman perlu diteliti dan disemak dengan penuh sistematik.
Jangan mudah bersangka buruk apabila permohonan ditolak oleh pihak bank. Kaji dan lihat semula sebab-sebab permohonan anda ditolak. Berikut adalah 4 sebab utama permohonan anda ditolak oleh pihak bank.
1. Salah Pilih Bank
Kalau nak tahu setiap bank mempunyai syarat kelayakan yang berbeza-beza. Kebarangkalian untuk mendapat kelululusan juga berbeza-beza mengikut bank.
Sekiranya anda memohon pinjaman di beberapa bank dan kemudiannya ditolak, rekod tersebut akan kekal dan menyebabkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman di kemudian hari meskipun anda memnuhi syarat kelayakan. Rekod ini dapat dijejaki oleh Bank Negara Malaysia.
Oleh itu, cuba tanya dulu rakan-rakan atau banker itu sendiri sebelum membuat permohonan. Kalau rasa-rasa peratusan untuk lulus itu agak tipis, usah buang masa.
2. Status Buruk Dalam CCRIS
Sekiranya anda mempunyai mana-mana akaun pembayaran balik yang tidak berapa cantik, ini menyebabkan rekod anda bertanda merah pada CCRIS anda.
Secara amnya, pihak bank tidak akan meluluskan permohonan anda apabila mendapati rekod anda dalam CCRIS tidak berapa elok. Lagi sukar jika anda tiada langsung berhutang dengan mana-mana institusi perbankan sebelum ini. Ini menyebabkan anda tiada ‘track record’ dan kebanyakan bank tidak sukakan ini.
Untuk mengatasinya, cuba pastikan rekod pembayaran balik anda untuk 12 bulan sebelum ini berada dalam keadaan yang baik. Dan sekiranya anda belum pernah berhutang dengan mana-mana bank pula, cuba apply dan guna kad kredit untuk tempoh 3 bulan. Tapi dah guna, pastikan anda bayar penuh setiap bulan.
3. NIsbah Hutang Yang Tinggi
Anda perlu tahu nisbah hutang kepada pendapatan, kerana ianya amat penting bagi memastikan pinjmaan anda diluluskan. Inilah yang menjadi rujukan penilaian oelh pihak bank bagi memastikan tahap kemampuan anda.
Ia juga dikenali sebagai Debt to Service Ratio atau DSR. Ianya dikira berdasarkan kesemua jumlah hutang anda pada setiap bulan atau kita boleh gelarkannya sebagai komitmen bulanan anda.
Bank yang berbeza mempunyai pengiraan DSR yang berbeza. Ada yang menetapkan kadar DSR pada 70%, dan ada juga hanya setakat 60%.
Jadi kalau rasa-rasa tahap DSR anda dah tinggi, cuba setelkan dulu mana-mana hutang yang sedikit atau mempunyai tempoh yang tak lama untuk tamat.
4. Anda Muflis
Jika anda telah diisytiharkan muflis secara rasmi, yang pastinya anda tidak akan memperolehi apa-apa pinjaman baru ataupun pembiayaan semula sehingga status muflis anda selesai.
Pesanan kami, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Boleh teruskan membaca:
- Fahami CCRIS Dan CTOS Untuk Lulus Pinjaman
- Awak, Ini Cara Nak Download Laporan CCRIS Secara Online. Tak Sampai 1 Jam Siap!
- 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama
Nota kaki : Nasihat kami, janganlah pula mencari ‘Ah Long’ (peminjam wang berlesen) sebagai jalan penyelesaian. Banyak telah kita dengar modus operandi syarikat pemberi pinjaman itu ternyata menipu dan menganiaya pengguna.
Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?
Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?
Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.
Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.
Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;
- Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
- Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
- Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
- Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
- Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
- Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
- Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
- Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas
Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.
Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:
- Akaun Deposit atau Simpanan
- Rekod pekerjaan
- Status perkahwinan
- Kesihatan
- Rekod jenayah
- Butiran gaji
- Agama
Contoh Laporan Kredit:
Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.
Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:
- Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
- Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
- Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
- Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
- Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
- Usia akaun anda
Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.
Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.