5 Peranan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) Di Dalam FinTech

Sama ada ianya digunakan untuk mencapai resolusi yang lebih cepat, membantu pertanyaan pelanggan, mencapai hasil pelaburan yang lebih baik dan menilai risiko, Artificial Intelligence atau AI akan memainkan peranan yang besar di dalam pembangunan perkhidmatan kewangan.

Di antara contoh kegunaannya adalah:

1. Perkhidmatan Pelanggan Automatik

Pelanggan akan menerima perkhidmatan pelanggan AI setanding dengan kepakaran manusia pada kos yang lebih rendah menerusi sistem seperti ‘text chats’, sistem suara atau ‘chatbots’. AI membantu untuk mengelakkan kekusutan berurusan dengan pasukan perkhidmatan pelanggan manusia yang beremosi.

2. Pengesanan Penipuan Dan Pengurusan Tuntutan (Claims Management)

AI boleh mengumpul dan menganalisa data yang diperlukan untuk mengesan penipuan. AI kemudian akan mengenali dan memantau corak tingkah laku pengguna bagi mengenalpasti tanda-tanda percubaan penipuan. Pengurusan Tuntutan boleh dibina menggunakan teknik Machine Learning (ML) di dalam pelbagai peringkat pengendalian tuntutan.

Firma insurans yang menggunakan sistem AI boleh mengurangkan masa pemprosesan dan juga kos pengendalian. Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan pengalaman pelanggan. Algoritma ini mengenal pasti corak data untuk membantu mengesan tuntutan palsu.

3. Pengurusan Insurans

Sistem AI akan mengautomasikan proses menaja jamin atau ‘underwriting’ dan membantu pengguna dalam menentukan keperluan insurans. Underwriting automatik boleh mempercepatkan proses ini. AI juga berupaya menganalisa maklumat luar yang tidak terdapat di dalam rekod perubatan.

Daripada membayar untuk rawatan yang mahal menggunakan insurans, adalah lebih baik untuk mengesan risiko dan mencegah penyakit. Firma insurans boleh menggunakan data yang telah digunakan sebelum ini untuk mengakses risiko untuk menurunkan kebarangkalian gantirugi tinggi kepada orang yang diinsuranskan.

4. Pembantu Kewangan Automatik

Perancang kewangan automatik membantu pengguna di dalam membuat keputusan kewangan. Ini termasuk aktiviti pemantauan, saham dan trend harga bon mengikut kepada matlamat kewangan dan portfolio peribadi pengguna. Sistem ini dinamakan “Robo-Advisors” dan semakin aktif ditawarkan oleh institusi kewangan tradisional dan startup FinTech.

Salah satu fungsi AI sebagai pembantu kewangan automatik adalah melalui Smart Wallet yang membantu menguruskan perbelanjaan dan mengenalpasti corak tindak laku dan pilihan pengguna.

5. Analisis Ramalan Dalam Perkhidmatan Kewangan

Ini secara langsung memberi impak besar kepada strategi perniagaan, meningkatkan jualan, menjana hasil dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Antara kelebihan penggunaan AI di dalam meramal berpandukan data adalah; meningkatkan operasi perniagaan, meningkatkan proses dalaman, dan mengatasi pesaing. Analisis ramalan boleh membantu mengira skor kredit dan membantu mencegah pinjaman yang merugikan.

AI membuat ramalan dengan menganalisa data seperti: Apa yang pelanggan akan beli, berapa lama pekerja mungkin bertahan, dan lain-lain data. ‘Predictive analysis’ ini merangkumi pelbagai statistik dan ‘Data Mining’.

AI Juga Boleh Membantu Dalam Pelaburan Saham

Jom beramai-ramai ke Seminar Berani Melabur Artificial Intelligence pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam bersama dengan mentor saham Tuan Haji Mohd Asri dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Dah tiba masanya untuk kita melabur menggunakan AI untuk membantu kita berjaya. Boleh ke sini untuk mendaftar ->

Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar ini. InshaAllah aplikasi ini dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi “meletup”, sesuai untuk para pedagang dan pelabur.

Nak kaunter Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat keuntungan dalam masa berjam-jam atau sehari dua.

Atau anda nak tahu kaunter-kaunter mana yang sesuai untuk Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana pula dengan pelabur yang nak amalkan teknik simpan dan peram? Jangan risau, kami pun ada pilihan kaunter yang boleh anda beli dan tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih keuntungan.

Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details >

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Maybank Mengendalikan Lebih RM4 Trilion Transaksi Digital Sejak 2020, Bersamaan Dua Kali Ganda KDNK Malaysia

Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka Malaysia, hari ini menegaskan  semula komitmennya untuk menyokong penerimaan perbankan digital negara. Sejak pelancaran aplikasi MAE pada tahun 2020, Maybank telah mengendalikan lebih RM4 trilion transaksi digital dalam tempoh lima tahun, iaitu bersamaan dua kali ganda KDNK negara. Maybank terus memacu usaha rangkuman kewangan dan keterhubungan digital di Malaysia serta di seluruh ASEAN.

