4 Tips Suri Rumah Boleh Tambah Pendapatan

Zaman yang semakin mencabar kini, menjadikan ramai mengambil langkah berjimat cermat dan mula untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan membuat simpanan. Dan disebabkan itu, ramai yang berusaha untuk menmbah pendapatan termasuk suri rumahtangga.

Berikut adalah 4 tips buat suri rumah yang ingin membantu menambha pendapatan keluarga.

1. Menjadi Penulis Dari Rumah

Semakin kerap melihat para ibu berkongsi segala jenis menu masakan mereka di laman sosial. Tidak ketinggalan, mereka juga turut berkogsi tentang tips masakan juga tips kehidupan yang menjadi inspirasi kepada pembaca.

Ternyata para ibu mempunyai bakat menulis yang tidak dicungkil. Apa kata, anda gunakan bakat ini untuk menjadikan ia sebagai satu bentuk pendapatan. Boleh sahaja anda menawarkan khidmat menulis kepada mereka yang memerlukan penulis untuk blog mereka. Tidak salah untuk mencuba.

2. Ambil Upah Belian Barangan Dapur

Kebiasaannya, menjadi suri rumah ini pastinya para ibu akan keluar ke kedai untuk membeli barangan basah pada setiap hari. Alang-alang anda keluar ke kedai mahupun pasar membeli barang, tidak salah jika anda turut mengambil upah kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk ke pasar.

Anda boleh kenakan upah 10% daripada jumlah belian barang atau upah yang berpatutan. Bukan berkira, tetapi untuk masa sekarang ini segalanya buka percuma. Minyak kereta lagi, masa lagi, segalanya perlu diambil kira.

3. Ambil Upah Membasuh Baju

Anda juga boleh sahaja menawarkan khidmat membasuh baju untuk kenalan mahupun jiran. Anda boleh target untuk individu-individu yang masih bujang. Iklankan di laman sosial bahawa anda membuat perkhidmatan membasuh baju.
Kenakan caj yang brpatutan dan bukannya mencekik darah. Silap hari bulan, rumah anda menjadi kedai dobi pula.

4. Berkebun, Tanam dan Jual

The concept of plant growth. The hands are planting the seeds with the seeds and the trees growing in fertile soil, respectively, the germination of the trees.

Kebanyakan suri rumah memang suka berkebun. Pantang sahaja melihat tanah yang terbiar walaupun hanya sepetak. Penuh halaman rumah dengan bermacam jenis bunga.

Jadikan hobi dan minat anda ini untuk menanam sayur-sayuran. Anda boleh menanam pokok yang mempunyai keuntungan apabila anda menjualnya. Letakkan di pasu yang cantik ataupun anda boleh buatkan batas sayuran tersebut dengan lebih kemas, seterusnya letakkan tanda “tanaman ini untuk dijual”. Pasti ianya menyeronokkan.

Jadi, banyak lagi peluang yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan. Yang penting adalah usaha dan kesungguhan anda untuk menggunakan masa dan tenaga bagi meningkatkan pendapatan.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Masih Kaji Mekanisme Berkesan Agih Bantuan, Subsidi – Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) —  Kerajaan masih di peringkat mengkaji mekanisme bagi pengagihan bantuan dan subsidi secara paling berkesan serta mudah kepada rakyat, kata Kementerian Ekonomi.

Antara kaedah itu termasuk pengagihan menerusi e-baucar, e-dompet atau penyaluran tunai secara terus melalui akaun bank.

“Sebagai contoh, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah secara tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima manakala skim-skim bantuan terpilih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menggunakan e-dompet.

“Bagaimanapun, penyaluran bantuan secara tunai masih perlu dipertimbangkan untuk penerima di kawasan luar bandar yang berdepan kesukaran capaian rangkaian telekomunikasi.

“Oleh itu, mekanisme ini perlu diteliti dengan lebih lanjut bagi memastikan agihan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan memudahkan penerima,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini. 

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Tuan Azli Yusof (PH-Shah Alam) sama ada kerajaan berhasrat memperkenalkan sistem e-dompet secara menyeluruh untuk menggantikan bantuan tunai dalam pelaksanaan bantuan subsidi bersasar kepada golongan yang memerlukan barangan asas.

Menjelaskan selanjutnya, kementerian berkata selaras dengan langkah ke arah pendigitalan ekonomi, pelaksanaan ekosistem tanpa tunai seperti e-dompet juga dapat menggalakkan masyarakat untuk menggunapakai teknologi.

— BERNAMA