7 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Swipe Kad Kredit

Penggunaan kad kredit di kalangan rakyat kini merupakan perkara biasa. Graduan yang baru bekerja pun sudah mula rambang mata nak mohon kad kredit.

Walaupun penggunaan kad kredit sering kali dikaitkan dengan kes hutang bertimbun serta muflis muda, masih ramai yang memohon untuk mendapatkannya. Ini kerana faktor kemudahan serta ganjaran yang boleh diperolehi oleh pemegangnya.

Kalau kita seorang pengguna yang bijak, pasti tidak perlu risau tentang menggunakannya. Berikut merupakan 7 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum mula swipe kad kredit bagi mengelakkan daripada terjerat dengan hutang.

1. Had Kredit

Had kredit atau credit limit ini adalah fasiliti yang diberikan oleh pihak bank berdasarkan kepada gaji pemegang kad kredit. Semakin tinggi gaji kita, semakin tinggi jugalah had kredit yang diberikan.

Macam mana kalau kita rasa had kredit yang diberikan itu tidak mencukupi? Sebenarnya kita boleh memohon peningkatan had kredit kepada pihak bank dengan menghantar slip gaji terkini kepada mereka. Permohonan ini boleh dilakukan setiap 3 bulan.

Kalau rasa nak turunkan had kredit pula bagaimana? Kita boleh hubungi pihak bank dan memberitahu mereka sebab kenapa kita ingin menurunkan had kredit tersebut, sebagai contoh anda ingin mengawal perbelanjaan.

Satu lagi, jangan ingat kad yang grand seperti platinum memberikan limit yang lebih tinggi daripada kad biasa seperti gold atau classic. Ada saja kad kredit biasa tetapi limitnya sampai beratus ribu.

2. Kad Suplemen

Untuk membuat kad suplemen adalah sangat mudah dan pihak bank juga tidak melihat rekod CCRIS untuk meluluskan kad suplemen. Yang penting, orang yang dinamakan adalah ahli keluarga terdekat seperti isteri atau anak-anak. Had umur minima untuk diberikan kad suplemen ini adalah 18 tahun ke atas.

Ada sesetengah bank yang membenarkan kita menetapkan had maksima yang boleh digunakan oleh pemegang kad suplemen. Tetapi, sekarang kebanyakkan bank tidak membenarkan kita untuk menetapkan had maksima.

Katakanlah had kad kredit tersebut adalah RM10,000, isteri atau anak kita boleh menghabiskan had limit tersebut dalam masa satu hari sahaja tanpa sebarang sekatan.

Oleh itu pastikan kita didik mereka untuk guna kad kredit suplemen ini hanya apabila berlaku kecemasan.

3. Cash Back Dan Mata Ganjaran

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu tahu tentang tawaran cash back dan juga mata ganjaran yang ditawarkan. Ganjaran cash back dilihat lebih berbaloi kerana kita akan mendapat diskaun bagi setiap pembelian yang dilakukan.

Ia akan ditolak terus daripada hutang kad kredit. Tapi, cash back yang diberikan ini juga mempunyai had limit. Biasanya bank cuma akan memberikan sebanyak RM50 saja maksimum untuk sebulan.

Untuk mata ganjaran pula, pengguna dapat mengumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian. Dengan mengumpul mata ganjaran ini, kita boleh menebusnya dengan pilihan hadiah yang ditawarkan di dalam katalog.

4. Kadar Faedah

Ramai yang tersilap langkah dengan hanya membuat bayaran minima. Ini menyebabkan mereka bakal dicaj dengan faedah yang tinggi. Kita sebenarnya kena berdisiplin untuk melangsaikan kesemua hutang kad kredit sebelum tarikh akhir.

Penting untuk kita tahu bila tarikh penyata dan bila tarikh akhir bayaran perlu dilakukan. Ini kerana setiap kad mempunyai tarikh akhir yang berbeza.

Untuk memudahkan kita membuat bayaran, hubungi pihak bank bagi menukar tarikh penyata ke tarikh yang terdekat dengan tarikh gaji kita.

Dapat saja gaji, terus buat bayaran kad kredit.

5. Kad Tak Aktif

Sesetengah orang ada banyak kad kredit, tapi tak semua yang digunakan. Biasanya kad kredit anda akan auto-terminate sekiranya tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan.

Jadi, jika kad kredit anda itu sudah tidak digunakan lebih daripada 6 bulan, boleh terus gunting dan buang sahaja kad itu kerana ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

Sebaik saja kad kredit anda diaktifkan, kita perlu bersedia untuk membayar annual fee yang boleh mencecah sehingga RM600 setahun. Tapi ada juga kad kredit yang memberikan keistimewaan free for life.

Untuk kad kredit suplemen pula, kebiasaannya caj yang dikenakan adalah separuh daripada apa yang dikenakan ke atas kad utama.

6. Pindahan Dan Penukaran Baki

Kita juga boleh membayar hutang kad kredit dengan menggunakan kad kredit lain. Caj yang dikenakan juga adalah lebih murah, malah ada yang tidak mengenakan sebarang caj perpindahan.

Bagi yang ingin berjimat sebaik mungkin, boleh gunakan cara ini. Untuk penukaran baki, anda akan menukar segala hutang dalam kad kredit kepada bayaran bulanan.

Contohnya, kita shopping sakan sampai RM10,000. Kita boleh membuat bayaran sebanyak 10 kali. Sebulan cuma bayar RM1,000.

7. Ansuran Tunai

Ianya ibarat personal loan, tetapi loan yang ditawarkan bergantung kepada had kredit yang kita miliki. Ansuran tunai yang ditawarkan ini juga datang dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Ada juga yang menawarkan pelan instalment zero-interest.

Kalau kita faham dengan semua perkara ini, kita dapat mengelakkan diri daripada terjerat dengan hutang kad kredit yang tinggi. Yang paling penting adalah kita perlu kawal perbelanjaan dan bayar hutang tepat pada masanya.

Sumber Rujukan: Free Malaysia Today

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.