Aplikasi MAE menawarkan rangkaian menyeluruh ciri perbankan dan gaya hidup, sekali gus menjadikannya aplikasi perbankan mudah alih pilihan utama rakyat Malaysia bagi urusan  kewangan harian. Maybank terus menerajui perbankan digital, menduduki tempat pertama di Malaysia dari segi bilangan dan nilai transaksi merentasi perkhidmatan utama PayNet, termasuk pemindahan DuitNow dan pembayaran QR, FPX serta JomPAY.


Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank berkata bahawa inovasi digital sentiasa menjadi teras strategi Kumpulan Maybank. “Dari tahun ke tahun, kami terus menambah baik aplikasi MAE sehingga menjadi aplikasi gaya hidup kewangan bersepadu yang memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, disamping membantu mereka melakukan transaksi harian dengan lebih lancar, selamat dan diperibadikan.”


“Sejak pelancaran aplikasi MAE, kami telah menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dalam penerimaan perbankan digital, menonjolkan relevansi dan kepercayaan pelanggan terhadap aplikasi ini. Hari ini, kami berbangga dapat berkhidmat kepada 10.7 juta pengguna MAE, dengan 48% penguasaan pasaran bagi bilangan transaksi perbankan mudah alih di Malaysia. Seiring dengan penambahbaikan berterusan aplikasi MAE, focus kami kekal untuk membentuk pengalaman perbankan digital masa hadapan yang dibina berasaskan kehidupan pelanggan,” katanya.

Sebagai bank pertama di negara ini yang memperkenalkan pembayaran QR pada tahun 2017, Maybank terus menerajui  transformasi tanpa tunai, memperkasakan individu dan perniagaan untuk menghantar serta menerima pembayaran serta-merta melalui Imbas & Bayar Maybank tanpa caj transaksi. Jumlah keseluruhan transaksi Imbas & Bayar yang dilakukan melalui aplikasi MAE telah meningkat 51 kali ganda setakat Ogos 2025 berbanding dengan tahun 2020. Pada tahun 2024 sahaja, Maybank mencatatkan peningkatan 26% dalam pendaftaran pedagang baharu, sekali gus meluaskan penerimaan kepada lebih banyak premis makanan dan peruncit di seluruh negara.


Giorgio Migliarina, Ketua Pegawai Teknologi dan Digital Kumpulan, Maybank berkata bahawa aplikasi MAE mewakili visi Maybank untuk membina ekosistem digital yang lebih pintar dan inklusif, sekali gus memperkasakan pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih yakin, mudah dan terkawal. “Aplikasi MAE telah mentakrif semula perbankan harian dengan menggabungkan ciri gaya hidup dan kewangan dalam satu aplikasi. Aplikasi ini turut memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengurus matlamat kewangan mereka, membolehkan pelanggan mewujudkan hampir lapan juta Tabung, dalam memperkukuh tabiat simpanan dan perancangan kewangan jangka panjang.”


“Sembilan daripada setiap 10 pelanggan MAE Wallet menggunakan aplikasi ini secara aktif untuk urusan harian, dengan ramai yang menekankan faktor keselamatan dan sekuriti kukuh sebagai faktor utama. Kepercayaan ini mendorong kami untuk terus menambah baik aplikasi MAE agar dapat menawarkan lebih banyak nilai dan perlindungan kepada pelanggan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang memilih untuk menguruskan simpanan dan perbelanjaan mereka secara berasingan, MAE Wallet menawarkan fleksibiliti dan kemudahan dengan had sehingga RM10,000. Menawarkan tahap keselamatan yang setara dengan akaun simpanan dan akaun semasa Maybank, MAE Wallet memberikan keyakinan dan ketenangan  kepada pengguna dalam setiap transaksi.


Sempena ulang tahun kelima MAE, Maybank meraikan pencapaian ini dengan memberi ganjaran kepada pelanggan setia melalui kempen ‘MAE Turns 5’. Dari 30 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026, pelanggan boleh menikmati pulangan 5% setahun apabila mendepositkan minimum RM200 ke dalam MAE Wallet. Untuk menikmati pulangan tersebut yang dikira secara harian, pelanggan hanya perlu mendepositkan dana dan memasukkan rujukan penerima ‘MAETurns5’ sebelum 30 November 2025, serta mengekalkan jumlah tersebut dalam MAE Wallet mereka sehingga tamat kempen.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen MAE Turns 5, sila layari maybank.my/MAETurns5.